KL Towerthon bersama Adam!
Assalamualaikum
Hujung bulan Januari haritu, aku berkesempatan pulang ke KL untuk join KL Towerthon bersama dengan Adam dan Team Anak gunung (TAG). Program ini adalah sebahagian daripada latihan kecergasan kepada Adam yang akan mendaki ke Gunung Trusmadi di Sabah.
Teruja untuk mendaki tangga di Menara KL ini.
Kebetulan pula, tarikh hari ni adalah tarikh keramat hari lahir aku! hahaa. So sebelum start aktiviti lain, kita party dulu! yuhuuuu... Member aku, Diana siap buat blueberry cheesecake yang super delicious! Thank babe! Terharu iolls! Kalau nak order kek yang sedap-sedap boleh pm beliau!
Sebelum peserta dilepaskan, ada sesi zumba, senamrobik dan canopy walk di hutan bukit nanas.
Bergambar bersama Tan Sri Salleh bin Mohd. Nor yang sudi datang memberikan sokongan kepada Adam dan Team Anak Gunung. Beliau adalah pakar dalam bidang perhutanan dan perintis yang membantu menubuhkan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia.
Selain itu, Dr. Salleh berjaya mencipta rekod sebagai rakyat Malaysia tertua yang mendaki ke Everest Base Camp (EBC) pada November 2012! Salute!
Sebelum memulakan KL Tower climbathon, kami diberi taklimat keselamatan oleh krew KL Tower. Bagi sesiapa yang berjaya mendaki 2058 anak tangga sehingga ke puncak akan diberikan sijil penghargaan daripada pihak menara KL. Sesiapa yang rasa-rasa macam semput masa mendaki tangga nanti boleh la naik lif jer tapi tak dapat sijil la nanti. hahaaa...
So kita naik rileks2 jer, tak lari menara dikejar.
Adam telah memulakan pendakian lebih awal dari kami diiringi oleh Dr Ramli, Cikgu Zul dan pengiringnya.
Cabaran mendaki Menara KL berbanding gunung ialah pemandangannya adalah hanya dinding dan tangga. Selain tu, tangga menara ini sangat panas! Boleh bikin sesak nafas sebab ruang dia sempit dan tertutup. Ada 3 water station untuk berehat dan ambik napas sat! Fuhhhh...
Adam sedang bertenang ambik nafas sebelum sambung panjat tangga! Come on Adam! You can do it bro! |
Muka-muka ceria semasa di awal pendakian tangga! Excited!
Belum sampai separuh menara ni pun rasa nak lunyai, tak cukup nafas, menggigil lutut bak ang! Baru suku je ni dah rasa hazab jugak nak naik tangga nih! Macam tak sampai-sampai ibarat mendaki bangunan 50 tingkat. hahaaa.. Ok chill dulu minum air. Isi tangki. Dapat botol air comel bentuk menara KL. Lepas ni boleh la kot berdesup naik! hahaaa
Berdesup-desup bunyi tapak kasut! Bila dah sampai kat separuh menara tu, memang fuhhhh terasa nak berenti kat setiap tingkat bagi melepaskan lelah di tangga, bukan batuk lagi dah! Langkah semakin perlahan. Slow & steady jer.
Tumpang banner Misi Kopi Pak Belalang KL Tower Staircase Climbing 2016!
Yeahhh this is exactly how i feel! :p |
Sampai je kat atas menara, sayap pun dah keluar dah! Reborn! hahaaa
Cantik view Kolumpo, KLCC dari menara KL ni!
Touch the peak! |
Adam dan peminatnya! Tengah tulis autograf kat t-shirt!
Sedang ditemuramah oleh wartawan!
Krew Team Anak Gunung!
Wajah-wajah kegembiraan terserlah bila semua peserta berjaya sampai ke puncak menara KL! Yeahhh we did it! 421meter 2058 stairs checked!
Bergambar di Sky Box! Fuhhh gayat berada di ketinggian 1000 kaki dari tanah! Sky Box terletak di Sky Deck iaitu di pelantar terbuka Menara KL.
Terasa macam terapung di awang-awangan!
Bagi mereka yang ingin masuk ke skybox, perlu melalui pengawal sekuriti dan kasut perlu dibuka. Sekiranya ramai, pengunjung perlu beratur dan anggaran 5-10 minit untuk satu sesi di dalam skybox ni.
Thanks pada semua yang wish for my birthday! Hasrat nak naik ke menara KL tercapai! My bucket list checked!
Senarai Baldi Saya!
Senarai Baldi Saya!
Skybox merupakan sebuah tempat yang berdinding dan berlantaikan kaca setebal 3 inchi dan 3 lapisan, berada pada ketinggian 300 meter di kawasan skydeck.
Ada dua skybox kat atas ni. Yang mengadap pemandangan KLCC sangat ramai orang beratur. Kalau pergi yang satu lagi tak ramai sangat orang. So boleh tangkap gambar banyak kali kat skybox.
Lunch at the sky! Rasa macam pening-pening lalat sikit sebab restoran ni berputar 360. Menu buffet lunch dia memang sedap dan terbaik!
Menu special sempena tahun baru cina! Yee sang!
Acara melambung Yee sang. Gelojoh betul semua! Meja kami memang bersepah dengan Yee sang! Katanya kalau lambung yee sang lagi tinggi, lagi ada manyakk ong! hahaaaa.. Tengok meja sebelah sopan jer tak bersepah pun yee sang dorang! kah3
Acara penyampaian sijil kepada semua peserta! Time ni banyak kali lagu happy birthday berkumandang memeriahkan suasana di restoran berputar menara KL ni. Sambil menyampaikan sijil sambil menyanyi! hahaa
with Dr Ramli |
Terjumpa pula Alpaca yang gebu dan comel kat sini! Teringat kenangan jumpa dengan Alpaca kat Thailand haritu!
In a nutshell, thanks pada penaja, TAG, sahabat yang baru kenal dan semua yang terlibat! KL Towerthon done! Sehingga ketemu lagi.
Dah masuk senarai baldi jugak la KL Towerthon ni ehehe:D
ReplyDeletehanisamanina.com
Brp lama masa Nad ambik nak sampai atas puncak MenaraKL?
ReplyDeleteDalam sejam smpi atas. naik santai2, padahal semput jugak! hahaa
DeleteSeronok nya pergi KL Towerthon! :D
ReplyDeleteDapatkan flavour tempatan di Suci Harum.