HIKING KE PINE TREE HILL & TWIN PEAK!


Assalamualaikum


Baru-baru ni aku pulang ke KL atas urusan kerja. Tetiba adik aku ajak pergi hiking pulak dengan geng-geng dia! Aishhh aku ni dah la pantang diajak! hahaaa.  Aku pun on je lah memandangkan aku pun dah lama gian nak mendaki gunung! :p

Pukul 6 pagi kami bertolak dari PJ menuju ke Fraser Hill. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah. Fuh layan corner maut nak naik ke Fraser Hill tu pun dah pewai! hahaa


Ni first time aku bersua muka dengan Geng B88 outdoor ni. Semua nampak mesra dan sporting! Jam 9.00 pagi kami memulakan pendakian di Pine Tree Trail.



Trek pendakian pada mulanya agak santai sambil kami ligat bercerita antara satu sama lain. Sempat berkenal-kenalan sambil trekking. Trek yang kami lalui sangat jelas dan trek menurun telah terbina dengan tangga-tangga batu dan terdapat sebuah pondok yang mempunyai maklumat mengenai trek pine tree hill.

 Terdapat beberapa pondok di dua kilometer pertama trek. Hanya pondok pertama dan pondok kedua yang masih berdiri. Yang lainnya sudah rebah. Terdapat banyak pokok-pokok besar yang tumbang dan merintangi trek.
 Trek juga dilengkapi dengan tali pemegang untuk memudahkan pendaki dan juga papan tanda yang menunjukkan jarak trek dari tempat permulaan trek.



Muka-muka yang masih ceria di awal pendakian! Semua pun berdesup jalan laju ke depan. 


Pendakian berjalan dengan lancar sehinggalah kami mula berjumpa dengan trek yang terus menerus menurun. Ok mental jangan koyak!


Selfie dulu!


Terdapat beberapa batu penanda sempadan negeri Pahang dan Selangor sepanjang trek. 


Trek sepanjang 5.5 kilometer memang mencabar mental dan fizikal kerana laluan yang turun dan naik. Dua kali kami turun laluan tangga batu yang curam dan sayup membuatkan aku berfikir “Turun nanti mesti aku menyumpah kena mendaki pulak, bertabahlah!”. 

Keadaan muka bumi yang berselang-seli naik dan turun menyebabkan kami agak letih. Mintak nyawa beb!


Sampai satu tahap, aku rasa macam sesak nafas pula nak mendaki. Tetiba rasa macam nak pitam, nak muntah, pening, pandangan mata aku berpinar dan semakin kabur. Fuhhhh, aku cuba bertenang dan duduk kat tengah-tengah trek. Tak peduli dah orang tengah lalu lalang!

Mana taknya, masa keluar rumah pukul 6 pagi tadi tak sempat breakfast apa pun tetiba ko pergi buat aktiviti mendaki gunung! hahaa.... So chill kejap, makan roti, gula-gula dan minum air. Rasa macam nak patah balik tak nak ke puncak! hahaa... Lepas tu ok dah.


Kemudian pendakian diteruskan sehinggalah kami semua berkumpul semula ditempat yang di namakan Gua Akar. Ia dinamakan Gua Akar mungkin kerana ia terbentuk daripada akar akar kayu kot, tapi Gua Akar dah menjadi tempat wajib para pendaki untuk ambik gambar. Katanya juga ni adalah rumah sang tenuk aka sarang tapir.


Arip, Hafiq & Mum

Sampai kat sini, ada orang tu dah lapar sangat! Perut dah bergendang gendut katanya! So aku pun makan la bekalan nasi lemak. Carbo loading nak topup energy. Padahal ni tak sampai separuh lagi perjalanan! hahaa


Abam apiz yang cute idola gadis-gadis membuka bekalan roti canai dia! Fuhhh terbaik la dalam hutan boleh makan roti canai cicah kuah dal! Lepas ni memang berdesup laju la trekking coz perut memasing dah penuh! Tercicir la semua gadis-gadis dibelakang! hahaa




Kami meneruskan pendakian dan akhirnya tiba beberapa meter dari puncak Gunung Pine Tree Hill. Dihadapan kami adalah cerun berkecerunan kira-kira 60 ke 70 darjah yang berketinggian kira-kira 10 meter. 


Fuhhh gayat bak ang nak panjat! Trek dia mengimbau kenangan macam dekat gunung Irau skit. Banyak akar-akar kayu. Tapi kat sini tak banyak sangat mossy dia. Bila ko duduk berehat, tetiba keluar asap kat badan dan mulut! Peluh yang keluar pun peluh sejuk je sebab gunung ni kat kawasan tanah tinggi!

Aku, kak ros & Hafiq (gogo)

Masa kami sampai dekat sini, ramai yang tengah nak turun. So kene rileks dulu la tunggu turn nak panjat ke atas.



Seorang demi seorang mula mendaki dan berpaut pada tali dan juga akar-akar pokok yang berselirat. 



Yeahhhh, view gunung-ganang di puncak pine tree!


Akhirnya, sekitar jam 2.00 petang kami sampai di puncak Gunung Pine Tree. Puncak Pine Tree setinggi 1456 meter dari aras laut berjaya kami tawan dalam tempoh 5 jam. 


Puncak gunung ini tidaklah sebesar mana, tidak rata dan kurang sesuai untuk didirikan khemah. 

Pewai di puncak!

 
Pine Tree Hill 1448 meter checked!

Team gegadis! Dari kiri Shana, Kak Ros, Syura & aku.

“Macam mane? Nak terus ke Twin Peak tak?”, tanya Hafiq. Aku tanya berapa jauh? Trek hazab turun naik tak?

Katanya trek tak susah sangat macam tadi. Landai jer tak de curam. Lebih kurang setengah jam dah boleh sampai kalau laju dan tak banyak berhenti. Jadi, kami berlapan pun membuat keputusan meneruskan langkah ke Twin Peak! Manakala Apis & Mum tak ikut kami, berpatah balik turun menuju ke pintu masuk trek.

Me & my bro, Arip! Sweeper terbaik aku! Kah3

Twin Peak 1505 meter checked! Kami tiba di sini lebih kurang pukul 3.30 petang. Perjalanan di denai yang sama mengambil masa lebih kurang 45 minit dari Pine Tree hill tadi. View di sini lebih cantik dengan pemandangan 360.

Kat belakang tu boleh nampak Gunung Semangkok iaitu gunung yang tertinggi di Selangor. Masa kami sampai kat atas ni semua orang dah turun ke bawah. Jadi puncak ni kami yang punya! hahaa

Masa tengah bersantai kat puncak ni, ada satu team yang ingin ke Gunung Semangkok, tapi tak kesampaian sebab dorang ada dengar bunyi rimau mengaum! Aummmmm! Fuhhhh, dorang pun terus mencicit lari balik ke twin peak! hahaaa... Dengar cerita dorang pun dah seram! Perjalanan nak ke Gunung Semangkok pun memang hardcore!

The Kudap, Cereal Bars!
'The Kudap' salah satu jenama bernaung di bawah R&D Food Enterprise. Ditubuhkan sejak Januari 2016 dengan hanya menjual produk Cereal Bars. Kini 'The Kudap' mempunyai beberapa produk lain seperti Vanilla Crunchy, Choc Cheese Cake, Carrot Cake dan Brownies!

Kalau nak order boleh usha-usha kat sini :

IG : instagram The_kudap

FB : Facebook, The Kudap

Cereal bars ni adalah 100% homemade berasakan coklat dan cereals. Sangat sesuai untuk penggemar coklat dan yang suka makanan ringan. Tiada perasa dan pewarna tiruan. Best bawak time hiking dan camping. Rasa dia tidak terlalu manis, crunchy dan memang sedap. 

Bila pewai hiking, nak makan coklat pun dah tak lalu, rasa kelat sebab kalau makan coklat cepat rasa haus dan kering tekak. Tapi bila makan cereal bars, rasa boleh diterima dan boleh memberikan tenaga segera! Padu!

Yummeh! Makan cereal bars sambil layan view puncak gunung! Terbaik!

Tidak dilepaskan peluang untuk bergambar kenangan bersama Team B88 outdoors berlatar belakangkan keindahan alam yang menghijau. Hanya pendaki sejati sahaja yang dapat merasai keindahan dan kegembiraan ketika berada di puncak gunung mahupun bukit.


Setelah kepenatan mengharung liku-liku pendakiaan, kami mengambil masa untuk berehat dan mengisi perut. Ditemani dapur berasap dan bau wangi, secawan teh panas terasa begitu nikmat dihirup dengan udara segar di atas gunung! Phewww! Tapi makanan yang ada cuma kudap-kudapan jer! hahaa


Puncak twin peak ni pun tidaklah terlalu besar. Tiada pula kami nampak sebatang pokok pine pun di puncak Gunung Pine Tee dan Twin peak ni. Hahaaa.. Tetiba rasa awan mendung yang berarak, membawa titisan air hujan! Kami pun cepat-cepat berkemas sebelum hujan turun. 


Perjalanan turun sebenarnya lebih mencabar kerana perlu melalui laluan curam  yang sama dengan tenaga yang dah low batteri dan perut yang berkeroncong! :p 
 Aku dah bajet boleh sampai kat pintu masuk trail tu dalam pukul 7 malam, tapi disebabkan ada team member yang pewai dan injurt, kami pun tunggu dan bagi semangat kat dorang! So no one left behind! Walaupun masing-masing kepenatan mengharungi pendakian pergi dan balik hampir 13 jam, terpancar wajah kegembiraan bila dah keluar hutan dalam pukul 10 malam! Fuhhhh, suatu perjalanan yang sangat panjang!




In a Nutshell, Gunung Pine Tree Hill dan twin peak mempunyai trek yang mencabar dan bagus untuk menguji stamina dengan pemandangan gunung ganang yang cantik. Pengalaman stuck dalam hutan selama 13 jam dan kenangan yang tercipta bersama Team B88 outdoors cukup luar biasa. Terima kasih kepada semua dan sehingga ketemu lagi di lain trip!


Adios!








































Comments

  1. nak tanya, seluar hiking tu beli mana? hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli di kedai hiking. Outdoor world adventure di Serdang

      Delete
    2. ohhh...near Komuter Serdang tu yee....tahu tahu...tenkiu so much....

      Delete
  2. bestnye...last hiking bln April ritu..dkt sbln rest..tmbh lk Rmdhn ni..
    nk try jgk gunung ni nnti....tqvm 4 d sharing

    ReplyDelete
  3. Interesting....Trek banyak pacat x?

    ReplyDelete
  4. Suruh Afiq Bukak semangkuk day pack. Kita bak join.

    ReplyDelete
  5. hi nak tanya, kalau bab solat mcm mana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh boleh jer berhenti kat mana2 kawasan yang mendatar untuk solat bila masuk waktu. Bentang plastik untuk lapik. Cth plastik sampah warna hitam yang besar & tebal. Bole juga bawa sejadah kecik @ sejadah travel. untuk wuduk bole beli botol spray kecik.

      Delete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Jumaat Di Kota Mekah

Gunung Silipat, Betong Thailand

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS