Nyonya & da Gang


Assalamualaikum...



Hari ni jom kita tengok teater. Kat mane lagi, Istana Budaya la..


Nyonya & The Gang


NYONYA & The Gang adalah sebuah persembahan teater yang menggabungkan dua cerita dalam satu persembahan. Naskhah Nyonya ditulis oleh Wisran Hadi akan diarahkan oleh Dekan Fakulti Teater ASWARA, Rosminah Mohd Tahir. Manakala, The Gang adalah sebuah karya baru yang ditulis dan diarahkan oleh Siti Rohayah Attan.

Teater ni membariskan pelakon-pelakon terkenal seperti Mardiana Alwi, Misha Omar, Amy Mastura, Taiyuddin Bakar dan Fara Fauzana.

Teater Nyonya ni mengisahkan tentang seorang wanita kaya (Nyonya) yang harus `berperang’ dengan Tuan iaitu seorang pedagang barang antik yang mempunyai pelbagai muslihat. Tuan berkali-kali ke rumah Nyonya. Tujuan asalnya hanya duduk di perkarangan rumah Nyonya, tetapi setelah ditegur oleh Nyonya, dia telah membeli satu meter persegi di perkarangan itu supaya dia dapat berdiri di situ. Ini bererti Nyonya tidak mempunyai hak untuk mengusir dia.

The Gang plak macam satu slot pengiklanan untuk penaja yang diselitkan setiap satu babak atau episod Nyonya.

Drive to IB
First time datang Istana Budaya, macam ni la...hehe
Mari membudayakan diri..keh3
Ni sebenarnya pertama kali aku pegi tengok teater. So excited skit la banding ngan Diana ni, coz dia dah biase, banyak kali dah mai sini..haha

Yang atas tu gaye gangsta xleh jadi nyonya, yang bawah ni boleh jadi
pelakon tambahan..keh3
TQVM to En Mohd Fikri Hamdan aka Fik for the tickets!...hehe
Cantik kat dalam ni, macam pentas cerita zaman dulu-dulu
Phantom of the Opera...haha
Keponakan Cantik, Anggun & Beautiful
Nyonya asyik didatangani 3 Keponakan (Anak Saudara Perempuan) kepada suaminya yang menuntut harta. Mereka menggunakan pelbagai helah untuk mendapatkan harta tersebut.

Bapaknya.... Yang penting....
Ekornya! Ekornya! Ekornyaaaaaaa...
Sebenarnye, aku mula-mula tak berape nak paham sangat jalan cerita dia. Sebabnya dorang ni berlakon pakai bahasa indon sepenuhnye. Dah macam tengok sinetron da tapi xde subtitle..haha..Pastu pas bace sinopsis baru la paham skit2..Pelakon utama dia hebat r leh berlakon dengan bagus. Yang 3 keponakan banyak buat aksi spontan yang kelakar. Aku suka tengok dorang punye baju kebaya yang  sume cantik-cantik. Set pentas dia pun best yang boleh berpusing.

Waduh! Waduh! Dimana uwangnya!...
Masa mula-mula tengok pelakon dia sume ok. Tapi lepas dah iklan sekejap pastu sambung balik, tengok Misha Omar macam tak larat je. Rupa-rupanya dia tiba-tiba pitam dan muntah sebelum tamat pementasan teater ni. Mungkin kurang tidur dan letih akibat latihan teater.

Yela klu tengok berlakon teater ni lagi susah daripada berlakon drama kat tv tu coz sumenye live. Tak de nak cut2. Klu tersilap skit kene pandai2 cover la..hehe

Klu tengok teater ni pada 2 hari terakhir ade Anuar Zain tuuu!

In a nutshell, ni satu pengalaman baru dapat tengok teater kat 
Istana Budaya...Kapan lagi dapat nengok ekornya, ekornya!...hahaa


Selesai list #33, menonton teater!


Bye2!




Comments

  1. #33 in ur list eh?waaa..superb! ko kene masukkan philharmonic orchestra in ur list..kite bole pg same nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaaa..ha tu best jgk!..aku penah g dlu time matrix..kt KLCC kn..klu ade tiket leh je g Philharmonic Orchestra tu..hehe:)

      Delete
  2. waaahh bestnya. teringin jugak nk tgk teater. mesti mahal kann :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga dia up skit la dari tgk wayang:p..hehe..ade rate dia jugak..

      Delete

Post a Comment

Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Sunset di Bukit Batu Putih, PD

Hiking Gunung Datuk!

Singapore Day Trip bersama Percutian Jimat Saya