Treasure Hunt



Assalamualaikum...



Sebenarnye Treasure Hunt ni dah lame, tapi tak pe just nak share untuk sape -sape yang baru nak bergiat dalam hunt ni. Ni pun sebenarnye memang 1st time aku masuk Treasure Hunt. Jom memburu harta karun!


Sime Darby Group Treasure Hunt 2012

Meet up point

Treasure Hunt ni start dari Sime Darby Convention Centre (SDCC) di Mont Kiara hingga ke Awana Kijal, Terengganu..huuu jauh jugak ni..hehe.. 

Acara flagoff mula pada jam 8.30 pagi dan dijangka sampai kat Awana Kijal tu pada pukul 4.30 petang. Kalau lambat kene penalti le..


Ni la group aku, BURP~

Sebelum Flagoff ade bace ikrar dulu..Ahli team ktaorang yang lead untuk ikrar ni..hehe...

Tiada Tangisan!
Tiada Kemalangan!

Sungguh-sungguh ni bace ikrar!
Kereta kami nombor 26..Ade ong tak? Keh3...
Dianggarkan lebih kurang 200 buah kereta yang masuk bertanding ni..Banyak tuh. Klu dah 1 team max 4 orang, so cube la kire bpe ramai peserta...Dalam 800++ jugakla. Ramai pesaing yang hebat-hebat belaka nih..Cuak plak aku!.

Syafiq, Kila, Kak Su & Aku
Syafiq & Kak Suhaila ni dah biase masuk Treasure Hunt ni. So banyak pengalaman dorang. Aku & Syakila ni baru first time, so excited gler la. Tapi blur2 skit. Hehe..Semangat berkobar-kobar mak! Keh3




Tema untuk treasure hunt ni ialah Blockbuster Movie, so semua soalan berrkaitan dengan filem-filem yang blokbuster sepanjang zaman..Korang suke movie tak? Meh sini tengok soalan dia...


Ade 30 soalan sume & ade tulip untuk ke setiap checkpoint.


Walaupun aku ni kaki movie jugakla, tapi tengok soalan je aku dah pening. Ape bende la ni. Tak paham langsung. Kene think outside of the box! Tapi aku dah think ting tong...haha

Tapi nasib baik la ade teamates yang dah biase ngan soalan2 cmni. Aku tolong mengoogle la info2 yang ade. So tips penting nak join hunt ni kene ade smart phone, internet & skill untuk cari maklumat dengan pantas!

Soalan dia banyak bentuk dalam anagram, definisi, sinonim,
 repeat & kene faham maksud gambar.


Nak analisis satu2 memang penat nak pahamkan klue2 dalam setiap gambar tu. Memang mencabar mental & susah tahap kipas susah mati! Lol! 

Ni barang2 yang perlu dibeli :

1) Coklat Rocky
2) Pemadam getah
3) Jambu Batu
4) Kacang Menglembu


Jawapan sume ade kat papan tanda kedai ni kat sepanjang checkpoint.


Kene sentiase alert & bukak mata besar-besar. Melilau carik jawapan..Keh3

Cari jangan tak cari!

Ni analisis jawapan untuk no 11.

Protect James Bond creator for treatment here..

Agak-agak ape jawapan dia? Aku sempat googgle James Bond creator ialah Ian Fleming. So ape kaitan dengan protect & treatment? Time ni memang kitaorang tak leh nak pikir dah. Last2 hantam saja la..

Jawapannya :



Protect tu sinonim dengan guard..Treatment tu macam tempat nak dapatkan rawatan ke ubat2 ke..So Guard+Ian = Guardian..Memang dah ade depan mate dah time tu, tapi memang tak terpikir langsung. Susah tak??...Hehee


Finally, sampai jugak kat sini...Last checkpoint


Bersiap-siap untuk Dinner Blokbuster Theme..Kami xde Kostum nak melaram coz tak sempat nak cari haritu..huhuu

Ade macam Red Riding Hood tak? Keh3
With the princess yang baju olen tuh!...hehe
Our team with Hazree & Rashdan
With Kapten Amerika tuh! Macho & badan ketak-ketak! Wowwww.......



Tengok ni sume Blokbuster Character dah kuar! Sporting habis depa ni sume...Yang menang untuk Best Costume ni ha Queen of Hearts from Alice in Wonderland. Yang laki plak, character Peter Pan yang cute & pandai menari...mih mih mih


Lady Vandetta, Masked of Zorro & Hulk yang tak berape nak Incredible..Hahaaa
Queen Amidala from Star Wars & Storm from X-Men 

Lepas persembahan & makan2 sume, acara penyampaian hadiah & lucky draw. Tapi sebelum tu ade sesi slide show jawapan untuk Treasure Hunt ni..Klu kira2 macam banyak jugak salah jawapan kitaorang. Yang dapat no 1 ni hebat gler kot. Cume salah 1@2 soalan je..Genius ke hape...hahaa


Ni Champion punya!..Masyukkkk!
Tadaaaa...menang jugak la...

BURP~


Ok la jugak dapat no 36 untuk amatur macam aku kan. Dapat cash RM 400...
Ah seronoknyaaa!..hehee

Money3!
Bye2 Awana Kijal!

Kesimpulannya, walaupun penat & letih pikir jawapan, tapi memang syok & enjoy masuk Treasure Hunt ni. Sepanjang perjalanan memang mencabar otak dan jugak fizikal...Awana Kijal, Terengganu ni pun tempat yang cantik, best & sume makanan sedap. Next time memang aku masuk lagi. Heheee...

SUCCESS list aku #16!


Kbye!









Comments

Popular posts from this blog

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Paintball

Gunung Silipat, Betong Thailand

BAHASA HIKERS

Hidden Treasure Hunt

Jalan2 Alor Setar

Tasik Cermin, Ipoh

Taman Tasik Perdana KL