XPDC Bukit Batu Gajah aka Tabur Extra


Assalamualaikum.......


Hello eberybadeh!.... I'm back! Setelah berehat seketika, nak kembali beroutdoor agak semput.. Al maklumlah sudah lama tak exercise & agak busy dengan kerja. Beberapa minggu lepas, aku & da geng sempat pegi hiking kat satu lokasi yang agak rare & extream.... Nak tau kat mne?? 

Meh wa belanje gambar ....

Neko yang comel!.... meow2
Starting point kitaorang dekat dengan kolam pancing ikan di Kemensah, Hulu Kelang. Belakang Zoo Negara tu.


Warm up dulu bagi longgarkan otot2 yang berlemak tu... hahaa

Mama & Mami semangat! Paiz ngelat!
Untuk kaki2 hiking, korang pernah dengar tak Bukit Batu Gajah?? Menurut guider kitaorang bro Ariff, bukit ni jugak dikenali sebagai Bukit Tabur Extra. Aku pon baru je tau kewujudan Tabur Extra ni... hahaa

Paku Pakis

Jom layan mendaki!

Keperluan penting H2o @ Air 2 ke 3 liter, kamera & makanan ringan. Masa mendaki agak2 dalam 3 jam naik, 3 jam turun.


kasut bau kedai...miahahaa


Awal2 kami lalu ikut laluan ATV. Laluan ATV ni bertanah. Mula2 laluan agak mendatar, & lepas dah jauh sikit dia semakin menaik & agak mengah jugak aku sebenarnye... *sigh haha




Ni dah start part mencabar!.. Nampak tak permainan dia... haha... Macam, eh betol ke ni kene panjat kat sini??...Aku macam cuak beb! Agak tinggi jugak sebenarnye... 

Tengok2 mama & mami dengan pantasnye dah naik kat atas tu... Wowww hebatnya depa ni, wa memang kagum r walaupon baya mak2 kite tapi dorang memang pantas & tangkas!.. Stamina pon memang kalah iolls yang mude remaja ni..kikikiii...;p erkk remaja lagi ker???




Baru naik kat sini view dah cantik! So excited nk tgk camne plak kat puncak nanti... hehee


Steady Diana!

Ni aku rase first time aku panjat batu camni... xde tali sume.. macam rock climbing!.. Setiap langkah memang kene hati2..



Ok ni dah start laluan 'the road not taken', 
I took the one less traveled by... ;p

hehee

Yellow wood

Because it was grassy and wanted wear; 
Though as for that the passing there 
Had worn them really about the same




Kat sini pon view memang mengancam habis!

Lepak sat....
Frodo & da gang!
Peace yo!
I feel good
Rock climbing lagi... panjat jgn x panjat!
Steady bro Ariff!
Rehat dulu...


Kat sini bahaya jugak & mencabar, laluan curam & tanah lembut... silap langkah boleh menggelongsor ke gaung...

Akar yang berselirat....
Posing dulu....
akar lagi & lagi....




Batu lagi & lagi...



Ini baru btol2 panjat bukit. Bukan setakat hiking je, nak daki Bukit Batu Gajah ni jugak perlu pakai tangan untuk panjat batuan kapur yang kebiasaanya berada pada kedudukan 90 darjah. 

Sangat sesuai untuk penggemar rock climbing. Bagi aku yang pertama kali ke sini, satu pengalaman baru dapat panjat batu-batu ni.




Dengan suasana hening waktu pagi, tempat ini sangat tepat untuk menikmati keindahan syurga dunia walaupon dikelilingi pembangunan material dengan hutan-hutan batu di sekelilingnya.



Sebelah kiri hutan batu, sebelah kanan gunung ganang....


Empangan


Zoom in
Boleh nampak genting highland! Kota keriangan meh ;)... riang sangat! ekekee..

Zoom out

Rock climbing lagi...



Paiz yang keriangan setelah penat memanjat batu... hahaa

Bukit ni banyak jugak batu..ada sampai satu tahap korang kene guna semua kekuatan kaki dan tangan untuk mendaki, melompat, menggelungsur, memanjat, bergayut..ha macam2 la.. Semua tuh kene dilakukan dengan berhati2..



Yeah akhirnya selepas 3 jam jugak tercungap2 naik pacak, sampai jugak kat puncak!
Klang Gate Dam

Depan ni puncak tabur extream... Tengok pon dah extream!... hahaa
Ade pulau kecik plak kat situ...
Aihhh cik adik tepi tu hati2 skit nak turun amik gambo....
Malaysiaku!...... Di sini lahirnya sebuah cinta..
Kek edisi Merdeka & Hari Malaysia!
Jempot makan!
Photog tengah amik sudut2 terbaik!

Merdeka kat puncak Bukit Batu Gajah!
Syokkkk gilerr!!..



Aku rasa bila turun lagi mencabar kot coz takut tergelincir dekat batu2 tu... Silap langkah boleh jatuh gaung beb!
Ade batu2 yang bila pegang je dia loose... Perghhhh memang mengucap mak!


meredah segala semak samun hutan belukar

Trek memang ekstream sebab menggunakan trek sondol yang baru nak up!.. hahaa



Boleh nampak view KLCC & KL tower





Kene panjat batu lagi... adehhh...




Pokok kering



Balik kitaorang ikut laluan yang sama macam pergi tadi...




batu last utk turun...

Tips for you guys :

1. Cari kasut bersesuaian untuk hiking. Klu yang dah pro & lejen tu, adidas kampung pon tak de hal..
2. Pakai gloves untuk keselamatan, tak nak kasi tangan calar balar.
3. Go with an experienced coach/guide/ friend and mesti stick together.
4. Bawa air, 2-3 botol & sedikit bekalan makanan for energy boost. contoh : roti, pisang, kurma, coklat, kek... nak berkelah kat puncak pon boleh!

5. Pakai insect repellent untuk elak kene gigit serangga
6. Untuk kenang kenangan & selfie king, benda wajib, kene bawak kamera.
7. Bagi yang lemah atau kurang semangat, don't look down ! Seriously, berhati-hati pada setiap langkah anda.




Well mula2 aku ingat hiking bukit Batu Gajah nih biase & rileks2 je.. Trek yang kitaorang lalu ni masih virgin & rare~ hahaa.... ;p Tapi bila dah panjat, seriously agak mencabar & merbahaya jugak kat sini.. 

In a nutshell, view dia memang best & thorbaekkk!! Boleh rase ketenangan abadi bila berada kat puncak! Memang tak akan terserempak dengan hikers lain & rase macam tempat ni kitaorang yang punyerr!.keh3... Ha last skali, untuk mendaki, korang jugak memerlukan keberanian..Untuk orang yang jenis gayat, aku rasa bukit ni bukan pilihan yang sesuai..
















Comments

  1. mencabarnya...tapi mesti rasa satu kepuasankan bila berjaya sampai ke puncak.

    Jemput join http://kasihlestariabadi.blogspot.com/2014/09/segmen-blogwalking-lestari.html

    ReplyDelete
  2. Helo! Salam 1 Malaysia~ Haha! Nak tanya sedikit. Kita org baru panjat Bkt tabur extreme semalam tapi bukan ikut jalan belakang zoo negara. kami ikut jalan k5 atau L5 tiba jugak.
    kat mana "jalan belakang zoo negara" yg u masuk hari tu? dari bus stop depan zoo negara kemudian masuk dalam lagi? jalan dekat zoo negara? or sebelah je?

    nak tanya lagi. kalo nak panjat bkt tabur extra u mention kat dlm blog ni, kena passby extreme atau ada jln lain terus naik extra ni? tenkiu! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, jalan ikut zoo negara tu dari pintu depan dia, jalan depan sikit naik kereta ade lorong masuk ke dalam.. sampai dekat kawasan atv. Pastu jalan kaki kat trek atv tu.. nanti kene panjat batu besar.. kat situ start trek Bukit ni.. xyah lalu Tabur Extreme...

      Delete
  3. Seronok nya panjat gunung. Sekali sekala buat aktiviti mencabar camnih best jugak. Release tension kan. Hihi

    ReplyDelete
  4. Salam, nk tnye..trail dia susah ke senang untuk yg xpenah pergi sane?thanks

    ReplyDelete
  5. Hi, Mana entrance nya? Dari belakang zoo ke?

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

Gunung Besar Hantu, N9

Paintball

YUNNAN, CHINA

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS