Kelip Kelip Ku sangka api



Assalamualaikum.....


Kelip-kelip kusangka api 
kalau api mana sumbunya
hilang ghaib kusangka mati
kalau mati mana kuburnya


Ha tu dia berpantun pulak kite!.... hahaa... Harini aku nak pergi tengok kelip kelip... Kat mane ade kelip kelip ni ye? Dulu mase aku kecik2 ade la jugak wujud binatang ni kat kawasan kampung2. Suke tangkap & letak dalam botol... Pastu buat muke jakun sebab teruja tengok bende ni terbang2 keluarkan cahaya... hahaa.. Sekarang ni memang payah la nak jumpa.




Dalam dunia ni, ada dua tempat je yang ada habitat kelip-kelip iaitu di Amazon dan Kuala Selangor. Di daerah Kuala Selangor, kelip-kelip boleh dijumpai di dua kawasan. Iaitu di Kampung Kuantan dan Bukit Belimbing. Persamaan di antara pekan ini ialah, kedua-duanya terletak berhampiran dengan Sungai Selangor. 

Tapi hanya kelip-kelip di Kuala Selangor ni yang berkelip serentak. Itu yang membuatkan kelip-kelip di Kuala Selangor ni special skit. Jangka hidup kelip-kelip di sini adalah lebih kurang 30 hari je.



Kami pergi tengok kelip-kelip di Kampung Kuantan. Kene beli tiket berharga RM50 untuk satu sampan. Satu sampan boleh muat 4 orang. Waktu operasi setiap hari dari pukul 7.45pm - 10.30pm.

Yeayyy dah dapat tiket!
Selalu tau 7 wonder of the world je kan... ha firefly ni yang ke-8
Mase kitaorang sampai tak ramai orang sangat.. Tapi lepas tu tiba2 datang segerombolan pelancong asing naik bas... Ramai pelancong dari luar semangat nak tengok kelip kelip ni!... Sebab kat tempat dorang memang tak de.. Malaysia merupakan bumi bertuah! Kaya dengan biodiversiti........ Ha ape lagi mai la ramai2 kat sini... hehee

Sampan tengah beratur nak ambik penumpang....

Baru nak tangkap dalam botol bawak balik sekor dua!...
kang naya jerr... hahaa
Mood excited!


Ada 30 sampan yang ada di jeti kelip-kelip. Jadi, jangan risau kalau korang perlu menunggu lama, sebab sampan akan sentiasa ada.



Pokok Berembang yang tumbuh liar di tebing Sungai Selangor menjadi penyumbang utama kepada kewujudan kelip kelip ni. Tumbuhan dari jenis pokok bakau ni menjadi habitat kepada Kelip-kelip dan daunnya merupakan sumber makanannya.

Gambar dari google
Memang sangat cantik pemandangannya. Macam tengok lampu2 kat pokok krismas. Ditambah pulak dengan kombinasi berdayung sampan di sungai, memang sesuai untuk orang-orang yang sukakan keindahan alam semulajadi. Yang bestnyer pendayung tu akan bawak korang dekat dengan pokok2 tu & korang boleh pegang sendiri & main-main dengan kelip kelip ni... syokk!

Kitaorang memang tak boleh nak merakamkan kerlipan cahaya kelip-kelip tu. Sebabnya kawasan dia gelap. Kamera secanggih mana pun, sukar nak rakamkan kecantikannya. Just feel the moment... gitu..


Gambar dari google

Menurut sumber, Kelip-kelip adalah sejenis serangga dari kumpulan kumbang. Nama serangga ini pula diperolehi dari keunikan ekornya yang boleh mengeluarkan kelipan cahaya.

 Fakta menarik tentang serangga ni adalah kelipan cahaya yang dikeluarkan oleh ekornya adalah serentak pada setiap masa iaitu pada kadar 3 kelipan sesaat bagi jantan, betina pula 1 kelipan sesaat. Bayangkan jika korang melihat ribuan kelip-kelip, mesti terpegun dengan keindahan fenomena yang dihasilkan serangga ni! perghhh3.......


Cahaya yang keluar daripada kelip-kelip sebenarnya bertindak sebagai penunjuk hendak mengawan. Ia dikeluarkan oleh serangga jantan sebagai menarik perhatian sang betina.

Sebagai tanda persetujuan terhadap ajakan sang jantan, kelip- kelip betina menyambutnya dengan mengelipkan cahaya juga.... krik3....!!! hahaaa



Kenapa hanya sampan digunakan dan bukan bot berkuasa enjin? Ini kerana penggunaan sampan dapat mengelakkan pencemaran bunyi dan asap yang akan mengganggu habitat berkenaan. Selain itu, menyusuri sungai dengan menggunakan cara tradisional ni lebih memberi kepuasan. 



Di malam bulan sabit, suasana gelap, cahaya kelip-kelip lebih menyerlah dan terang bertaburan pada dahan pokok beremban. Kalau bulan penuh, cahaya kelip kelip tak nampak sangat. Kata pak cik pendayung tu la.




Ke manakah kelip-kelip pada waktu siang? Pada waktu siang kelip-kelip bersembunyi/hidup dicelah-celah batang kayu untuk menjalani pusingan hayatnya sebagaimana serangga lain, iaitu bertelur, menetas (ulat), kepompong, dan dewasa sebagai kelip-kelip.



Keychain glowin the dark! Kasi angkat satu!

Singgah dulu kedai cenderamata, usha2 ape yang menarik..

T-shirt
Ni orang ka kunang-kunang??
Penampakan sosok kunang-kunang yang angker! miahahaaa...
Kelip - kelip Kampung Kuantan

In a nutshell, ticked off Senarai baldi aku no. 65.



K.bye!


Comments

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

Gunung Besar Hantu, N9

Paintball

YUNNAN, CHINA

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS