Part 3 : Pantai Tanjung Rhu, Parasailing Awesome, Aiskrim Fantasy
Assalamualaikum....
Sabtu, 28 Mac 2015, 2.00pm
Lepas dah mandi-manda & layan view kat laut Andaman tadi, pak cik bot tu terus hantar kitaorang kat sini!
Ehhh eh geng, kita dah sampai kat Thailand ke ni beb??
krik krik krik....
Ehhh eh geng, kita dah sampai kat Thailand ke ni beb??
krik krik krik....
Tadaaaa... Ni la pantai Tanjung Rhu! The view is superb! Rasa macam kat Phuket pulak! koh koh koh
Cubaan gagal untuk mengalihkan pulau! lol |
Pantai Tanjung Rhu di Langkawi ni adalah sebuah kawasan pantai yang lebih tenang dan aman berbanding Pantai Cenang. Ia dikatakan antara kawasan pantai tercantik di Pulau Langkawi dan disenaraikan di antara 100 pantai tercantik di dunia oleh gergasi media CNN.
Di sini, jumlah pengunjung lazimnya sangat kurang dan hanya ada gerai-gerai kecil berbanding di Pantai Cenang.
Tak banyak aktiviti yang boleh dibuat di sini selain mandi dan berehat di tepi pantai. Kat sini juga tak boleh nak fefeeling layan sunset sebab perlu keluar sebelum pukul 7 petang melainkan korang menginap di resort di kawasan ni.
Pantai Tanjung Rhu ni mempunyai kawasan pantai persendirian yang di khaskan untuk tetamu di sini. Korang mungkin tak dapat masuk ke pantai jika datang pada pukul 5:30 ke atas.
Yeahhhh! ;) |
Nak pergi Jeti Tanjung Rhu ni kena lalu jalan yang kiri kanan dia berderet pokok Rhu. Memang cantik. Tetiba terasa macam jalan-jalan kat oversea pulak. hehehe
Next activity : Parasailing
Dari Pantai Tanjung Rhu tadi kitaorang terus shoot ke Pantai Chenang. Ingat ke nak Parasailing kat Tanjung Rhu ni sebab view dia lagi cantik, tapi hurmmm... harga dia mahai gila! hahaa
Dah sampai kat persisiran pantai chenang tu, kitaorang usha2 la harga nak main parasailing nih! Survey kat situ2. Nego2 sampai letgo, dapatlah sorang RM55. Kalau kat Pantai Tanjung Rhu tu, suma harga tourist jer 2-3 kali ganda lagi mahal.
Lepas dah deal baekk punya, kitaorang terus naik bot dari Chenang Beach tu ke Pantai Tengah. Sebab Chenang Beach tu area orang mandi manda, so tak berapa safe kalau nak start terbang parasailing dari tepi pantai tu. Kebetulan ada beberapa orang tourists lain join kitorang jugak satu bot.
Muka cuak menggelabah! hahaaa ;p |
Turn aku pulak!
Perghhhh.... pemandangan dari atas udara ni memang saujana mata memandang. Nampak pulau-pulau kecil yang berdekatan dengan Pantai Chenang. Thorbaekkkk beb! Korang memang kene try Parasailing ni kalau dah sampai kat Langkawi!
Lek jer brader ni pakai tudung guna t-shirt dia! hahaa ;p
Fly fly away... Weiii....Yuuu.... Memang teruja!
|
Yang brader kat belakang tu akan control parasailing tuh! Dorang naik kat belakang kitaorang rileks jer xde pakai safety ape2 pon! Tangan dorang kuat gila tergantung2 jer kat tali masa nak take off! Giler kentang! Kagum weolls dengan kekatangan abang2 beach boys ni! ;p hahaaa
Dari atas tu boleh tengok pemandangan Pantai Chenang.. Nampak kecikkkkkk halussss jer orang2 kat Pantai Chenang tu..
Landing time!
Baekk punyerr landing, style baring! hahaa ;p |
Lepas dah penat seharian berjemuran kepanasan, nak pergi makan ais krim pulak! Cari punya cari aiskrim yang femes kat Langkawi ni aiskrim gulung! Ingat ke kat tepi2 pantai chenang ni jer! Rupanya kat dalam Main Kiosk @ The Zon Duty Free tu. Jenuh gak la mencari! hahaa...
Sedap! ~yummeh! |
Nin diaaa! Fantasy Ice Cream Malaysia.
The 1st Ice Cream GULUNG in Langkawi!
Puas masing-masing dapat makan aiskrim fantasy! Ni bukan fantasy lagi ye, ni realiti! hahaaaa ;p
Teknik pembuatan dia memang unik! Tengok macam senang jerrr! Kang kalau aku buat bukan bergulung, bergumpal jadinyer! Tak fantasy dah.. hahaaa
In a nutshell, Parasailing memang awesome! Done my bucket list #9!
100 things to do before i die!
Senarai Baldi Saya
100 things to do before i die!
Senarai Baldi Saya
Esok sambung jalan-jalan lagi kat Langkawi ni!
Previous entry :
aaaaaa, bestnya parasailing! ;D setuju jugak yg pantai tanjung rhu lagi tenang dari cenang. lamanya rasa dah tak pergi langkawi, pantai cenang dekat dgn underwater world tu kan? :D nadz dah try skydiving?
ReplyDeleteYup Chenang dekat ngn Underwater world tu! Skydiving belum lagi... insyaallah one day! Kene penuhkan tabung travel dulu.. hehee ;) awak dh try skydiving?
Deletehehe sama lah kita. skydiving agak mahal sikit kan.
ReplyDeletehari tu nak try paragliding, tapi alahai cuaca tak mengizinkan, pastu tunda pastu tunda pastu tunda lagi, terus tak jadi.
Lama tak pergi langkawi .... makin menarik jer dulu pergi berdua siap sewa motor pusing langkawi sampai lebam. Harga masih maintain lagi ker untuk hoping island. Dulu RM35 sekaran berapa yer? Kalau nak pergi hoping elok amik yang awal pagi kerana cuaca baik dan masih tak panas.
ReplyDeleteNk tnya mmg gi parasailing tu tkde pakej apa2 eh? Kiranya pergi tnjung rhu tu aktiviti dia parasailing gitu eh?
ReplyDeletexde pon... cari je kat sekitar situ leh dapat harga murah.. hehee
DeleteAssalamualaikum . sis . Parasailing ni dekat Pantai Chenang kan ?
ReplyDeletesalam... ye di Pantai Chenang..
DeleteAssalam, sis amik parasailing nie dengan sape? Sbb saye tengah survey nk cari yg murah tpi xtahu kat mane
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteberapa hrga aiskrim 2?
ReplyDelete