Posts

Showing posts from July, 2019

Taiwan Day 4 : Summit Attack, Xueshan!

Image
Assalamualaikum 12 Mac 2019, Selasa, 2.00 am 369 Cabin - Peak of Xueshan - 369 Cabin Hari ke-3 pendakian ke puncak Gunung Xueshan. Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Today is D-Day guys!  Fuhhh adrenaline rush! Sis rasa sangat berdebar! To be or not to be.... Persiapan terakhir sebelum mendaki, kena la isi perut dulu untuk memberi tenaga. #carboloading Makan mee sup supaya boleh hiking dengan padu berdesup!  Mee sup dengan citarasa Taiwan!  hahaaa.. Thanks to gogo Kicok yang masak bangun awal pagi untuk kami!  Seawal jam 5 pagi, semua pendaki sudah bersedia dan mula bergerak selepas bacaan doa dan taklimat ringkas. Didalam kepekatan pagi yang dingin menusuk ke tulang, hanya kedengaran dengusan nafas masing-masing yang semakin kencang, seiring dengan laju derap langkah kaki. Memang mengah weh! Trek semakin mencanak, dengan salji yang semakin tebal dan licin! Aku pun hampir tersadung dan tergolek. So kena pakai cra