Dejavu di Kinabalu - Pt 3
Assalamualaikum 30 Januari 2016, Sabtu, 7.00am Tibalah hari yang dinantikan. Misi pendakian ke puncak Gunung Kinabalu. Seawal pagi lagi kami dah bersiap-siap dan sediakan bekalan untuk mendaki secara berjemaah. Prepare roti bersalut butter, telur rebus & yang penting ada buah pisang untuk tenaga segera. Pisang ni kaya dengan magnesium dan potassium serta serat larut yang menghalang perubahan radikal dalam darah. Pastu bawak jugak coklat2, kalau ada buah kurma lagi bagus! Tenaga yang banyak diperlukan semasa mendaki. Persiapkan air semaksimum mungkin yang korang boleh bawa. Tapi, perlu diingatkan agar berat air tidak menjadi terlalu membebankan. Air sangat penting bagi mengelakkan dehidrasi @ kehilangan air dalam badan. Bawa sekurang-kurangnya 500ml bagi air isotonik dan 1.5 liter air kosong. View lautan awan dari depan rumah pon dah bikin teruja! Awat anjing kat sini dah macam rupa beruang jer! hahaa.... Mungkin disebabka...