Taiwan Day 4 : Summit Attack, Xueshan!
Assalamualaikum 12 Mac 2019, Selasa, 2.00 am 369 Cabin - Peak of Xueshan - 369 Cabin Hari ke-3 pendakian ke puncak Gunung Xueshan. Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Today is D-Day guys! Fuhhh adrenaline rush! Sis rasa sangat berdebar! To be or not to be.... Persiapan terakhir sebelum mendaki, kena la isi perut dulu untuk memberi tenaga. #carboloading Makan mee sup supaya boleh hiking dengan padu berdesup! Mee sup dengan citarasa Taiwan! hahaaa.. Thanks to gogo Kicok yang masak bangun awal pagi untuk kami! Seawal jam 5 pagi, semua pendaki sudah bersedia dan mula bergerak selepas bacaan doa dan taklimat ringkas. Didalam kepekatan pagi yang dingin menusuk ke tulang, hanya kedengaran dengusan nafas masing-masing yang semakin kencang, seiring dengan laju derap langkah kaki. Memang mengah weh! Trek semakin mencanak, dengan salji yang semakin tebal dan licin! Aku pun hampir tersadung dan tergolek...