Posts

Showing posts from December, 2021

Goodbye 2021

Image
Assalamualaikum Alhamdulillah tahun 2021 dah sampai ke penghujungnya. Macam-macam perkara yang berlaku dalam hidup aku sepanjang tahun ni. Tahun ni dimulakan dengan kes covid yang semakin tinggi saban hari, disambung pula dengan PKP, pkpd, pkp balik. Start Januari tu aku dah start pindah tempat kerja baru, department baru, kawan-kawan baru. Tapi mula-mula tu susah juga nak sesuaikan diri sebab tak kenal siapa-siapa kat sini. Lagi ditambah dengan 'work from home' memang jarang masuk opis. Nak dekat bulan 3 baru la start masuk ofis sepenuhnya. Masa tu sis pun dah sarat mengandung nak masuk 9 bulan dah. Yang bestnya, ibu mengandung boleh balik awal pukul 4. hehee. Dengan syarat kena masuk opis pukul 7.30 pagi. 13 April 2021, jam 11 pagi bermulalah detik bersejarah dalam hidup sis! Tepat 38 weeks 3 days, sis telah berjaya melahirkan seketul dak Aleesa! Syukur alhamdulillah. Tak sangka dah jadi seorang ibu.. uhukk.. wanna cry! Ngam-ngam sis dah start cuti bersalin konon ambil awal 2

Cruise Tasik Putrajaya

Image
Assalamualaikum Watsup gaiss! Jom jalan-jalan naik cruise di Putrajaya! Tiket korang boleh beli dekat shoppe jer. Lagi murah. Tengok kat sini korang nak naik bot pukul berapa. Produk-produk di Cruise Tasik Putrajaya terdiri daripada Cruise Boat, Perahu Dondang Sayang, Picnic Boat dan juga Buggy Ride. Sekitar kaunter tiket tu, ada kedai-kedai jual cenderamata, tshirt, kiosk jual air dan makanan ringan pun ada. Selain Cruise Tasik Putrajaya ni, ada juga tempat sewa basikal dan buggy. Nampaklah ramai yang sewa basikal tu pusing-pusing tasik. Budak kecik ni dah tazabarrr nak belayarrr nek bot... hehee Permulaan cruise tu bergerak, ada staf brief berkenaan safety dan tempat-tempat yang cruise tu akan lalu nanti. Walaupun bot ni ada aircond tapi bila cuaca kat luar tu panas terik, terasa la juga panasnya. Sebab bumbung dia kaca lutsinar. Lepas habis penerangan, dia benarkan penumpang untuk keluar ke dek depan dan dek belakang untuk tengok pemandangan. Apa lagi, semua pakat keluar lah ke dek!

Aqiqah untuk Aleesa

Image
Assalamualaikum Alhamdulillah syukur. Dah selamat buat aqiqah untuk Aleesa sempena dia dah masuk 8 bulan dah. Kalau korang nak buat boleh tekan link kat bawah ni : https://www.ezqurban.org/ Alhamdulillah sijil kayu pun dah dapat. Nanti dia akan pos dalam masa sebulan. Aqiqah menurut bahasa ertinya “rambut yang tumbuh di atas kepala bayi pada kala waktu lahirnya.” Demikian pendapat ‘Ubaid, Ashmu’i dan Zamakhsyari. Menurut istilah hukum syarak aqiqah ialah “penyembelihan haiwan tertentu untuk kepentingan anak, di samping mencukur atau memotong rambutnya dan diberi nama untuk anak itu.” Imam Syafi’e berpendapat melaksanakan aqiqah adalah sunat muakkad. Ini bersesuaian dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan aqiqahnya, disembelih haiwan untuknya pada hari ketujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama”. (Maksud hadis riwayat Ahmad dan Tirmidzi) Ibnu Al-Qayyim menegaskan bahawa aqiqah itu memelihara bayi tesebu

Cafe The Ame Soeur

Image
Assalamualaikum Pernah tak korang terbayang menikmati makanan didalam sebuah restoran yang didekorasi seperti sebuah istana yang segalanya berwarna emas?? Wowww  Say  bonjour  to Cafe Ame Soeur! Ia dinamakan dari bahasa Perancis yang bermaksud ‘soulmate’!  Auwwww so sweet! Ti Amo !  Harini kami nak celebrate birthday mak yang ke 58 tahun.  Seketul dak Aleesa debab. Berat macam sekampit beras dah. Lenguh pinggang & lengan oiii nak dukung dia.. hahaa Baby muka grumpy la harini. Muka xdak sinyummm... hahaa Tema white & red  Restoran ini bukan sahaja menyediakan masakan ala-ala di Perancis tetapi reka bentuk dan hiasan kedai juga seolah-olah berada di Perancis! Diilhamkan dari Era Victoria, bahagian dalam kafe dihias indah dengan cermin penuh di sepanjang dinding dan chandeliers kristal yang tergantung. Digabungkan dengan baroque patterns dan warna emas di seluruh kafe, tempat ni memberikan royal vibe macam dalam istana.  Keseluruhan ruang restoran dilatari dengan dinding berkerawa