14 Peaks: Nothing is Impossible



Assalamualaikum


Sekarang ni tengah trending satu dokumentari di Netflix mengenai Nepali Sherpa & teamnya telah berjaya menawan 14 puncak gunung yang tertinggi di dunia yang setiap satu gunung tu lebih daripada 8000 meter (26,247 kaki) dari aras laut dalam masa 6 bulan 6 hari! 

Biarrr bethol!??

Pemegang rekod sebelum ini mengambil masa lebih tujuh tahun. Dia telah memecahkan 6 rekod baru dunia pada tahun 2019 selepas habis tapau 14 puncak nih! Phewwww


Selalu kalau orang biasa nak naik ke puncak tertinggi dunia, Everest pun dah makan masa berbulan-bulan kan. Ni dia selamber jer naik Everest dalam masa sehari! 

wowww

So ada gunung lain tu dia boleh tapau 3 puncak sekali dalam masa 48 jam! OMG! Memang gila. hahaaa


Gambar ni diambil oleh Nirmal Purja ataupun lebih dikenali sebagai 'Nims' yang pernah viral pada tahun 2019 dulu. Sekarang semua orang pun dah boleh naik ke puncak Everest! Tudiaaa dah macam bukit broga pulak dia punya sesak! traffic jam ohoiii... 

Ketaq lutut oii dok kat tebing tuh lama-lama. Ni mesti setiap pendaki nak selfie 10 minit kat puncak sampai jem ni. Teringat masa kat puncak Gunung Kinabalu pun macam ni juga beratur. hahaa
 

Purja adalah bekas askar Gurkha Nepal dan anggota Pasukan Khas U.K. Dia punya kekuatan fizikal dan ketahanan hampir luar biasa. Dia sanggup berhenti jadi askar sebab nak kejar impian dia untuk merealisasikan projek yang orang anggap mustahil ni. 

Dia juga ingin meletakkan Nepali Sherpa ke peringkat antarabangsa dikenali seantero dunia dan setanding dengan pendaki orang putih yang sering dipandang tinggi oleh orang luar.

“Project Possible,” ni bermula di Nepal, kemudian bersambung di Pakistan dan Tibet.



The Eight-Thousanders, The 14 highest mountains in the world :

  1. Everest 8848m / 29028ft
  2. K2 8611m / 28250ft
  3. Kanchenjunga 8586m / 28169ft
  4. Lhotse 8516m / 27940ft
  5. Makalu 8463m / 27766ft
  6. Cho Oyu 8201m / 26906ft
  7. Dhaulagiri 8167m / 26795ft
  8. Manaslu 8163m / 26781ft
  9. Nanga Parbat 8125m / 26660ft
  10. Annapurna I 8091m / 26545ft
  11. Gasherbrum I 8068m / 26469ft
  12. Broad Peak 8047m / 26400ft
  13. Gasherbrum II 8035m / 26362ft
  14. Shishapangma 8012m / 26285ft
First gunung yang dia naik ialah Annapurna! 

OMG sis is so excited! hahaa... Teringat kenangan masa kat Annapurna base camp dulu... heheee.. Nak sampai ke base camp pun dah separuh nyawa. Apatah lagi kalau boleh (mampu ke idok) sampai ke puncak. hahaa

Memang hebat betul Nims purja nih. Tapi memang tak heran sangat lah sebab dah memang dia dilahirkan pun kat kawasan pergunungan salji. Ni memang tempat permainan dia lah sejak kecik. 


Because it's in the blood!


Saja la buat throwback sikit :


belakang tu la puncak Annapurna


Sapa yang rajin, nak study trek dia or teringin nak pergi sini boleh la baca secebis pengalaman sis ke ABC sebanyak 13 episod. Dah leh buat novel setebal 500 muka surat kot nih.... hahaa (tapi banyak gambar jer)




Walaupun berdepan pelbagai cabaran dan rintangan masa naik gunung yang hampir meragut nyawanya, dia tetap tak putus asa. Ni semua mungkin juga berkat dari doa ibu dia yang bertahan melawan sakit sampai anak dia berjaya naik semua 14 puncak tuh! Terharu sis... uhukkk... 

Btw bini dia cun.. hehehh.. Orang2 Nepal memang cantik sebab muka dia macam unik nak kata macam cina tak cina, macam hindustan tak hindustan.. gittew

Jom layan trailer :






Comments

  1. prepare fitness,mental n modal:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yezza. Bukan biashe2 la orang yg mampu naik gunung Eight-Thousanders. hehehh

      Delete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Jumaat Di Kota Mekah

Gunung Silipat, Betong Thailand

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS