Goodbye 2021




Assalamualaikum


Alhamdulillah tahun 2021 dah sampai ke penghujungnya. Macam-macam perkara yang berlaku dalam hidup aku sepanjang tahun ni.




Tahun ni dimulakan dengan kes covid yang semakin tinggi saban hari, disambung pula dengan PKP, pkpd, pkp balik. Start Januari tu aku dah start pindah tempat kerja baru, department baru, kawan-kawan baru. Tapi mula-mula tu susah juga nak sesuaikan diri sebab tak kenal siapa-siapa kat sini. Lagi ditambah dengan 'work from home' memang jarang masuk opis.


Nak dekat bulan 3 baru la start masuk ofis sepenuhnya. Masa tu sis pun dah sarat mengandung nak masuk 9 bulan dah. Yang bestnya, ibu mengandung boleh balik awal pukul 4. hehee. Dengan syarat kena masuk opis pukul 7.30 pagi.


13 April 2021, jam 11 pagi bermulalah detik bersejarah dalam hidup sis! Tepat 38 weeks 3 days, sis telah berjaya melahirkan seketul dak Aleesa! Syukur alhamdulillah. Tak sangka dah jadi seorang ibu.. uhukk.. wanna cry! Ngam-ngam sis dah start cuti bersalin konon ambil awal 2 minggu. Biasala dijangka bersalin dalam 40 minggu kan. Dan lebih tepat lagi masa ni dah start 1 ramadan. Baby Ramadan.


First time mom, memang tunggang langgang skit la hidup sis. haha.. Dak kecik ni kuat menangis sampai la dah 3 bulan dah masuk taska baru dia ok skit. Memang betul-betul mencabar & menguji kesabaran. hahaaa.. Memang respect la dengan mak sis yang ada anak ramai. Memang kesabaran tahap dewata raya! Phewww memang kena banyak belajar dengan mak sis. Mak pun happy la dapat 3 orang cucu terus tahun ni. Moga mak panjang umur boleh tengok cucu-cucu dia membesar. 




Paling sedih, tanggal 12.7.2021, pukul 10.30 pagi, sis telah pun kehilangan abah buat selamanya.Time ni Aleesa baru je 3 bulan. Terasa satu kehilangan yang besar sebab tiba-tiba abah dah takde! Cryyyy...... uhukk.. Bila balik rumah mak, selalu teringat abah mesti ada. Sekarang semuanya tinggal kenangan. Tak pernah tengok abah sakit sampai terlantar macam tuh sampai kurus. Luluh hati. Kami redho dengan pemergian abah. Alfatihah



Haritu hujan lebat berlarutan selama 2 hari. Sekitar Shah Alam air dah naik tinggi. Sekali rumah sis blackout masa hari kedua hujan tak berhenti tu. Time tu dah pukul 10.30 malam. Baby pun dah tidur. Angin ribut kuat sampai tingkap terbukak. Tidur la dalam gelap & kepanasan. Xde letrik susah juga nak buat susu & lain-lain. Nasib rumah apartment tingkat 6 gigih la turun tangga. Yang duduk tingkat lagi tinggi tu kesian juga lift x function. Yang ada baby & orang tua lagi la kesian. 

Rupanya electric power station apartment tu dekat basement. So shutdown la letrik satu bangunan kami. Kereta yang parking kat basement semua dah tenggelam. Kami pun pergi tidur rumah mak 3 hari juga. Nasib rumah mak tak naik air. Alhamdulillah.

Salam takziah buat rakan-rakan yang terlibat dengan banjir besar yang berlaku di Selangor, Pahang, Kelantan, N9 dan lain-lain. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Hari-hari tengok story mangsa-mangsa banjir sis sedih. Sis doakan kepada mangsa banjir semoga bersabar dan teruskan perjuangan untuk terus hidup.

 Terima Kasih kepada semua rakyat Malaysia yg membantu mangsa-mangsa banjir ini seperti menyediakan makanan, menderma barang-barang keperluan, menyelamatkan mangsa banjir dan membantu mangsa banjir membersihkan rumah mereka. Terima Kasih semua.

In a nutshell, Insyaallah kita doakan semoga tahun depan, 2022 menjadi lagi baik dari tahun ni...Amin

Comments

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

XPDC Gua Batu Maloi

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Jumaat Di Kota Mekah

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

Pantai Perpat, Johor

Bukit Marak, Kelantan