Cafe The Ame Soeur


Assalamualaikum


Pernah tak korang terbayang menikmati makanan didalam sebuah restoran yang didekorasi seperti sebuah istana yang segalanya berwarna emas??

Wowww 


Say bonjour to Cafe Ame Soeur! Ia dinamakan dari bahasa Perancis yang bermaksud ‘soulmate’! 

Auwwww so sweet!


Ti Amo


Harini kami nak celebrate birthday mak yang ke 58 tahun. 


Seketul dak Aleesa debab. Berat macam sekampit beras dah. Lenguh pinggang & lengan oiii nak dukung dia.. hahaa


Baby muka grumpy la harini. Muka xdak sinyummm... hahaa




Tema white & red 


Restoran ini bukan sahaja menyediakan masakan ala-ala di Perancis tetapi reka bentuk dan hiasan kedai juga seolah-olah berada di Perancis!


Diilhamkan dari Era Victoria, bahagian dalam kafe dihias indah dengan cermin penuh di sepanjang dinding dan chandeliers kristal yang tergantung. Digabungkan dengan baroque patterns dan warna emas di seluruh kafe, tempat ni memberikan royal vibe macam dalam istana. 

Keseluruhan ruang restoran dilatari dengan dinding berkerawang mewah daripada rona emas.



Setiap sudut tempat adalah Insta-worthy, so tangkaplah gambar puas-puas. Tetiba rasa macam fefeeling 'Emily in Paris' gittewww....




Queen of our heart!


Bon appetit


J'aime être à tes côtés



Apapun perlu peningkatan sikit untuk makanan. Rasa makanan dia tak de la sedap mana. Harga dia pun agak mahal skit la. Baru nak try dia punya 'Panna Cotta & Creme Brulee'. Desert pulak tak de masa kami order. hurmm

Rating saya bagi 2/5 untuk makanan dan 4.5/5 untuk design dan hiasan cafe. 


Alamat kedai ni :

N3A, Pusat Perdagangan Bandar Bukit Jalil, Jalan Persiaran Jalil 3 (14.29 km)
57000 Kuala Lumpur, Malaysia

Highlights info row image017-823 3889

Highlights info row imageHours 11:00 - 20:00 



In a nutshell, have a happy birthday mak. Semoga panjang umur murah rejeki selalu & happy bersama cucu-cucu tersayang. 

We love you!




Comments

Popular posts from this blog

Jumaat Di Kota Mekah

Gunung Silipat, Betong Thailand

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS