Posts

Showing posts from March, 2023

Madinah Part 4

Image
20 November 2022, Ahad 8.00am Hari ke 5 di bumi Madinah Hari terakhir kami di Madinah. Masa berlalu amat pantas sekali. Tak terasa pun. Suasana kat Madinah sekarang agak sejuk sebab nak masuk akhir tahun. Pagi tadi masa solat subuh mashaallah menggigil jugak la bila terkena angin kuat. Beg dah beranak nampaknya.. hehee Ahlan wasahlan ya habibi Lif yang kami berebut nak naik selama 6 hari ni. hehee Sayu rasa hati bila nak tinggalkan Madinah Alisha rupanya waktu Ishak dalam bahasa Arab.  Teringat pula anak sis kat kampung tu..  Baby Aleesa. Hehee Terdapat adab-adab yang perlu diperhatikan jika seseorang ingin keluar meninggalkan Madinah : 1. Pertama adalah dengan melakukan 2 rakaat solat sunat wida' (selamat tinggal) , sebaiknya ditunaikan didalam Raudhah. Jika tidak dapat maka di dalam kawasan masjid Nabi yang lama. Jika masih tidak dapat maka boleh dilakukan dimana-mana kawasan masjid. Niatnya ialah "Sahaja aku solat sunat wida' kerana Allah Ta'ala". 2. Berikutnya...

Madinah Part 3

Image
Assaamualaikum 19 November 2022, Sabtu 8.00am Hari ke-4 di bumi Madinah Pagi ni kami ziarah ke kaki Gunung Uhud. Dari sekian banyak gunung yang ada di bumi, gunung yang satu ini memang sangat istimewa. Salah satu makhluk Allah tersebut menjadi saksi bisu terjadinya perang hebat yang pernah dilalui kaum muslimin. Di dalamnya terdapat gua yang menjadi tempat persembunyian Rasulullah SAW dan tiga rakannya saat dicari oleh pihak lawan. Gunung ini menjadi salah satu gunung yang dicintai oleh Rasulullah. Bagi yang sudah melihatnya di dunia, mungkin saja boleh kembali melihatnya di syurga. Perang Uhud terjadi pada 23 Mac 625 Masehi atau pada 15 Syawal 3 H.  Perang Uhud adalah medan untuk orang Quraisy membalas dendam terhadap kekalahan mereka ketika Perang Badar . Dinamakan Perang Uhud kerana ia berlaku di sebuah tempat yang dikelilingi Bukit Uhud. Pertempuran ini disertai 1,000 orang tentera Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad s.a.w. menuju ke Uhud tetapi hanya 700 orang sahaja yang b...