Assaamualaikum
19 November 2022, Sabtu 8.00am
Hari ke-4 di bumi Madinah
Pagi ni kami ziarah ke kaki Gunung Uhud.
Dari sekian banyak gunung yang ada di bumi, gunung yang satu ini memang sangat istimewa.
Salah satu makhluk Allah tersebut menjadi saksi bisu terjadinya perang hebat yang pernah dilalui kaum muslimin. Di dalamnya terdapat gua yang menjadi tempat persembunyian Rasulullah SAW dan tiga rakannya saat dicari oleh pihak lawan.
Gunung ini menjadi salah satu gunung yang dicintai oleh Rasulullah. Bagi yang sudah melihatnya di dunia, mungkin saja boleh kembali melihatnya di syurga.
Perang Uhud terjadi pada 23 Mac 625 Masehi atau pada 15 Syawal 3 H. Perang Uhud adalah medan untuk orang Quraisy membalas dendam terhadap kekalahan mereka ketika Perang Badar. Dinamakan Perang Uhud kerana ia berlaku di sebuah tempat yang dikelilingi Bukit Uhud.
Pertempuran ini disertai 1,000 orang tentera Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad s.a.w. menuju ke Uhud tetapi hanya 700 orang sahaja yang berjaya sampai ke medan Uhud. Hal ini kerana di pertengahan jalan seramai 300 orang telah berpatah balik ke Madinah setelah dihasut oleh Abdullah bin Ubai iaitu ketua orang munafiq. Tentera kafir Quraisy seramai 3,000 orang yang diketuai oleh Abu Sufyan ibni Harb.
Nabi Muhammad s.a.w. telah menyusun strategi dengan membahagikan tentera kepada tiga pasukan iaitu pasukan kanan dan kiri berhadapan melawan musuh. Manakala pasukan pemanah seramai 50 orang telah ditempatkan di atas bukit Ainain. Semua tentera pemanah tidak dibenarkan meninggalkan tempat masing-masing kecuali dengan arahan baginda sama ada kalah atau menang.
Perang Uhud meninggalkan kisah pilu. Di mana 70 sahabat Nabi gugur syahid. Bapa saudara nabi, Saidina Hamzah bin Abdul Muttalib telah mati terbunuh oleh seorang hamba bernama Wahsyi. Wahsyi telah membaling lembing lalu terkena tulang rusuk Saidina Hamzah. Selepas peperangan, Hindun telah merentap hatinya lalu mengunyahnya kemudian diluahkannya.
Nabi Muhammad berasa amat sedih dan memerintahkan agar semua yang mati syahid dikebumikan dengan pakaian yang mereka pakai ketika berperang.
Para syuhada kemudian dimakankan di Bukit ini.
Nabi berkata, meski pasukan Rasul banyak yang gugur, namun jasad mereka akan tetap mendapat perlindungan dari Allah.”Mereka yang dimakamkan di Uhud tak memperoleh tempat lain kecuali ruhnya berada di dalam burung hijau yang melintasi sungai syurga. Burung itu memakan makanan dari taman syurga, dan tak pernah kehabisan makanan. Pada syuhada itu berkata siapa yang akan menceritakan keadaan kami kepada saudara kami bahawa kami sudah berada di syurga. ”
Allah SWT kemudian menurunkan ayat yang bermaksud: Dan janganlah mengira bahawa orang yang terbunuh di jalan Allah itu mati. (QS 3: 169)
Benar saja, setelah 40 perang berlalu, terjadi banjir besar yang membuat makam dua syuhada yakni Hamzah dan Abdullah bin Jahsyin terangkat ke atas kerana banjir ini. Namun ternyata, jasad keduanya masih utuh dan kelihatan seperti baru meninggal dunia. Mereka kemudian dikuburkan di tempat lain tetapi masih dalam kawasan Uhud.
Dalam peperangan Uhud, kaum muslimin sebenarnya telah mendapatkan kemenangan. Namun, para pemanah yang berada di atas Gunung Arrimah tergoda melihat barang-barang berharga yang ditinggalkan oleh kaum musyrikin tersebut. Dan akhirnya, para pemanah ini meninggalkan posnya. Mereka turun dari bukit hingga lupa pesan Rasulullah SAW agar mereka tidak meninggalkan bukit tersebut.
Semuanya turun kecuali komandannya Abdullah bin Jabir dan 6 pemanah lainnya. Melihat situasi itu Khalid bin Walid (komandan Quraisy saat itu dan belum masuk Islam) mengetuai tentera berkuda bertindak balas mengelilingi bukit dan melakukan serang hendap dari arah belakang. Dalam serangan tersebut, tentera Islam terkepung dan menjadi lemah kemudian tersebar khabar angin mengatakan Nabi Muhammad s.a.w. telah terbunuh. Keadaan ini menyebabkan tentera Islam menjadi kucar-kacir.
Walau bagaimanapun, Nabi Muhammad s.a.w. masih selamat dengan dilindungi beberapa orang sahabat. Dalam keadaan yang sangat genting itu, Ubai bin Khalaf menghampiri Nabi Muhammad untuk membunuh baginda. Nabi Muhammad sendiri mengambil sebatang tombak dan terus merejam leher Ubai bin Khalaf lalu membunuhnya. Beliau adalah satu-satunya orang yang dibunuh oleh Nabi Muhammad s.a.w. sepanjang hayatnya.
Beberapa orang sahabat telah terbunuh ketika bertindak melindungi Nabi Muhammad s.a.w. dengan membuat perisai, namun baginda mengalami luka pada muka, bibir, kedua-dua lutut , pipi dan patah giginya ketika terjatuh ke dalam perangkap yang digali oleh Abu Amar Al Rahab.
Selepas pertempuran hebat, kebanyakan tentera Muslim berjaya berundur ke Uhud di mana mereka berkumpul semula. Menaiki kuda, pasukan Quraisy gagal mendaki lereng bukit dan kehilangan kelebihan serangan mengejut mereka. Perang ini berakhir apabila Abu Sufyan membuat keputusan tidak mengejar lanjut tentera Muslim, mengisytiharkan kemenangan.
Dikatakan, gua uhud tempat persembunyian nabi ketika perang uhud, masih berbau harum kasturi sehingga kini.
Namun kini, Gua tersebut telah ditutup dengan konkrit kerana orang-orang yang taksub telah melakukan kerosakan.
Masjid Fasah
Ia adalah ruang solat kecil yang bercantum dengan Bukit Uhud di mana tempat Baginda SAW solat ketika peperangan Uhud.
Baginda SAW menunaikan solat Zohor dan Asar secara duduk kerana cedera parah ketika dalam peperangan Uhud.
Sedih, sebak dan terasa sayu hati para jemaah bila Mutawif bercerita mengenai Perang Uhud.
Perang Uhud ini turut memberikan banyak pengajaran seperti sekuat manapun strategi yang diatur, seandainya kepatuhan ahli pasukan tidak kental, maka ia akan membawa musibah besar.
Patuh kepada pemimpin adalah pengajaran utama kepada kita apabila berada di persekitaran Bukit Uhud.
Kini, selepas lebih 1,400 tahun Perang Uhud berlalu, masyarakat Islam dari seluruh penjuru alam kembali untuk berziarah bagi mengenang kembali apa yang pernah dilalui Rasulullah bersama sahabatnya.
Masjid Bilal Bin Rabah disebut sebagai masjid yang dibangun di atas tanah bekas rumah Sahabat Rasulullah, Bilal Bin Rabah, semasa beliau masih tinggal di kota Madinah.
Bilal dikenal sebagai salah satu dari kelompok pertama yang masuk Islam, beliau dikenal sebagai pengumandang azan pertama dalam sejarah Islam. Gelaran ‘Muazin diberi pada nama Bilal Bin Rabbah.
Ketika Rasulullah SAW wafat, Bilal masih lagi mengumandangkan azan tetapi apabila sampai kepada perkataan yang bermaksud: “Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah Rasulullah” Bilal menangis tersedu-sedu.
Kemudian beliau meminta Abu Bakar r.a. supaya mengecualikannya daripada menjadi muazin kerana beliau tidak dapat menanggung kesedihan selepas kewafatan Rasulullah SAW.
TELAGA IZIQ
Telaga Iziq adalah telaga terkenal yang terletak di Quba.
Telaga ini termasuk diantara telaga bersejarah dimana Baginda Rasulullah bersama teman Hijrah Baginda Saidina Abu Bakar telah berhenti ketika mana kali pertama tiba di Quba dalam perjalanan Hijrah.
Berhadapan Telaga Iziq ini terdapat "Musolla Muzollal ( مصلى مظلل) tempat di mana Abu Bakar As-Siddi RA memayungi Baginda Nabi dengan ridaknya bila terik matahari mula memancar pada Baginda Nabi disini.
Tempat yang semakin popular dalam kalangan penziarah Kota Nabi SAW. Terletak berdekatan dengan Masjid Quba.
Sedikit kisah disebalik Telaga Izziq, air telaga ini pada asalnya masin dan tak dapat diminum. Rasulullah SAW telah meludah ke dalam Telaga ini dan dengan izin Allah SWT air telaga ini boleh diminum.
Airnya sejuk dan sedap diminum juga agak sedikit payau.
Alhamdulillah, Allah izinkan juga anjang melihat rumah seorang Sahabat Rasulullah SAW dari kalangan pemimpin orang Ansar bernama Saiyidina Kalthum bin al-Hadam (كلثوم بن الهدم). Rupa-rupanya nama Kalthum ini digunakan untuk orang lelaki di negeri Arab. Seperti Maisarah juga nama lelaki. Tetapi di Malaysia rasanya digunakan untuk orang perempuan.
Rasulullah SAW, Saiyidina Abu Bakar dan penunjuk jalan, Amir bin Fuhairah bertamu di rumah Saiyidina Kalthum bin al-Hadam yang ketika itu belum memeluk Islam. Lihatlah kepemurahan Ahli Madinah, walaupun belum Islam tetapi tiada prejudis terhadap Nabi Muhammad SAW malah menerimanya sebagai tetamu. Berkat sungguh rumah Saiyidina Kalthum kerana Rasulullah SAW dan Saiyidina Abu Bakar bertamu di sini.
Rupa-rupanya Allah kekalkan agar kita mengambil sebanyak-banyak keberkatan untuk menghidupkan roh demi membela perjuangan Rasulullah SAW hingga akhir hayat.
Menangislah wahai hati apabila jatuh pandangan matamu ke susunan batu-batu lama yang menjadi dinding rumah yang berkat ini kerana mereka pernah berkhidmat kepada seorang Rasul, sedangkan kamu wahai diri, apa jasa kamu membela agama Nabimu?!
Di sini juga terdapat 150 batang pohon kurma dengan lebih 20 jenis tamar. Ada juga ternakan kambing dan unggas untuk menghidupkan suasana.
Minum teh di ladang kurma
Ada sangkar kucing gebu
Lepak dalam khemah
First time menunggang unta! Bayar 10 riyal
Pengalaman naik unta memang tak boleh dilupakan! Nampak macam biasa je, tapi sebenarnya tinggi dia boleh buat jadi gayat. Ketaq lutut jugak la.. hahaa
Balik ke hotel untuk makan tengahari.
Waaa kat Madinah pun ada McDonald rupanya.. heheee
Comments
Post a Comment
In a nutshell, Thanks for your comment!