KL - New Delhi - Ladakh


Assalamualaikum


Day 1 ( 27.08.2025 - Rabu )
Kuala Lumpur - New Delhi 


Let's backpackers trip begin....


In a Nutshell, India chapter in!


India’s gonna be a wild, colourful, soul-stirring ride, from the chaos of Delhi to the calm of the Himalayas, adventure mode on!

Ootd dulu

Member baru angkat phone baru Vivo X200 Pro... Padu la gambar dia.. haha


Kami memulakan perjalanan dari KLIA menaiki penerbangan Air Asia pada 27 Julai 2025, 17.10pm dan tiba di New Delhi Indira Gandhi International Airport pada 22.05pm. Tiket penerbangan pergi balik berharga RM1,439.95. 


Abi beday girl with gogo trip, Amir

Have a happy birthday Abi! Moga panjang umur & murah rejeki selalu boleh travel sesama lagi. Ingat kita ada misi negara 2026 ok! hahaaa... Memang trip birthday dia rupanya hari ni! 

Fuzah & me


Layan sunset dalam flight


“Every sunset brings the promise of a new dawn.” — Ralph Waldo Emerson


How to kill a time. 5 jam dalam flight kan sempat la baca buku ni.

 #Merzanakpenorehkinipilot

Nice writing oleh seorang pilot dalam pasukan polis now dah jadi pilot commercial airline. Buku ini memberi inspirasi kepada generasi muda bahawa kemiskinan bukan penghalang untuk berjaya jika disertai tekad, usaha, dan kepercayaan kepada Tuhan.

Sis suka baca cerita motivational macam ni. Best!

Sis suka dengan ayat ni


Kena isi borang ni bila dah sampai India.

Nasi Lemak Pak Nassir



Touchdown India!

Mana my hero hindustani heyy, Shah Rukh Khan? hahaaaa



Perjalanan mengambil masa 5 jam 25 minit. Malaysia mendahului India sebanyak 2 jam 30 minit. Jadi kami tiba di india pukul 19.35pm waktu tempatan. 

Ohh malam masih muda guys!



Indira Gandhi International Airport (Delhi) ni cantik. Dia ada banyak hiasan seni tangan, patung dewa, dan warna emas–oren yang hangat.

Ehh... dia bagi pickupline lah.... hahaaa sis suka! Btw Kepci kat Delhi ni halal.


Next kami akan menaiki  penerbangan domestik IndiaGo Airlines dari New Delhi ke Leh Kushok Bakula Rimpochhe Airport pada esoknya 28 Julai 2025, 05.40am. Harga tiket return RM700 tetapi luggage dia bagi 15kg je. Dari Malaysia flight memang dia bagi 20kg so kami terpaksa add on luggage untuk return sebab risau balik nanti confirm beg lagi berat sebab dah shopping semua kan. Boleh tahan juga harga add on dia 3kg RM85. 5kg RM141. Fuhhh.....


  Disebabkan kami ambil flight paling awal nak ke Leh, so kami lepak dekat airport je la sepanjang malam tu. Kat airport Delhi ada surau yang selesa. So kami sempat la melelapkan mata sekejap. 



Untuk pengetahuan anda, Suruhanjaya Tinggi India ke Malaysia telah mengumumkan pengecualian visa selama 30 hari kepada rakyat negara ini yang berkunjung ke negara itu, bermula 1 Julai 2024 dan telah di extend hingga 30 Disember 2026. Korang tetap kena apply e-visa secara online tetapi tiada bayaran yang akan dikenakan. 

Dengan e-visa, pelancong Malaysia boleh memasuki India sebanyak dua kali tanpa sebarang kos. Namun, permohonan visa selain visa pelancong tetap dikenakan bayaran seperti yang ditetapkan.

Pengecualian ini selaras dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang sebelum ini mengumumkan pengecualian visa selama 30 hari untuk rakyat India ke Malaysia, sebagai sebahagian daripada hubungan dua hala strategik antara kedua-dua negara.

Nak apply visa boleh klik dekat sini :


Tips untuk nak isi online ni korang kena banyak-banyak bersabar ok! hahaaaa... Sis ada la kena ulang buat sampai 20x kot baru lah lepas. Nak kena upload gambar passport dalam application tu. Berchenta la jugak nak upload sebab kena ikut specification dia. Memang kena kesabaran tahap dewa betul! Tak tau la masalah server dia loading ke yang buat leceh nak kena isi dalam website tu. Macam tak berapa nak friendly macam kita... ehh


Aku tukar RM 1,000 × 20.8 = ₹ 20,800 (rupee India). Ok sis kaya! hahaaa




Day 2 (28.08.2025 - Khamis )
Delhi - Leh Town 

Accalamatization


Selepas solat Subuh, kami pun bersiap nak ke departure tapi flight delay pula. Dari 5.40 am ke pukul 7.30 am ke pukul 8.30 am. Ini disebabkan hujan lebat, tanah runtuh & banjir besar yang melanda kawasan Jammu, Kashmir sejak 2-3 hari lepas.

Masa ni kami ada tengok ig influencer terkenal, Bella Park dia ada di Leh sekarang. Dia tak boleh balik ke New Delhi sebab flight dah 3 hari delay tak boleh fly dari Airport Leh. Airport tutup disebabkan cuaca buruk. So dia pun nak balik ke Delhi ikut jalan darat melalui Kashmir. Kami pun risau boleh tak ni kami nak masuk ke Leh. Ada ahli group yang dah sampai Delhi dua hari lepas pun tak boleh fly lagi ke Leh. Ramai yang stranded di airport.


Kami dok tengok update dari ig Bella Park.


Ladakh here we go!


Indigo Airline



Kita sambung baca lagi. 

Actually sis tengah nak siapkan projek buku travelog sis. So kepada fans2 nutshell.... nantikan ok! hahaaa (ada fans ke)


Finally, pukul 8.30 am dah boleh boarding. Ahh lega rasanya.... Layan view kat sebelah tingkap memang fuhhhh speechless..... snow peak mountain sangat lah cantik! 

Ladakh berada di kawasan altitud tinggi di pergunungan Himalaya dan Karakoram. Purata altitud sekitar 3,000 - 5,500 meter dari aras laut. Memang rasa tak puas lah tengok view gunung ganang. 



So lepas sejam dah sampai kat Leh tapi....

Kenapa flight ni masih berlegar-legar kat atas ni? Lama jugak nak dekat setengah jam. Kami dah rasa pelik dah. Skali pilot bagi announcement, 

Dear passenger, we need to turn back to New Delhi due to a technical issue at Leh Airport.

Kitaorang kat dalam flight tu semua macam what??? Macam kecoh skit lah hingar- bingar. 

So flight pon patah balik dalam pukul 11.00 am sampai semula New Delhi isi minyak sume & fly back to Leh. Lagi sekali nak sampai airport Leh dia berlegar-legar dulu & finally bila selamat je landing semua bersorak gembira bertepuk tangan. Rasa macam satu kemenangan! hahaaaa.. What a moment!

So ingat ke dah setel. Tapi ade lagi masalah sekarang flight tak de tempat nak parking! hahaa.. Due to airport congestion sebab heavy traffic dah 3 hari banyak flight reschedules. Fuhh dalam sejam lebih jugak pishang dalam tu tak boleh turun lagi dengan kebulur dah memasing. Tapi ade la dorang bagi takat kacang2 & air kotak.


Refreshment Pack


Kena isi borang lagi

Welcome to Ladakh! Land of the High Passes!


Finally touchdown Kushok Bakula Rimpochee Airport (IXL) di Leh. Ketinggian airport ni lebih 3,200 meter dari paras laut, antara airport tertinggi di dunia.

Namanya diambil sempena Kushok Bakula Rinpoche, seorang pemimpin spiritual terkenal Ladakh. Operasinya dikendalikan oleh Indian Air Force, jadi kawasannya dikawal ketat dan separa tentera. Bangunan terminalnya kecil dan ringkas, cuma ada satu atau dua “gate” sahaja. Keselamatan sangat ketat, pengambilan gambar di luar kawasan tertentu kadang tidak dibenarkan.

Pemandangan dari landasan luar biasa cantik, dikelilingi gunung bersalji dan lembah kering Himalaya. Fuhhh... excited betul kami. Tapi nak ambil gambar tak berani sebab ramai askar. hahaaa

Dalam pukul 2.30 petang jugak la akhirnya kami check in hotel. Huhhhh..... what a long journey rasa macam hampir 2 hari la baru sampai. hahaaaa



Ok la kita rest dulu sis dah sakit pinggang galas backpack berat! hahaaa ......




To be continued......





















Comments

Popular posts from this blog

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

BAHASA HIKERS

Jade Dragon Snow Mountain (JDSM)

Gunung Silipat, Betong Thailand

Hiking Bukit 527, Sepang

The Jerai Hill Resort, Gunung Jerai

Bukit Marak, Kelantan

Taman Persahabatan Jepun