Panasnya Agra hari ini seolah membakar kulit, tapi tidak mampu menandingi hangatnya kisah cinta yang lahir di sini.
Di bawah terik matahari dan langit berdebu, aku berdiri di hadapan Taj Mahal,monumen yang bukan sekadar batu dan marmar putih, tapi bukti bahawa cinta sejati mampu melawan masa.
Setiap ukiran halus di dindingnya, setiap batu permata yang bersinar samar di bawah cahaya matahari, seolah berbisik tentang rindu yang tak pernah padam.
Shah Jahan membina istana untuk cinta yang sudah tiada, dan hari ini, ratusan tahun kemudian, dunia masih datang untuk merasai getar cinta itu.
Taj Mahal ialah salah satu monumen paling terkenal di dunia dan menjadi lambang cinta abadi. Taj Mahal terletak di Agra, India, dan dibina oleh Mughal Emperor Shah Jahan untuk mengenang isterinya yang tercinta, Mumtaz Mahal. Nama sebenarnya ialah Arjumand Banu Begum.
Taj Mahal: Cinta yang Disemadikan di Marmar Putih
Di tebing Sungai Yamuna, berdiri sebuah istana putih yang memantulkan cahaya bulan, Taj Mahal. Ia kelihatan tenang, tapi di balik ketenangan itu tersembunyi kisah cinta yang dilahirkan dari duka yang dalam.
Di sinilah bersemadinya Mumtaz Mahal, permaisuri yang menjadi nafas dan nadi seorang raja, Shah Jahan.
Ketika Mumtaz pergi meninggalkan dunia sewaktu melahirkan anak ke-14 mereka, dunia Shah Jahan turut gelap. Baginya, tanpa Mumtaz, istana tiada makna, takhta tiada seri.
Shah Jahan sangat berdukacita dan dengan hati yang hancur, dia berjanji:
“Aku akan bina sesuatu yang abadi, seindah cintaku padamu.”
Pembinaan Taj Mahal bermula pada 1632 iaitu setahun selepas kematian Mumtaz dan siap sepenuhnya sekitar 1653. Ianya mengambil masa lebih 20 tahun. Arkitek utama dalam pembinaan ini adalah Ustaz Ahmad Lahauri. Pekerjanya lebih daripada 20,000 tukang tangan halus dan seniman dari India, Persia, Turki dan Asia Tengah.
Bahan utamanya dibuat daripada Marmar putih dari Makrana, Rajasthan, disertakan batu Permata dari Punjab. Jed dan hablur dari China. Firus dari Tibet. Lazuardi dari Afghanistan. Nilam dari Sri Lanka. Kamelian dari Arab.
Ciri Seni Binanya adalah gabungan gaya Islamik, Parsi, Turki dan India. Ayat Al-Quran diukir indah di dinding marmar. Simetrinya sempurna dan setiap sisi hampir identik. Ia dikelilingi taman besar yang dibahagi empat (dipanggil Charbagh), melambangkan syurga dalam konsep Islam.
Kisah Tragis
Shah Jahan mempunyai empat orang anak lelaki yang semuanya bercita-cita besar:
Dara Shikoh – anak sulung, cendekiawan dan pewaris pilihan Shah Jahan.
Shah Shuja – Gabenor Bengal.
Aurangzeb – sangat tegas, taat agama, dan berjiwa tentera.
Murad Baksh – anak bongsu, juga berjiwa kuat.
Selepas Mumtaz Mahal meninggal, Shah Jahan menjadi semakin murung dan kurang aktif memerintah. Anak-anaknya mula berebut kuasa kerana mereka tahu ayah mereka sudah uzur.
Pada tahun 1657, Shah Jahan jatuh sakit. Empat anak lelakinya segera berperang sesama sendiri untuk merebut takhta Mughal. Shah Jahan mahukan Dara Shikoh menggantikan dia kerana Dara lebih lembut dan berpandangan terbuka. Tapi Aurangzeb melihat Dara sebagai ancaman dan juga tidak setuju dengan pemikiran Dara yang terlalu liberal terhadap agama.
Rampasan kuasa telah dilakukan oleh Aurangzeb. Aurangzeb menewaskan abang-abangnya satu persatu menyebabkan Shah Shuja lari ke Burma. Manakala Murad Baksh ditipu dan dibunuh. Dara Shikoh pula ditangkap dan dihukum mati atas tuduhan murtad. Selepas itu, Aurangzeb menggulingkan ayahnya sendiri, Shah Jahan dan memenjarakannya di Red Fort, Agra, dari tahun 1658 hingga 1666 iaitu selama 8 tahun.
Pada akhir hidup Shah Jahan, beliau hidup dalam tahanan rumah dengan seorang anak perempuannya, Jahanara Begum. Dari tingkap penjaranya, dia hanya mampu melihat Taj Mahal dari kejauhan, tempat isterinya disemadikan. Setiap hari dia memandang makam isterinya dari kejauhan tidak lagi sebagai maharaja, tapi sebagai lelaki tua yang menanggung rindu.
Apabila ajal menjemput, dia dibaringkan di sebelah Mumtaz, di bawah kubah yang dibinanya sendiri. Dan buat pertama kalinya selepas bertahun-tahun, mereka bersatu semula bukan di istana, tapi di syurga cinta abadi.
“Cinta sejati tidak selalu berakhir dengan bahagia. Kadang, ia kekal dalam bentuk keabadian yang sunyi.”
Anaknya menggulingkan dia kerana kuasa dan perbezaan pandangan agama, walaupun mereka keluarga. Tragisnya monumen cinta paling indah di dunia terhasil daripada kisah kehilangan dan pengkhianatan darah daging sendiri.
Kini Taj Mahal diiktiraf sebagai Salah satu daripada 7 Keajaiban Dunia Baharu (2007) dan juga Tapak Warisan Dunia UNESCO (1983). Setiap tahun, lebih 7 juta pelawat dari seluruh dunia datang menyaksikan keindahannya.
Seni halus di dinding Taj Mahal :
Inlay batu permata (Pietra Dura / Parchin Kari)
Teknik ini berasal dari Itali tapi disempurnakan oleh tukang Mughal.
Setiap bunga, daun dan ayat Al-Quran pada dinding bukan dilukis — tapi dibentuk dengan menyisipkan batu permata sebenar ke dalam marmar putih.
Batu yang digunakan termasuk:
Jade (China)
Turquoise (Tibet)
Lapis lazuli (Afghanistan)
Coral dan onyx (India)
Amethyst (Persia)
Setiap helai kelopak bunga diukir dengan tangan, dan disusun dengan simetri sempurna.
Kaligrafi Al-Quran
Diukir oleh Amanat Khan, kaligrafer istana yang masyhur.
Ayat-ayat Al-Quran menghiasi pintu gerbang dan dinding, semuanya berkisar tentang cinta, syurga, dan keabadian jiwa.
Menariknya, tulisan di bahagian atas dibuat lebih besar sedikit supaya kelihatan sama besar dari bawah — permainan optik yang sangat halus.
Simetri & cahaya
Setiap corak, taman dan kubah disusun dengan kesempurnaan geometri.
Bila cahaya matahari atau bulan jatuh ke marmar putih, batu permata dalam ukiran itu berkilau halus, seolah-olah bangunan itu hidup dengan cahaya cinta.
Fakta menarik:
Jika kau pandang dekat ukiran bunga di dinding, kau akan nampak tiada satu pun bunga yang sama.
Setiapnya unik, seolah menggambarkan bahawa setiap cinta juga berbeza, tapi sama indahnya.
Di pintu masuk, semua pelawat menerima sepasang sarung kasut pakai buang. Anda perlu memakainya, atau berjalan tanpa alas kaki jika anda merancang untuk masuk ke dalam Taj. Ini adalah salah satu usaha untuk melindungi lantai marmarnya.
Reality vs Expectation!
Kat sini bersepah photoghapher yang akan approach korang untuk ambil servis dorang. Korang kena pandai nego la. Ni sis dah la mudah terpengaruh. hahaaa
Sis pun ambil la sorang. Kena bayar lebih kurang 1,600 rupee jugak. Kalau convert lebih kurang RM80. Fuhhh.... Tapi sebab dia boleh shoot gambar tak de orang kat tengah-tengah ni tu yang sis ambil. hahaa... Dia siap halau orang-orang kat tepi tu semua!
So dah ambil photog, sis posing je la. Tapi gambar dia biasa-biasa je pun. Hahaaaa
Kubah marmar berbentuk bawang besar di bahagian tengah bercahaya di bawah sinar matahari, manakala empat menara putih di setiap sisi mencetuskan keseimbangan dan keharmonian ideal.
Taman rekreasi seluas 300 meter x 300 meter dengan lorong-lorong hiasan bunga. Terdapat empat charbagh yang melambangkan empat sungai utama di India yang mengalir dari syurga.
Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu iaitu merangkumi bahagian makam, dewan, taman rekreasi, masjid, menara tinjau dan lain-lain.
Bangunan ini dikatakan 'permata seni bina Islam'.
Taj Mahal kelihatan sepenuhnya berbeza dengan perubahan cahaya. Ia berwarna putih-keperakan atau merah jambu pudar pada waktu subuh. Apabila matahari terbenam, ia berubah menjadi warna kuning.
Makam Shah dan isterinya adalah privasi dan terletak di bawah tanah. Di atas adalah replika sahaja.
Segala-galanya dihiasi dengan bunga-bunga kecil dan anggur halus yang diperbuat daripada batu berwarna-warni. Ketukangannya adalah luar biasa. Ia cantik tetapi tidak dibenarkan mangambil foto dan jika anda cuba melakukannya, pengawal akan meniup wisel dan memarahi anda.
“I lost my heart to this beautiful place.”
Function jugak pakai selendang panjang ni boleh berlindung dari matahari terik.. heheeee
Keep hydrated, guys Agra’s heat is no joke!
Pintu hadapan Taj Mahal dipanggil Great Gate atau Darwaza-i Rauza
the gate of the mausoleum
Tulisan di pintu utama dan di sekeliling kubah Taj Mahal ialah ayat-ayat dari Al-Quran, kebanyakannya mengenai syurga dan keabadian jiwa.
Antaranya:
“Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-Ku, dan masuklah ke dalam syurga-Ku.”
— Surah Al-Fajr (89:27–30)
Bahan binaan dibawa dari seluruh Asia dengan menggunakan 1000 ekor gajah.
28 jenis batu berharga telah digunakan bagi membina Taj Mahal. Kos pembinaan melebihi 32 juta rupee. Kos ini tidaklah banyak ketika itu.
Apabila Taj Mahal siap dibina, Shah Jahan menjatuhkan hukuman pancung ke atas arkitek Ustaz Ahmad Lauhari. Di samping itu, kesemua penukang yang terlibat dalam pembinaan bangunan itu dipotong tangan mereka supaya mereka tidak dapat membina bangunan yang menandingi Taj Mahal.
Namun, dakwaan ini masih dipertikaikan kerana Shah Jahan seorang yang 'sentimental' dan tidak ada bukti kezalimannya.
Pintu masuk ke Taj Mahal dibuka dari matahari terbit sehingga matahari terbenam kecuali pada hari Jumaat di mana ia dibuka hanya untuk orang Islam menunaikan sembahyang Jumaat di masjid yang bersebelahan dengan bangunan utama.
Taj Mahal nampak begitu indah sewaktu matahari terbit dan matahari terbenam.
Elakkan datang ke sini pada musim panas terutamanya dari April hingga Julai kerana bahang panasnya dengan suhu boleh mencecah sehingga 46 darjah Celsius.
Macam ni la pembuatan dinding taj mahal tu setiap batu permata diukir satu persatu dan ditampal di marmar. Memang selayaknya dipanggil wonder of the world!
Sis sangat-sangat kagum!
Sekarang tinggal sangat sedikit sahaja pengukir asli seni inlay Taj Mahal (pietra dura atau dalam bahasa tempatan disebut parchin kari) yang masih hidup dan mereka kebanyakannya menetap di Agra, di kawasan berhampiran Taj Mahal.
Ramai di antara mereka ialah keturunan terus tukang dan seniman asal yang membina Taj Mahal pada abad ke-17. Tapi sayangnya, seni halus tu semakin hilang ditelan masa, sebab tak ramai anak muda nak teruskan warisan ni kerana ia perlukan ketelitian, kesabaran, dan masa berbulan-bulan untuk siapkan satu ukiran kecil saja.
Fakta menarik:
Seni inlay Taj Mahal guna lebih 30 jenis batu permata dan semi-precious stones.
Pengukir lama diajar cara memotong batu dengan tangan dan menyusun corak bunga yang halus di atas marmar.
Hari ini, cuma beberapa keluarga pengukir masih meneruskan tradisi tu, dan hasil kerja mereka biasanya dijual di kedai-kedai kecil sekitar Agra, bukan lagi untuk istana, tapi untuk kenangan pelancong.
Setiap bunga, daun, dan corak di dinding Taj Mahal dibentuk dengan tangan, satu demi satu, guna teknik inlay batu permata (pietra dura). Bukan cat, tapi batu sebenar yang ditanam ke dalam marmar putih.
Gila halus seni dia!
Harga jualan dia pun bukan murah untuk setiap souvenir batu marmar ni. Sis mampu tengok je lah sambil mengangumi seni halus tangan ni.
Friendship is built to last – just like the Taj Mahal.
In a nutshell, finally tick off 1 of the 7 wonders of the world!
Assalamualaikum.... Harini aku nak wat review skit pasal Action Camera SJCAM @ SJ4000 wifi. Korang pernah dengar tak pasal kamera ni? Aku memang dah lame mengidam nak beli kamera ni.. Nak beli GoPro cam mahal sangat.. so grab r kamera ni, gopro alternatif dengan harga yang memang mengancam & mampu milik! My new baby born, SJCAM Red! Apo bondo eh Action Cam? Action cam ni selalu digunakan untuk yang kaki adventure, yang suka travel & aktiviti-aktiviti outdoor yang lasak seperti menyelam, mendaki gunung, berbasikal & macam2 lagi. Sebab saiz dia kecik so senang nak guna untuk snap & rakam moment2 yang cun masa buat aktiviti lasak tu. Tapi sekarang ni kan zaman orang suka SELFIE. Dah jadi fenomena plak... Kadang2 orang beli kamera ni bkn untuk wat outdoor pon. Setakat nak selfie sambil lepak kat kedai mamak! ;p hahaaa.... Tapi aku beli kamera ni sebab memang aku suke beroutdoor. Next entry nanti aku share gambar2 aku g menyelam kat P...
Sekarang ni siapa yang sombong ekk? Kalau sis sombong awal-awal dah suruh pak cik berambus. Kita ni bersimpati sebab dia orang tua ni siap extend duduk 2 bulan free-free lagi. Entah lah manusia jenis tak tahu bersyukur. Bila kita dah buat baik dipijak-pijak pula. Siap kata nak saman kita pulak eh? So mampu la nak bayar lawyer? Kita dah bertolak ansur dah mintak elok-elok tak diendah kita pulak dikata sombong sebagai alasan sengaja tak nak bayar hutang? Dengan janji dicapati, kita kena sidai call tak angkat, text tak reply tu bukan alasan la pak cik! https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2026/08/05/tuan-rumah-sombong-punca-rahim-omar-sengaja-tangguh-bayaran-sewa-2-tahunsaya-tidak-lari https://www.thestar.com.my/news/nation/2026/08/06/rahim-omar-vows-to-clear-rm7000-debt-after-tough-spell https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2026/08/1597998/isu-tunggakan-sewa-rm7000-rahim-omar-mengaku-belum-lunas https://www.kosmo.com.my/2026/08/05/saya-dah-pindah-pemilik-rumah-halau-sa...
Assalamualaikum Actually sis naik bukit ni masa cuti new year haritu, 1.1.2025. Sekarang baru sempat nak update. hahaaa Bukit Sri Permata ni salah satu bukit hiking santai yang terkenal di sekitar Klang Valley , biasanya orang pergi untuk short hike & exercise pagi. Lokasi: Seksyen 2, Taman Sri Permata. Landmark dia dekat kawasan kubur Taman Sri Gombak. Boleh waze jer. Baru nak start hiking terasa insaf sekejap. Salam ya ahli kubur! Sesungguhnya kami, insyaAllah akan menyusuli kalian. Ketinggian: Lebih kurang 200–250 meter (bukit rendah, sesuai beginner). Masa hiking: 30 – 45 minit ke puncak (ikut pace). Laluan: Trek tanah merah + hutan, agak teduh & redup. Tarikan: View bandaraya KL, sunrise cantik, tempat orang jogging/hiking santai hujung minggu. Tips kalau nak naik: - Datang awal pagi atau lewat petang (tak panas sangat). - Sesuai untuk bawa anak-anak / family (tak extreme). - Kasut hiking ringan atau kasut sukan dah cukup. - Kalau musim hujan...
Assalamualaikum Fuhhh dah bersarang blog aku nih!. Baru sempat nak update. Kali ni story pasal misi Kinabalu ada dalam Majalah BackPackerz Vol 3 edisi April 2016! Memang menarik betul majalah ni untuk kaki2 travel & backpackers! Kebetulan plak aku baru je balik dari trip Surabaya & Jogja! Ade pulak story pasal terjah Jogja dalam nih! Fuhhhh memang mengimbau betul! Memang best gler majalah nih! Magnet Kinabalu! Mana nak dapat majalah ni??? Hurmmm memang majalah ni tengah hangat di pasaran! Jenuh jugak aku cari kat banyak kedai semua dah sold out! Korang boleh cari kat kedai-kedai buku Popular, MPH, Times & banyak lagi. Tapi kalau nak senang boleh beli dekat kiosk2 myNEWS.com. Beli online pon boleh jugak! Boleh usha kat fb BackpackerzMag ! Tu diaaaa... gambar poskad aku kemain besaq! Teruja kejap! hahaaa Story pasal Adam & Team Anak Gunung! In a Nutshell,TQ Backpackerz Magazine! So cepat-cepat pergi beli s...
Assalamualaikum.... Selamat datang 2014! Hari ni aku nak share senarai baldi aka 'my bucket list'. 100 things to do before I die! Sebenarnya tujuan aku buat blog ni pun, aku nak buat aktiviti2 & benda-benda yang aku tak pernah buat sebelum ni dan teringin sangat nak buat. Lepas aku buat, aku akan share tips & lokasi yang menarik yang aku dah pergi sebagai rujukan & panduan klu korg nak try. Selalu pun aku just tulis 'done my list'! Jadi ramai member2 yang tertanya2 ape sebenarnye aku punye wish list tu.... heheehh So, lets check it out! 1. Paragliding. Done! 2013 - hiking & paragliding di bukit jugra 2016 - Paragliding Jugra with Planta 2016 - Paragliding Kuala Kubu Bharu with Planta 2. Menawan puncak tertinggi di Asia Tenggara, Gunung Kinabalu. Done! ...
Assalamualaikum Bersua kembali kita di dalam log hiking ke mana kita kalini?? Yang pasti bukan hiking ke hati awaaa... Cia cia cia... ehh Bukit Tunggul ialah sebuah bukit di daerah Sepang, dengan ketinggian sekitar 278 meter dari aras laut. Ia terletak berhampiran kawasan Jenderam Hilir, Kampung Orang Asli Sungai Buah, dan Bukit Unggul Golf & Country Club. Sumbangan seikhlas hati tapi, jangan bagi hati tapi bagi duit... ehh Boleh parking dengan tenang jiwa tenteram tiada dendam... ehh Sunrise Ternampak kawan hiking masa zaman dulu-dulu naik gunung... Masih maintain fit dak ni buat loop naik turun bukit ni beberapa kali, sis tak sampai-sampai puncak lagi... hebat.. hahaaa Bukit ini popular dalam kalangan pendaki tempatan kerana laluan pendakian yang pendek hingga sederhana, sesuai untuk latihan kecergasan. Boleh lihat pemandangan kawasan sekitar Bangi, Sepang dan Putrajaya dari beberapa titik. Laluan tanah dan hutan yang sesuai untuk aktiviti hiking dan trail running. First che...
Assalamualaikum 11 November 2018, Ahad Baru-baru ni, aku mendaki ke ' Gunung Besar Hantu ' aka GBH yang terletak di Jelebu, Negeri Sembilan. Dengar saja namanya dah cukup untuk orang melabelkannya sebagai tempat yang seram, menakutkan atau berkemungkinan akan terjumpa hantu. hahaa.. So kita teng ok macam mana trek dia seram ke idok?? Pendakian ni disertai seramai 18 oran g. Aku first time jumpa dengan group Mark & Go. Tapi dorang semua ok & sporting! Kos pendakian RM50 termasuk permit, lori untuk masuk ke s tarting point, lunch pack & gogo Min Hoota yang kacak lagi peramah! Aumm... Aku gerak dari PJ pada pukul 12.00 tengah malam. Jalan menuju ke Jelebu terasa amat jauh! Mungkin disebabkan kepekatan malam yang dingin dan kabus tebal yang menyelubungi sepanjang jalan. Kami sampai di tempat berkumpul lebih kurang pukul 4.30 pagi. Lebih kurang pukul 5.00 pagi, lori pun sampai dan ambil kami...
Assalamualaikum Cuaca memang panas terik sekarang ni, so sis rasa macam nak berkubang dalam sungai! hahaa Jadi, kali ni kita nak pergi terjun tiruk di Air Terjun Lepoh, Hulu Langat! Ayuh gais! Kenderaan boleh diparkirkan di kawasan chalet ataupun ditepi jalan berdekatan dengan Asli Adventure Base Camp dengan kadar bayaran yang telah ditetapkan. Kami masuk kat dalam kawasan berpagar ni. Kami park kat dalam dekat dengan kolam ikan dengan bayaran RM5 dan dibayar kepada seorang pakcik yang menjaga parkir di situ. Tenang je kawasan ni. Mengikut pengalaman, sebelum memulakan trek ke air terjun Lepoh, penjaga parkir akan menasihatkan korang untuk memakai pakaian yang sesuai. Boleh pakai kasut hiking atau sandal. Kalau pakai selipar jepun takut putus pula nanti sebab ada part trek yang agak curam. Nak masuk untuk trekking ke air terjun kalau boleh sebelum pukul 12.00 tghari, pengawal kat situ pesan tak boleh lewat ...
Comments
Post a Comment
In a nutshell, Thanks for your comment!