Madinah Part 4
20 November 2022, Ahad 8.00am
Hari ke 5 di bumi Madinah
Hari terakhir kami di Madinah. Masa berlalu amat pantas sekali. Tak terasa pun. Suasana kat Madinah sekarang agak sejuk sebab nak masuk akhir tahun. Pagi tadi masa solat subuh mashaallah menggigil jugak la bila terkena angin kuat.
Lif yang kami berebut nak naik selama 6 hari ni. hehee
Sayu rasa hati bila nak tinggalkan Madinah
Alisha rupanya waktu Ishak dalam bahasa Arab.
Teringat pula anak sis kat kampung tu..
Baby Aleesa. Hehee
Terdapat adab-adab yang perlu diperhatikan jika seseorang ingin keluar meninggalkan Madinah :
1. Pertama adalah dengan melakukan 2 rakaat solat sunat wida' (selamat tinggal) , sebaiknya ditunaikan didalam Raudhah. Jika tidak dapat maka di dalam kawasan masjid Nabi yang lama. Jika masih tidak dapat maka boleh dilakukan dimana-mana kawasan masjid. Niatnya ialah "Sahaja aku solat sunat wida' kerana Allah Ta'ala".
2. Berikutnya ialah menziarahi maqam Rasulullah SAW, mengucapkan salam perpisahan kepada Baginda(as-Salamu alayka ya Rasulallah) dengan penuh kerendahan hati dan sedih ingin meninggalkan Baginda, yang terbaik adalah didalam masjid betul-betul dihadapan maqam Baginda, jika tidak dapat maka boleh dilakukan diluar bangunan masjid dengan menghadap kepada Kubah Hijau.
3. Berdoalah dengan bertawassul kepada Nabi Muhammad (Ya Allah, daku mohon kepadaMu dengan keberkatan Kekasih-Mu, tunaikanlah hajatku ini...). Mohonlah penerimaan Allah terhadap ziarah ini. Antara cadangan doa ialah seperti berikut:
"Ya Allah, janganlah Engkau jadikan ziarahku ke tempat mulia ini sebagai kali terakhir..
Janganlah jadikan pertemuan ini sebagai hari terakhir kami dengan Rasulullah .. untuk menziarahinya ataupun berada disisinya.
Semoga Allah mengurniakan kebajikan sihat wal'afiat dan selamat..
Selamat tinggal ya Rasulullah. Salam perpisahan wahai Nabi Allah.. insyaAllah kami akan datang menziarahimu, wahai Habibullah..
Namun jika kami mati dulu, maka sekarang kami tinggalkan disampingmu ikrar sumpah setia kami dari hari ini hinggalah hari kiamat - pengakuan kami yang sungguh sungguh,
لا إله إلا الله Ù…Øمد رسول الله
Maha Suci Allah yang mempunyai kemuliaan dari segala yang mereka sifatkan... "
4. Biarkanlah air mata mengalir di saat perpisahan. Jika ikhlas, air mata ini akan menjadi tanda penerimaan. Jikalau air mata tidak dapat mengalir keluar, maka sekurang kurangnya ikutilah gaya orang yang menangis atau berbuat-buat menangis.
5. Berjalan keluar dari sisi Rasulullah SAW dan bersedekahlah kepada orang orang yang berada di sekitar masjid Nabawi.
Bila pandang je kubah hijau ni yang di bawahnya terdapatnya jasad Rasulullah saw itu membuatkan hati jadi sayu dan bila berdoa je terus berjujuran air mata. Terasa sebak & sedih sangat!
Rasa syukur atas nikmat dan peluang berada di bumi Rasulullah saw dan pada waktu yang sama juga rasa sayu kerana bakal meninggalkan bumi Madinah.
Moga Allah SWT memberi peluang dan ruang kepada kita untuk berkunjung ke bumi rahmah dan berkah ini, menyucikan hati daripada dosa dan noda, mententeramkan jiwa serta menyuburkan cinta dan rindu kepada Allah dan RasulNya.
Lepas tu terus keluar dari Masjid & lalu di perkuburan Baqi.
Perkuburan Baqi’
Perkuburan Baqi’ dikenali sebagai Jannatul Baqi’ atau Taman Syurga. Ia terletak di tenggara Masjid Nabawi di Madinah.
Perkuburan Baqi’ adalah tanah perkuburan bagi penduduk Madinah dan mereka yang meninggal dunia di Madinah. Disini tempat bersemadinya isteri-isteri, ahli keluarga dan sahabat-sahabat Nabi Muhammad S.A.W.
Dianggarkan seramai 10,000 sahabat disemadikan di tanah perkuburan Baqi’.
Kelebihan Mati Di Madinah
Maksudnya : "Sesiapa yang mampu untuk mati di Madinah hendaklah dilakukannya , sesungguhnya aku akan memberi syafaat kepada mereka yang mati di Madinah ." (Dr.Ar-Rifa'i ,Al-Ahadith Al-Waridah Fi Fadhail madinah ms.264)
Mafhum hadis ini, sesiapa yang boleh tinggal di Madinah sampai mati janganlah keluar darinya, demikianlah juga kalau boleh berdoa biar Allah matikan di Madinah seperti doa Saidina Umar bin Al-Khattab ra. :
"Ya Allah rezekikan daku agar mati syahid di jalan Engkau dan jadikan kematianku di negeri rasul Engkau saw.
Maksudnya : "Sesiapa yang mampu untuk mati di Madinah hendaklah dilakukannya , sesungguhnya aku akan memberi syafaat kepada mereka yang mati di Madinah ." (Dr.Ar-Rifa'i ,Al-Ahadith Al-Waridah Fi Fadhail madinah ms.264)
Mafhum hadis ini, sesiapa yang boleh tinggal di Madinah sampai mati janganlah keluar darinya, demikianlah juga kalau boleh berdoa biar Allah matikan di Madinah seperti doa Saidina Umar bin Al-Khattab ra. :
"Ya Allah rezekikan daku agar mati syahid di jalan Engkau dan jadikan kematianku di negeri rasul Engkau saw.
Menunggu bas untuk bergerak ke Mekah
Baik jer baby Fateh ni. Memang jadi tumpuan jemaah la baby ni sebab kiuttt! hehee
Keistimewaan Masjid Bir Ali.
Masjid ini tergolong sangat istimewa di kalangan para jamaah umrah. Rasulullah SAW selalu singgah dan mengambil miqat di masjid ini. Miqat adalah tempat bermulanya ihram.
Jarak antara Masjid Bir Ali ke kota Mekkah masih cukup jauh namun para jamaah memilih meneladani yang dicontohkan Rasulullah meski mengambil waktu yg cukup lama untuk sampai ke Mekkah,Kira-kira 4-6 jam dengan menggunakan bus untuk tiba di Mekkah sebab jarak Masjid Bir Ali dan Mekkah adalah sekitar 450 kilometer.
Secara ringkasnya, Bir adalah kosa kata Bahasa Arab bermaksud sumur atau telaga. Dikatakan bahawa Saidina Ali bin Abi Talib antara yang paling aktif dan banyak menggali telaga di kawasan berkenaan yang bertujuan memberi kemudahan kepada mereka yang bermiqat di sini sebelum berangkat ke Makkah menunaikan umrah.
Lalu, masjid dan tempat berkenaan dikenali sebagai Bir Ali hingga kini. Persekitaran Masjid Bir Ali sungguh mempesonakan dengan landskap taman yang ditanam dengan pokok tamar. Landskap yang berbentuk taman itu menjadi simbol kepada keharmonian dan ketenteraman jiwa.
R&R WADI QUDAID
selepas berniat umrah, perjalanan diteruskan ke Makkah dan akan berhenti rehat di RnR untuk solat dan makan.
Teruja pula jumpa roti canai kat sini. Tapi kenapa dia bagi cabai & limau?! hahaaaa
Orang Arab makan roti xde kuah la rupanya. Alaaa kempunan pulak kami nak cicah kuah kari. Bedal je la cili tu. hahaa
Dah macam kedai tomyam pula dengan lampu liplap2. hahaaa
Cuma kat sini toilet dia agak kotor. X sanggup la sis nak buang air. Just ambil wuduk je la untuk solat lepas tu pergi makan.
Mengidam pula nak makan aiskrim! heheee
To be continued.......
Comments
Post a Comment
In a nutshell, Thanks for your comment!