Assalamualaikum
18 November 2022, Jumaat 8.00am
Hari ke-3 di bumi Madinah
Ootd dulu kat depan hotel buat kenang-kenangan
Taiba Front Madinah Hotel terletak beberapa minit berjalan kaki dari Masjid Suci Nabi. Memang dekat lah.
Ya habibti ya maulana
Bergambar dalam hotel pulak
Lepas solat Subuh, sementara nak tunggu jemaah untuk ziarah dalam Masjid Nabawi, kami cuci mata jap kat kedai-kedai sekitar hotel ni.
Alaaaa kiutnyerr jubah untuk baby!! Sempat la sis beli untuk dak kecik tu selai.
Madinah juga diisytiharkan Nabi Muhammad SAW sebagai tanah haram yang disucikan dan dikurniakan pelbagai kelebihan di dalamnya.
Sabda baginda : Sesungguhnya Ibrahim telah mengharamkan Mekah dan berdoa untuknya dan aku mengharamkan Madinah sepertimana Ibrahim mengharamkan Mekah dan aku berdoa untuk (keberkatan) cupak dan gantangnya sepertimana Ibrahim as berdoa untuk Mekah. (Bukhari & Muslim)
Keberkatan yang berganda berbanding Makkah.
Sabda Nabi Muhammad SAW : Ya Allah, Kurniakanlah keberkatan di Madinah dua kali ganda berbanding yang Engkau kurniakan di Makkah. (Riwayat Bukhari & Muslim)
Sabda Nabi Muhammad SAW : Sesungguhnya iman akan kembali ke Madinah sebagaimana kembalinya ular ke lubangnya. (Riwayat Bukhari & Muslim)
Rupanya ada kedai kopi Starbucks dalam hotel kami ni. Tapi sis tak nak cari kopi pun. Sis nak cari air mint. hahaa
Starbucks 1
Mint lemonade
Best jugak pakai niqab ni sebenarnya. Rasa macam selamat la dari diperhatikan oleh lelaki ajnabi. Gittewww
Pagi ni mutawif nak bawa kami Ziarah dalam masjid Nabawi ni sambil mendengar sirah nabi
Indah suasana pagi dalam masjid ni.
Sis tak boleh move on sebab cantik sangat view payung-payung ni
Suasana hari Jumaat di Madinah. Mereka akan tidur di masjid sementara menunggu waktu solat Jumaat.
Majlis ilmu merupakan saat dan tempat yang mulia di sisiNya kerana Allah SWT menjanjikan banyak ganjaran dan kebaikan bagi orang yang berada di dalamnya.
Rasulullah SAW telah mengkhabarkan kepada umatnya bahawa menghadiri majlis-majlis ilmu itu umpama berada di dalam taman syurga di atas muka bumi ini dengan dilimpahi rahmat Allah SWT.
Khusyuk dengar tazkirah pagi
|
Yang petak tu adalah Tapak lokasi rumah Abu Ayyub |
Abu Ayyub al-Ansari r.a (587 - 668) atau nama sebenarnya Khalid bin Zaid bin Kulaib dari Bani An-Najjar. Beliau mendapat penghormatan kerana Rasulullah s.a.w turun dari unta baginda di rumah beliau selepas baginda memasuki Madinah semasa baginda berhijrah ke sana dari Mekah.
Semasa Rasulullah s.a.w memasuki Madinah, setiap orang dari kalangan orang-orang Ansar bercita-cita supaya Rasulullah s.a.w turun dari unta baginda di rumah mereka. Mereka menghalang perjalanan unta Nabi s.a.w secara silih berganti supaya unta baginda menghala ke rumah mereka kemudian Nabi bersabda kepada mereka: (Biarkanlah ia pergi kerana ia telah diperintahkan). Lalu unta tersebut terus berjalan sehinggalah ia berhenti di halaman rumah Abu Ayyub Al-Ansari r.a.
Abu Ayyub terlalu gembira melihat keadaan tersebut lalu beliau terus mendapatkan Rasulullah s.a.w menyambut kedatangan baginda dengan perasaan terlalu gembira dan rasa sangat terharu sambil membawa barang-barang yang dibawa oleh Nabi s.a.w seolah-olah beliau membawa khazanah dunia kemudian terus masuk ke rumahnya.
Lepas tu, ustaz ada tunjuk Masjid Al-Ghamamah (Masjid Awan), Masjid Sayyidina Abu Bakar dan Masjid Sayyidina Ali. Tiga tiga masjid ni dekat betul antara satu sama lain. Tiga tiga ni jugak sebelah Masjid Nabi.
Sebelum ni sebelum covid, ustaz bagitau boleh masuk lagi dalam masjid ni untuk solat. Sekarang dah tutup.
Nama Al Ghamammah ertinya tempat bernaung atau awan yang menaungi. Dulunya, masjid ini bukanlah sebuah masjid, melainkan sebuah tanah lapang yang digunakan untuk melakukan pelbagai kegiatan hingga ibadah yang dinamakan Al Mushalla.
Al Mushalla merupakan tempat biasanya Rasulullah melaksanakan solat. Suatu ketika, Rasulullah yang sedang menyampaikan khutbah Aidil Fitri sementara para jemaahnya terlihat gelisah kerena kepanasan. Kemudian datanglah mendung atau awan menaungi mereka hingga khutbah Rasulullah selesai. Untuk itulah masjid ini dinamakan Masjid Al Ghamamah.
Sementara itu, cerita lain menyebutkan bahwa pada tiap musim kemarau yang terjadi di Madinah, seluruh warganya meminta Rasulullah untuk berdoa dan memohon kepada Allah untuk menurunkan hujan. Kemudian Rasulullah akan solat dan berdoa di Al Mushalla tersebut.
Setelah Nabi selesai solat sunat istisqa’ (meminta hujan) dan berdoa, terus awan (al-ghamamah) datang, lalu turun hujan lebat.
Sejarah Masjid Abu Bakar Siddiq
Ada dua versi tentang latar belakang sejarah Masjid Abu Bakar, versi pertama menyebutkan bahawa di lokasi masjid ini, Khalifah Abu Bakar Siddiq semasa hidupnya pernah mendirikan solat Hari Raya bersama Rasululah.
Versi kedua menyebutkan bahawa dilokasi tempat masjid ini berdiri dulunya merupakan rumah kediaman Abu Bakar Siddiq. R.A.
Masjid serba putih, Masjid Ali Bin Abi Thalib di kota Madinah, dibangun atas tapak rumah Khalifah Ali Bin Abi Thalib dan isterinya tercinta Fatimah Az-Zahra yang juga merupakan Puteri Rasulullah S.A.W.
Ketiga-tiga masjid ini Masjid tidak lagi digunakan sebagai tempat ibadah, kerana lokasinya yang berdekatan dengan Masjid Nabawi, semua aktiviti solat lima waktu dialihkan ke Masjid Nabawi.
Lepas ziarah semua pun berpusu ke Masjid Nabawi untuk solat jumaat
Solat Jumaat ialah solat fardu (dua rakaat) yang dilakukan pada hari Jumaat menggantikan solat Zohor, dan ia dilakukan secara berjemaah selepas mendengar Khutbah Jumaat.
Kat sini perempuan pun boleh solat jumaat.
Hari Khamis dan Jumaat adalah cuti hujung minggu bagi keseluruhan Arab Saudi. Sejarah bermulanya cuti hujung minggu pada hari Khamis dan Jumaat ini bermula sejak era pemerintahan Saidina Umar al-Khattab lagi.
Payung Masjid Nabawi akan ditutup pada malam Jumaat selepas Isyak dan akan dipasang semula pada pagi Sabtu selepas Subuh.
Jadi kalian alert lah waktu ini ya.
Lepas solat Ishak aku & mak cik pun santai-santai dulu dalam masjid sementara tunggu slot nak masuk dalam Raudhah lebih kurang pukul 11.30 malam.
Cepat-cepat booking apps NUSUK untuk masuk dalam Raudhah sesudah tiba di Mekah atau di Madinah sebab slot cepat penuh. Kalau tak dapat slot, boleh minta tolong dengan mutawif, selalunya mutawif akan tolong kita untuk dapatkan slot.
Alhamdulillah dapat booking slot masuk Raudhah dengan mak cik aku. Mak aku & adik aku tak dapat pergi malam ni sebab dah full book dalam apps tu. So dorang memang tak boleh masuk. Dorang punya slot esok malam.
Dapat air zamzam
Di dalam Masjid Nabawi terdapat satu kawasan yang digelar Raudhah, iaitu satu tempat yang sangat mulia di dalam Masjid Nabawi. Selain menjadi lokasi Rasulullah SAW dan para sahabatnya beribadah dan tempat turunnya wahyu kepada baginda, ia juga merupakan taman syurga berdasarkan hadis Nabi.“Ruang antara rumahku dan mimbarku adalah satu taman daripada taman-taman syurga. Dan mimbarku terletak di atas kolamku”
Kedudukan Raudhah adalah di antara rumah Rasulullah SAW dan Sayyidatina Aisyah RA dengan mimbarnya. Panjangnya ialah 26 meter jika diukur dari timur bermula dari rumah tersebut hingga ke mimbar di sebelah baratnya. Tetapi sekarang hanya tinggal 22 meter kerana telah disekat dengan pagar makam. Lebarnya pula 15 meter bermula dari Mihrab Rasulullah SAW di sebelah selatan hingga ke akhir rumah tersebut di sebelah utara mengikut pendapat yang masyhur di kalangan ulama’. Lingkungan kawasan ini dihampari dengan permaidani berwarna putih hijau sebagai penanda tempat.
Alhamdulillah keadaan dalam ni semua terkawal. Aku dapat solat & berdoa dengan tenang. Tak de sesak & berhimpit macam semalam. Sebab tu dia limitkan slot dalam Apps Nusuk tu supaya semua ada peluang untuk beribadat dalam Raudhah dengan tenang.
Syukur sangat rasa tak tergambar perasaan dapat masuk ke taman-taman Syurga! Subhanallah
Depan makam Rasulullah SAW
Pintu emas masjid nabawi
To be continued....
Comments
Post a Comment
In a nutshell, Thanks for your comment!