Kunming to Shangri-la (Dukezong)
15 Ogos 2024, Rabu, 9.30pm Kunming Changshui International Airport Perjalanan dari KLIA menuju ke Kunming mengambil masa lebih kurang 4 jam. Flight kami pukul 9.30 malam & sampai di Kunming pada pukul 1.30 pagi. Harga tiket haritu kami dapat dalam RM1,022.39 return Air Asia. Arrivals lounge of Kunming Changshui International Airport ada fossil dinosour kat sini! Dari airport menuju ke Kunming Railway Station dalam setengah jam jer naik Didi. Tambang lebih kurang 110yuan. Masa ni kami sampai dalam pukul 2.30 pagi. Stesen pun tak buka lagi. Ramai-ramai pun bersidai la kat tepi pintu tu. Gate buka dalam pukul 6.00 pagi. Kami ambil train yang paling awal untuk ke Shangrila iaitu pada pukul 7.54 pagi. Tiber ada fans ajak bergambar plak! hahaa... sis layan je la. Dorang macam excited pulak nampak orang muslim yang bertudung. Untuk beli tiket train korang boleh beli di apps Trip.com 2 minggu sebelum date nak pergi. Masa mula tu aku search Shangri-La memang tak jumpa. Pastu aku ...