Alexander Mcqueen



Assalamualaikum....








Siapa Alexander Mcqueen? Pernah dengar tak nama ni?

Jom kenali fashion designer ni. 





Seorang pereka fesyen British, Lee Alexander McQueen dilahirkan pada 17 March 1969 di London, United Kingdom. Bapanya berasal dari Scotland merupakan seorang pemandu teksi dan ibunya pula seorang guru Sains Sosial. 

McQueen adalah anak bongsu daripada enam orang adik beradik. Beliau menjalani kehidupan yang sederhana dan sangat meminati bidang fesyen sejak kecil. Beliau telah menjahit sendiri pakaian kepada 3 orang kakaknya.



Beliau bersekolah di Rokeby School sehingga berumur 16 tahun kemudian mengambil O-Level dalam subjek seni. Seterusnya beliau berkhidmat sebagai pelatih di Savile Row tailors Anderson & Sheppard dan mula membuat pakaian kepada selebriti terkenal seperti Putera Charles.

Kemudia beliau menyertai Gieves & Hawkes dan seterusnya Angels and Bermans. Kemahiran yang dipelajari sebagai pelatih di Savile Row membantu beliau mendapat reputasi yang tinggi dalam dunia fesyen sebagai seorang pakar dalam mewujudkan pakaian yang unik dan luar biasa.

Pada umur 20, beliau telah bekerja dengan Pereka Jepun, Koji Tatsuno dan kemudian mengembara ke Milan, Itali dan bekerja dengan Romeo Gigli.

Pada tahun 1994 beliau kembali ke London, di mana beliau menamatkan Ijazah Sarjana dalam Reka Bentuk Fesyen di Central St Martins College of Art and Design. 


KOLEKSI PAKAIAN MCQUEEN


Kate Middleton
Mcqueen feathers
Savage Beauty



 Koleksi terakhir McQueen


Byzantine-inspired collection



KOLEKSI KASUT MCQUEEN


Kasut 'Udang Kara' Armadillo Popularkan Lady Gaga

KOLEKSI SCARF MCQUEEN



KOLEKSI CLUTCH MCQUEEN




PENCAPAIAN & ANUGERAH YANG DITERIMA


·    Pada usia 27, McQueen telah dilantik Designer-in-Chief di Givenchy di Paris, menggantikan John Galliano

·   Mempunyai butik di New York, London, Los Angeles, Milan dan Las Vegas

·   Mendapat gelaran British Dsigner of the Year pada tahun 1996, 1997, 2001, dan 2003

·  International Designer of the Year oleh the Council of Fashion Designers of America pada tahun 2003.

·   Fashion Directors Award pada 2007 untuk McQ denim-based brand

·   GQ's Menswear Designer of the Year pada tahun 2007

·   'A Most Excellent Commander of The British Empire' (CBE) pada tahun 2003


IN A NUTSHELL

      Kematian McQueen yang mengejutkan diumumkan pada 11 Februari 2010. Beliau telah menggantung diri di rumahnya di Green Street, London. McQueen meninggal dunia sehari sebelum Minggu Fesyen London, dan sembilan hari selepas kematian ibunya, Joyce, 75, disebabkan kanser.  

McQueen, yang telah disahkan mengalami gangguan emosi dan kemurungan, mengambil dos berlebihan dan mengelar pergelangan tangan menggunakan pisau pemotong daging dan sebelum menggantung dirinya. 

Lee McQueen akan sentiasa dikenang dan menjadi inspirasi kepada penggiat fesyen seluruh dunia sebagai pereka fesyen yang berani dan berbakat besar. Beliau mencipta fenomena "bumster", untuk jahitan yang hebat, gaya yang unik, dramatik dan yang kreativiti di luar jangkauan.



Sekian


RIP 1969-2010


Comments

Popular posts from this blog

Sunset di Bukit Batu Putih, PD

Hiking Gunung Datuk!

Singapore Day Trip bersama Percutian Jimat Saya