Hello uolls!...Keretapi Sarong 2014 datang lagi!. Mari kita bikin havoc dalam keretapi dengan memakai sarong!
Keretapi Sarong ni Inspired by New York's No Pants Subway Ride, kat Malaysia ni dianjurkan oleh arts group Random Alphabets. Sape2 pon boleh join. Yang penting kene pakai sarong pelikat @ batik & naik train!... Ade bran?! hahaa
Keep Calm & wear Sarong!
Tempat berkumpul di Stesen LRT Bangsar & akan singgah dari stesen ke stesen sambil menyanyi2..snap pic & selfie. Dengar macam mengarut kan! hahaa....Tapi boleh la hilangkan stress keje aku kat ofis! ;) mih3...
One of the organizer.....
Rasa sayang eh rasa sayang2 eh!
Adik aku & sarong batik pink!
Aku & sarong batik biru!
#berani sarong
Jimmy & Jep dari Ultras.fm juga bersarong! kain pelikat lalalala.....
Memang riuh bak ang! Nasib abang2 polis xhalau kami!.Kami bukan buat rusuhan pon...hahaa
Event ni dapat menyatukan semua rakyat Malaysia dan mempamerkan semangat Sarong kerana tak kira bangsa, agama dan usia & menggalakkan orang pakai sarung yang dipakai sejak zaman moyang moyang kita lagi, yang mungkin dah dilupakan oleh anak-anak muda zaman sekarang.
Ombak Sarong!
Bob & Go Pronyer xdpt dipisahkan!..hahaa
myBurger Lab crew
Di myBurger Lab pon support event ni dengan mencipta menu baru Sarong (satay) Burger! Ape macam rasenye burger sarong ni yer?? keh3..
Sarong one, Sarong all
Tahun ni event ni lagi meriah coz ramai student2 Malaysia yang ade kat oversea praktikkan pakai sarong dalam train..Sarong revolution di KL, Melbourne, London, France, NY, Tokyo.. Mat salleh pon pandang pelik!..hahaa
In a nutshell, #Keretapi Sarong memang happening, sempoi & fun!
Assalamualaikum..... Rasa macam dah lama tak buat aktiviti outdoor yang mencabar. So minggu lepas, atas ajakan member, aku pon join la XPDC Gua Batu Maloi ni... Nak tau ape yang best kat sini, jom kasi terjah!.... Hutan lipur Gua Batu Maloi, Kampung Tanggai, Johol, Negeri Sembilan. Untuk aktiviti ni, bayaran yang dikenakan ialah RM60.00 seorang. Bayaran ni meliputi permit masuk, khidmat jurupandu arah berlesen, Insurans semasa aktiviti berlangsung, Sarapan Pagi, Makan Tengahari & Sijil Penyertaan. So kira lengkap la pakej dia!.. ;) Gua Batu Maloi ni ialah gua granit yang terletak di kawasan lembah di pertengahan dua puncak gunung di penghujung Banjaran Titiwangsa iaitu Gunung Datok dan Gunung Tampin. Ia terbentuk dari tindihan batu-batu besar yang tergolek jatuh dari gunung-ganang berdekatan. Antara tindihan batu-batu itu terbentuklah satu laluan gua yang boleh dilalui oleh manusia. Gua ni merupakan gua batu gr
Assalamualaikum Kali ni sis nak bawa korang naik satu Gunung yang tengah famous dekat Thailand ni! Apa yang unik, Gunung ni sangat terkenal dengan view awan gebu yang superb! Begitu juga sis yang teringin sangat ke sini kerana pesona awan karpet yang terkenal di puncak Gunung Silipat. Gunung ini sesuai didaki pada sepanjang tahun dan sangat sesuai untuk pendaki yang baru berjinak-jinak untuk mendaki gunung. Lanje video dulu : Gunung Silipat ini terletak di Betong, Selatan Thailand (Yala). Perjalanan kesini mengambil masa 8 jam perjalanan dari KL. Kami bertolak menaiki bas pada pukul 11.00 malam dan tiba di sempadan lebih kurang pukul 7.00 pagi. Semua peserta bersiap-siap dengan pakaian hiking dan peralatan di Masjid Grik sebelum masuk ke imigresen Malaysia-Thailand. Kita akan memasuki sempadan Thailand dari Pengkalan Hulu, Perak dan mengambil masa dalam 45 minit selepas sempadan untuk ke kawasan kaki gunung. Passport dan border pas di
Assalamualaikum 29 April 2017, Sabtu, 4.00 am Sempena cuti hari buruh yang lalu, aku telah join XPDC mendaki gunung Baha, Ayam & Stong selama 3 hari 2 malam di Taman Negeri Gunung Stong. Ia terletak di Dabong, Kelantan iaitu di Daerah Kuala Krai Selatan . Penganjur program ni ialah dari team B88outdoors yang diketuai oleh gogo Hafiq. Memandangkan aku, Aishah dan Jamil aka Tee Jay memang duduk di Kota Bharu, kami telah bertolak ke Dabong pada pukul 4 pagi. Yang lain semua dari KL dan JB bergerak pada malam semalam. Pukul 7 pagi kami dah sampai di area Dabong dan berkumpul di area stesen keretapi Dabong untuk menunggu team yang lain sampai. Abam Apis yang setia menunggu jodohnya iaitu Puteri Saadong yang tak kunjung tiba di stesen Dabong nih! Bertabahlah abam! huahaaa Memandangkan aku memang dah duduk di Pantai Timur nih, memang aku dah lama aim nak naik gunung stong nih! Hahaa. Sekali adik aku ajak naik dengan geng dia, aku pun on jer
Assalamualaikum Rasa macam panas sangat la cuaca kat Malaysia sekarang ni. Panas bahang dia sampai tak boleh nak bincang! Rasa macam nak pergi main salji! hahaa Walaupun kat sini tak de salji, tapi ada la beberapa tempat yang korang boleh try rasa sejuk dan suasana ala-ala kat salji : Snowalk I-City, Shah Alam Genting Snoworld Banyak jugak nak kena bayar masuk sini. Fuhhh... Entrance jer dah RM3. Parking RM3. Nak naik tram ke rumah 4 musim RM5 kalau tak silap. Nak sewa basikal pun boleh Di Rumah Iklim Sederhana Empat Musim (RISEM) anda berpeluang merasai suasana empat musim seperti berada di negara beriklim empat musim. Musim di RISEM akan berubah setiap tiga bulan. (Sila rujuk jadual musim Kutub Utara). Saksikan keindahan panorama di samping kepelbagaian bunga-bungaan di sini. BULAN KUTUB UTARA KUTUB SELATAN MUSIM Disember - Februari Mac – Mei Jun – Ogos September - November Salji Bunga Pana
Assalamualaikum Aku sebenarnya baru je tahu pasal Bukit Marak. So aktiviti hujung minggu, boleh la nak pi meredah bukit ni. Kebetulan Syafiq member satu ofis yang familiar kat area sini jadi guide kami. hehee Bila aku try cari info, sebenarnya Bukit Marak merupakan sebuah bukit yang agak tersohor kerana mempunyai hubung kait dengan sejarah Kesultanan Negeri Kelantan. Puteri Saadong yang merupakan anak angkat kepada Che Siti Wan Kembang dikatakan pernah bersemayam di Bukit Marak yang terletak di daerah Bekelam, Bachok, setelah kemangkatan suaminya, Raja Abdullah pada tahun 1671. Sebelum berangkat dan bersemayam di Bukit Marak, berlaku pertengkaran di antara Puteri Saadong dengan Raja Abdullah. Permulaan trek terus pacak menegak! Sempuit juga sek kawe boh! hahaa Perbalahan antara suami isteri itu terjadi setelah Puteri Saadong mendapat tahu Raja Abdullah berkahwin lain. Puteri Saadong sebelum itu telah menyerah diri kepada Raja Siam yang terpikat dengan kec
Assalamualaikum Cuaca memang panas terik sekarang ni, so sis rasa macam nak berkubang dalam sungai! hahaa Jadi, kali ni kita nak pergi terjun tiruk di Air Terjun Lepoh, Hulu Langat! Ayuh gais! Kenderaan boleh diparkirkan di kawasan chalet ataupun ditepi jalan berdekatan dengan Asli Adventure Base Camp dengan kadar bayaran yang telah ditetapkan. Kami masuk kat dalam kawasan berpagar ni. Kami park kat dalam dekat dengan kolam ikan dengan bayaran RM5 dan dibayar kepada seorang pakcik yang menjaga parkir di situ. Tenang je kawasan ni. Mengikut pengalaman, sebelum memulakan trek ke air terjun Lepoh, penjaga parkir akan menasihatkan korang untuk memakai pakaian yang sesuai. Boleh pakai kasut hiking atau sandal. Kalau pakai selipar jepun takut putus pula nanti sebab ada part trek yang agak curam. Nak masuk untuk trekking ke air terjun kalau boleh sebelum pukul 12.00 tghari, pengawal kat situ pesan tak boleh lewat sangat. Ada banyak
Assalamualaikum 25 November 2022, Jumaat 5.00am Hari kelima di Kota Mekah 1. Di Masjidil Haram, kita perlu memulakan tawaf dari Hajarul Aswad. Jangan mula dari sudut-sudut lain pula sebabnya ada jemaah yang tidak tahu ya. Oleh sebab ramai sangat manusia, kalian akan nampak lampu hijau di bangunan kanan kalian, bahagian atas, boleh nampak lampu hijau itu. 2. Di Masjidil Haram, untuk memulakan Saie, cukup sekadar kita berjalan ke arah bahagian under roof, di level Ground juga nanti pusing mana-mana pun boleh nampak arah ke Saie. Untuk Saie di tingkat kedua, kalian perlu keluar dari tingkat 1 Saie dan naik eskulator. Yang ini agak complicated, jadi ringankan mulut tanya pada mutawif ya. 3. Di Masjidil Haram, boleh solat di bahagian Saie. Jangan risau kalau tiba-tiba azan sedang kita Saie, berhenti dan solat beramai-ramai. 4. Kalau nak solat sunat 2 rakaat selepas Saie, jangan berhenti depan pintu keluar, sebaliknya korang solat dekat-dekat dengan batu / kesan baki di bahagian Bukit Marw
Assalamualaikum Rasa macam nak throwback masa zaman belajar dulu! hahaa.. Aku dulu study kat UPNM. Sepuluh tahun dulu ramai lagi yang tak tahu UPNM tu apa dan kat mana.. Dulu dipanggil dengan nama Atma. Kerajaan menaikkan taraf Akademi Tentera Malaysia (Atma) kepada Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) menunjukkan bukti kesungguhan kerajaan mempertingkatkan mutu perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). MOTO KEWAJIPAN, MARUAH DAN INTEGRITI (Duty, Honor and Integrity) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) atau National Defence University of Malaysia (NDUM) adalah sebuah universiti tentera yang terletak di Kem Sungai Besi Kuala Lumpur. Universiti ini merupakan universiti unik dan butik pertama di Malaysia dengan keperluan dan pembangunan angkatan bersenjata moden. Pada tahun 2008, memiliki sekitar 1,500 pelajar, dengan lebih daripada 1,300 daripada mereka adalah Officer
gempak!!:DDD
ReplyDeleteyeah, #berani sarong!... ekekee ;)
Delete