Eps 9 : Turun Gunung Kinabalu via Timpohon trail




Assalamualaikum......




2 Mac 2015, Isnin 1.00 tengahari


Dari puncak turun ke Laban Rata kitaorang dah agak letih sebenarnya dengan cuaca yang memang panas terik. Sampai kat cafe Laban Rata pon lebih kurang pukul 12.00 tengahari. Geng2 yang lain semua dah turun melalui timpohon gate. Barang-barang pon semua dah diangkut oleh porter turun ke bawah. Dah tak de makanan dah kat cafe! huhuuuu... T__T

Kebuluq la masing-masing. Pastu kitaorang makan maggi jer & minum air paip, tu pun 1 maggi cup mahai gila dorang jual kat cafe ni! Ni la akibatnya kalau turun lambat!... Sadis betul! hahaaa....


My favourite quotes!

Tagline Gunung Kinabalu, ‘Take nothing but photographs. Leave nothing but footprints. Keep nothing but memories’.


Gud Bye Laban Rata!

Laluan menurun ke Timpohon Gate, betul la kata porter,  tak de dah pemandangan yang cantik macam trail Mesilau. Trek dilitupi pokok-pokok dan hutan tebal. Trek dia berbatu dan banyak bertangga.


Masa turun ni, geng2 yang lain semua dah jauh ke depan, Semua nak sampai bawah cepat. Yang fit tu boleh berlari jer turun ke bawah. Dalam 1-2 jam dah boleh sampai kat gate Timpohon. Aku masa turun ni memang dah rasa dah sakit otot, sakit kaki, goyang lutut suma... hahaa.. So tak boleh nak turun laju2 sangat.  Laluan kat timpohon ni walaupun lebih pendek sikit dari Mesilau, tapi tangga dia lagi tinggi dan curam.  

Sepanjang turun ni, aku berdua jer dengan Kak Anie & ada porter jaga kat belakang. Aku teman Kak Anie coz dia sakit lutut. Hebat Kak Anie ni, masih kuat & aktif mendaki walaupun pernah cedera lutut! So kitaorang memang rileks jer time turun. Sepanjang perjalanan, sembang la pasal start mendaki, moments2 indah masa kat puncak, gossip2 kisah crush Kinabalu la.... bhahaaaa... Kak Anie ni memang sempoi, layan jer cerita2 sengal aku.... Rasa macam member sebaya aku jerr walaupun akak ni dah anak 4 kau! kah3..


Memang tak de amik gambar pon masa turun coz memang dah pewai gila dengan laparnye! Rasa dah tak larat dah nak turun tangga, macam nak guling-guling ja sampai bawah! hahaaa.. Memang makan kat cafe masa pukul 2 pagi tu lah makanan terakhir kitaorang... Ahhhh menyesal tak makan banyak2 kan! ;p hahaa


Lebih kurang pukul 7.00 malam, aku & kak Anie selamat sampai kat Timpohon Gate. Ahhhh lega! Sepatutnya semua ahli xpdc kitaorang kene sampai kat gate dalam pukul 5 petang coz waktu kerja porter sampai pukul 5 jer. Disebabkan porter kene keja lebih masa teman kitaorang, so kene bayar sikit la... Kawtim punya kawtim kitaorang bayar RM80. 


Akhirnya dapat jugak sijil kaler yang aku idam-idamkan! hahaaa


Kawan aku dapat sijil hitam putih!

I came, I climbed, I conquered!
Medal Kinabalu! Ni pon aku dok mengidam jugak! Nasib baik ade sorang member team, Najwa tolong belikan. Coz dia dah sampai kat Kinabalu Park tu awal. Sapa yang dapat sampai ke puncak je boleh beli medal ni. Kene tunjuk sijil. Whaoooooo.... kalau aku tak sampai tak boleh beli la ekkk?? hahaaa ;p

Tapi sampai sekarang aku tak amik lagi medal aku kat Hadi! Hadi nak medal please! koh koh koh

'Successful Climbers Only'


Ekspedisi telah berjaya. Kaki yang sakit menjadi ‘cenderamata’ buat bekalan pulang ke tempat masing-masing. hahaa





Malam tu ade yang turun je dari Gunung Kinabalu terus amik flight balik ke KL. Memang kental! hahaa..Yang lain tu suma balik ke bandar KK & check in di Backpakers hotel J&J. Next entry aku listkan berapa total bajet & total damage aku untuk trip KK ni... Stay tuned!



Previous entry :







Comments

Post a Comment

Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Sunset di Bukit Batu Putih, PD

Hiking Gunung Datuk!

Singapore Day Trip bersama Percutian Jimat Saya