Wall Climbing Putrajaya



Assalamualaikum




Kali ni kite tak gi manjat gunung. Kite main panjat dinding pulak! hahaa.. Lokasinya di Indoor Rock Wall Climbing Complex, Putrajaya.



Waktu Operasi Taman Cabaran Putrajaya :

Di buka setiap hari
10am - 8pm (Isnin, selasa, khamis, ahad)
10am - 10pm (Rabu, Jumaat, Sabtu)
Jumaat tutup 12.30pm-3pm


Contact info:

K01, Taman Cabaran Putrajaya,
(Dewan Tembok Mendaki),
Jln. P5, Persint 5, 62200
PUTRAJAYA, MALAYSIA.


My new colleague, Afiqah


Bayaran di Taman Cabaran Putrajaya :


Bayaran masuk RM6 (dewasa) dan RM3 (kanak-kanak/pelajar)

Climbing Rope RM15
Harness RM 5
Climbing Shoes RM 7
Chalk Bag RM 3
Belay Device RM 4

(Bayaran ini hanya untuk 1 sesi/3jam)


Disebabkan dorang semua ni student, so bayaran pon ikut harga student lah. Sebagai langkah penjimatan, aku pon acah-acah la jadi student jugak! Nasib bek wajah gua masih kelihatan muda remaja! lol :p




Kalau nak jimat lagi, pergi la dalam kumpulan. Jadi boleh share barang-barang yang perlu disewa tu. Diingatkan juga bagi individu yang tiada pengalaman dalam wall climbing ni perlu mendapat bimbingan dari instruktor yang terlatih. 

Kalau nak hire trainer, satu jam RM25.00/hour. Share trainer pun boleh (dalam 4 orang pun boleh jugak), baru save cost..

Macam hari tu, aku sudah mempunyai instruktor sendiri. Jadi kami dah tak payah upah instruktor luar. Dah jimat kan. Dorang semua ni dah expert bab memanjat dinding nih. hehee... Aku jer yang first time datang sini. Teruja nak manjat! :p


Kat sini ada 6 zone untuk memanjat :

Zone A - Expert Bouldering Wall
Zone B - Beginners Bouldering Wall
Zone C - Expert Lead Wall
Zone D - Top Roping Wall
Zone E - Speed Climbing Wall
Zone F - Intermediate Lead Wall


Untuk zon A tidak memerlukan tali. Zon A ialah wall yang simple dan rendah je, tidak memerlukan tali tetapi sangat mencabar. Aku dah cuba, tak sampai separuh dinding pon aku mampu panjat sebab wall tu condong. kalau tangan kau kuat mampu bertahan dan mencengkam kau memang sado! Tapi jangan risau kalau panjat tiba-tiba rasa nak jatuh tu ada tilam empuk kat bawah. 




Walaupun nampak macam senang dan rendah kat sini, aku panjat macam siput! hahaa.. Susah jugak bagi aku yang pertama kali try wall climbing ni! 


Untuk lebih cabaran, extreme dan taruhan nyawa di hujung tanduk. Jom try Zone B. Tinggi dan extremely extreme! Macam bajet berani jer... :p


Untuk Climbing, jikalau kaki Malaysia anda saiz 9, kasut Climbing akan tolak 1 saiz menjadikan saiz kasut climbing anda saiz 8. Sebab apa??? Supaya nanti ketika anda melakukan aktiviti panjat-memanjat, kaki anda dapat mencengkam dengan baik permukaan batu yang terskru di dinding. Sekiranya ianya longgar, kemungkinan, kasut anda akan terbuka secara automatik dan menyebabkan ketidakselesaan ketika aktiviti Wall Climbing.



Masa mula-mula nak naik tu macam susah sikit sebab nak kena cari ruang untuk menapak betul-betul. Batu tu tak semua boleh guna, ada yang kecil. Jadi susah nak pegang atau pijak. Lepas tu tangan kau kene kuat nak tarik badan naik atas. Lepas tu bila tangan dan kaki ni mula berpeluh memang akan jadi agak licin. Agak susah nak grip. Banyak kali jugak la nak tergelincir kaki & tangan. Tapi tak jatuh ke bawah la sebab ada support dari belay.


Masa tengah panjat tu, tangan dah penat, tak larat. Rasa nak give up. Tapi nak turun gayat pulak! huahahaa... So teruskan lagi sikit. Walaupun semangat dah luntur! :p Dorang kata wall ni paling senang. Aku dah try paling senang tu pun macam, wei kau biar betul ni paling senang? Bertabahlah untuk nubis kubis macam aku! hahaa


Bila dah sampai atas, gigih nak keluarkan Gopro dari poket! Bila toleh belakang, mak aih tinggi giler nak mammm! Tangan dah gigil nak pegang batu kat dinding lagi, pastu nak pegang gopro pulak! Peluh dah menitik macam hape! Gayat terok! Macam tobat jer nak men wall climbing lagi! Rase manjat dinding lagi terok pewai dari manjat gunung! hahaaa


Masa nak turun lagi lah gayat! Belay aku dah jenuh suh aku lepaskan tali & tolak kaki kat dinding turun macam abseiling! Phewww! Sabaq na... cheq ketaq pala lutuit ;p 

Btw, thanks to my colleague, Fiqah & the geng yang sudi jadi belayer & ajar cara-cara nak wall climbing nih! :) 


In a Nutshell, Wall Climbing Putrajaya checked! Another bucket list tick off! Senarai Baldi Saya! Nak ripit, ermm nanti gua pikir dulu! hahaa






Comments

Post a Comment

Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Sunset di Bukit Batu Putih, PD

Singapore Day Trip bersama Percutian Jimat Saya

Hiking Gunung Datuk!

Thailand part 6 - Jim Thompson Farm

Castella Cafe, Gerik, Perak!