Pulau Kapas



Assalamualaikum


Heyy, what's up guys! 

Baru-baru ni, sis berkesempatan untuk join camping trip di Pulau Kapas selama 3 hari 2 malam. Nak tau apa yang menarik kat 'Cotton Island' ni?? 


Ayuh!


PULAU KAPAS ni merupakan Taman Laut yang terletak di Marang Terengganu dengan keluasan 2.72 km persegi dan berada di perairan Laut Cina Selatan. Bukan hanya pantai, 95% Pulau Kapas dipenuhi bukit dan hutan semulajadi. 



 Syurga tropika ini mempunyai keistimewaan tersendiri yang sememangnya unik dan mempesonakan. Ramai mengakui bahawa pulau ini adalah antara yang terbaik untuk dilawati semasa hujung minggu.


Perjalanan dari KL menuju ke Terengganu mengambil masa lebih kurang 8 jam dengan menaiki bas yang sejuk tak ingat! haha..  Kami singgah di Masjid Sultanah Zahirah untuk solat subuh.


Masjid ni dekat je dengan Jeti Marang.


With Kak Maizatul, kakak gogo aka mak tiri yang cun lagi jelita! #idola


Nadz, Ecah, Kak Mai, Miya


Adek kembar sis! hahaa


Menara jam!

Makang Nasi dagang dalam pinggang! ehhh

Breakfast crew!


Jalan-jalan di Pasar Bandar Marang. Cuci mato lu boh. hukalohh




Marang Waterfront


Apa yang menarik disini, terdapat beberapa tarikan lain yang berdekatan seperti lagun Marang, permandangan waterfront sungai Marang dan kawasan penempatan di tepi sungai Marang.



Jadual Waktu Bot Berlepas Dari Jeti Marang:

9.30 pagi
11.30 pagi
1.30 petang
4.30 petang


Lepak kat Jeti Marang dulu sementara tunggu bot sampai.


Jeti Marang merupakan salah satu kawasan pelancongan di negeri Terengganu. Jeti ini merupakan gateway para pelancong untuk ke Pulau Kapas dan aktiviti mencandat sotong. 

Di kawasan ini terdapat deretan kedai syarikat pelancongan yang menawarkan pakej pelancongan yang berpatutan. Selain itu anda juga boleh menikmati makanan Terengganu di deretan Restoren / warung yang berada di Tepi Sungai Marang. Terdapat juga kemudahan surau dan tandas awam disini. 

Enot tu dah kenapa, terlebih excited ke??? hahaaa


Mungkin ada di antara anda yang selalu mengalami mabuk laut apabila perlu menaiki bot selama berjam-jam untuk ke sesuatu lokasi. Tetapi untuk ke Pulau Kapas, perjalanan bot hanya mengambil masa 10-15 minit dari Jeti Marang ke pulau dengan jarak 6km.

Jadi, perasaan mabuk laut tidak mungkin terjadi dek kerana perjalanan yang terlalu singkat. Tak perlu risau gais! Baru nak feeling2 atas bot, ehhh dah sampai pulau! hahaa

with adek manis & kaka manis!

Masa Terbaik untuk Melawat Pulau Kapas adalah dari April – Ogos! Pulau Kapas ditutup semasa musim tengkujuh antara November dan Februari.




Gegadis pulau!


Acah-acah model! :p
Lan Lui Lui, jejaka pulau idaman gadis2! 




Pulau Kapas memang sesuai untuk percutian bajet bersama kawan-kawan atau ahli keluarga. Tiada satu pun resort atau hotel bertaraf 5 bintang. Semuanya lebih kepada chalet bajet.


Kami stay di campsite. Satu malam lebih kurang RM20! Campsite di sini juga lengkap dengan segala kemudahan seperti dapur, bilik air, bilik mandi, surau, dan macam-macam lagi. Oh, khemah juga disediakan.


Luncheon dulu sebelum pewai hiking!

Lepak kat hammock!


Aktiviti petang tu hiking santai-santai sambil sepak pasir ke Bukit Singa aka Lion's Hill.




Starting trek kena daki tangga.




Aduh boleh tahan tinggi dan curam tangga dia. Gayat!


Tekstur batu-batuan yang terdapat di Pulau Kapas.


View kat sini dah lawa dah!


Shades on guys! Habis la kulit sis dah rentung! uhukkkk


Ingatkan laluan bertangga tepi pantai Pulau Kapas tu berhubung. Rupanya dah roboh. Kena pulak buat aktiviti rock climbing kat sini.


Perjalanan hiking kami ni kira mencabar jugak even bukit Singa tu tak tinggi mana. Sebab sepanjang menuju ke Bukit Singa, kami kena lalui jalan yang berbatu-batu dan berair. Kena berhati-hati sebab batu-batunya tajam pulak tu.


Lepastu ada juga laluan yang memerlukan kami mengharungi air pantai yang sedalam paras dada. Jadi pemakaian kasut semasa dalam perjalanan menuju ke kaki bukit Singa tu sangatlah diperlukan even dalam air. Sebab dalam air pun penuh dengan batu-batu tajam untuk ke kaki Bukit Singa. 




Aku dah la sejenis gayat teruk! Nak kena naik turun batu-batu tajam ni seram jugak weh! Gigil lutut! Sebab batu dia licin & takut tergelincir boleh mendatangkan kecederaan. Mental koyak juga dengan cuaca yang panas terik! hahaa #sistakuad


Cabaran tu bukan kat situ je tau. Tiba saja kat kaki Bukit Singa, kami kena lalui track yang curam untuk ke puncak bukit.


Kecuramannya antara 70 - 80 darjah, tanah merah, batu-batu kecil dan licin yang boleh menyebabkan sedikit menggelongsor. Tiada dahan pokok yang boleh dipaut. Kena pegang tanah, batu-batu dan rumput-rumput yang kukuh untuk sampai ke puncak. 10 minit juga nak sampai puncak. 

Phewwww...





Tapi berbaloi la perjalanan yang mencabar tu sebab kat atas puncak, kami dapat tengok view yang sangat cantik. Lupa kejap dah penat dan cemas masa mendaki track yang curam tu. Haha.


 Dikelilingi kehijauan hutan semulajadi, lautan yang biru dan hijau, batu-batu besar pelbagai bentuk, jurang curam yang menakutkan, hempasan ombak yang menyejukkan, sinaran matahari yang terik dengan langit yang biru, burung-burung berterbangan, pemandangan bukit-bukit sekitar yang menakjubkan dan sesekali nampak bot dari jauh menyusuri laut. 



Angin kat atas ni kuat giler rasa macam nak melayang! hahaa




Bukit Singa checked!



Malam tu ada aktiviti ice breaking. Kitaorang memang tak kenal pun antara 1 sama lain. Ada yang datang sorang, berdua, ada yang buat reunion dengan kawan-kawan PLKN, kawan-kawan sekolah, geng-geng hiking. 

Macam-macam background ada. Tapi memang sempoi la semua! Kena cerita pasal kenangan pahit manis sepanjang hidup. Aduh memang kelakar! 



Dah habis sesi ice-breaking, boleh bersurai. Tapi dorang ni tak reti mengantuk ke? hahaaa... Lepak sambil main kad & dok sembang cerita hantu tetengah malam! Meremang la pulak, tegak bulu roma sis! hahaa


Pagi ni ada aktiviti riadah dan sukaneka tepi pantai dengan tema 'Hawaii'


Aunty yang paling sporting macam gadis hawaiii! hahaa


Ada macam-macam beach game. Best!

Gaya dua lipak! hahaa




with beach boys



Boleh buat poster movie ni. Bukan Baywatch tapi Bae-watch! Hahaaaa :p


Snorkeling di Pulau Kapas adalah satu aktiviti yang tak boleh dilepaskan. Tak perlu naik bot untuk pergi jauh-jauh, snorkeling di kawasan pesisir pantai sudah memadai dan pastinya akan membuat anda terpukau.

Pemandangan bawah laut di sini dipenuhi dengan corals berwarna-warni dan ikan-ikan berenang keriangan.

Snorkeling buddies!


Walaupun Pulau Kapas terletak begitu dekat dengan tanah besar, anda pasti rasa tidak percaya sebaik sahaja menjejakkan kaki di sini. Rasa seperti berada di kepulauan yang sangat jauh di tengah laut apabila melihat keadaan air laut tenang, membiru, bersih, dan jernih bak kristal. 

Memang cantik!


Kecantikan air laut di sini setaraf dengan pulau-pulau popular lain di serata dunia. Buat apa pergi jauh-jauh kalau anda boleh dapat pengalaman yang sama di Pulau Kapas? 

ye dak?




Thanks to Haziq aka Aquaman yang kasi pinjam snorkeling mask. Syok la pulak pakai mask ni! hahaa


Ni antara pulau yang sis pernah pergi la. Edisi throwback :




Lepas dah penat snorkeling, kami main bola tampar kat tepi pantai. Tapi sis tertampar pula hati awaa pula! ehhhh.... hahaa

syok juga main kayak!

Malam tu ada main game lagi. Tapi kali ni lagi havoc game dia! Kena ikut team. Lepas main game ada hadiah rupanya. Ingat ke main suka-suka jer! hahaaa.. Thanks Kak Mai untuk hadiah yang best-best tuh!




Geng satu khemah!


Kak Mai with sis Syida yang havoc lagi cute! 



Sis syida ni retis tau! hahaa.. Glemer uolls.. 



Gud bye Pulau Kapas!




Jalan-jalan ganu kiter!


Aksi rempit!


Nah sis belanja video :




In a nutshell, Pulau Kapas memang Awesome gaiss! Thanks to Kak Mai & crew yang jaga kami & tolong masak makanan untuk kami. Memang enjoy habis dengan geng-geng yang walaupun baru first time jumpa tapi sporting la korang semua! Geng masuk air! hahaaa.. Moga kita ketemu lagi di lain trip! 


Bubye!







Comments

  1. Hi, boleh tahu macam mana nak sewa campsite tu? and makanan kena masak sendiri ke macam mana?

    ReplyDelete
  2. sis boleh tanya dengan sis ni sebab dia yang organize trip ni. Kak Maizatul 0196997669. Yup makan masak sendiri

    ReplyDelete
  3. Boleh tahu x sis..antara perhentian..redang dan kapas mana paling best?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bg saya, Perhentian kecil paling best. Tioman pun best jugak

      Delete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

Jumaat Di Kota Mekah

Bukit Marak, Kelantan

Pantai Perpat, Johor

BAHASA HIKERS