Ada apa dengan Melaka? part 2


Assalamualaikum.....


Olla, kita sambung lagi jalan-jalan, photojurnalism, snap pic dengan mencari sudut2 gambar terbaik sambil menghayati sejarah di Kota Melaka. 


Jom layan!......


A Famosa

Kota A Famosa ni bermaksud "Yang Termashur" dalam bahasa Portugis. Dibina oleh Portugis sebaik je berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. Kota ni merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.


Pembinaan kota A Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque dikatakan menjadi lambang penentangan penduduk Melaka pada masa tu sehinggakan memaksa pihak Portugis membina kota pertahanan sebaik mereka menguasai bandar Melaka.


 Kota A Famosa ni mengambil masa selama 5 bulan untuk di bina. Akibat suhu panas terik & kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota ni plak diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain.

Wan, Cha in, Syida

Dah mai kat kota yang unik & cantik ni, Jom le kite Photoshoot! hehehhh...

Wanna be on Top! ;p
Berangan mau jadi Malaysian next top model!..lol..;p
Phewwwittt aweks!







kepala besaq!

"A SALUTE TO OUR SOLDIERS"

I see you standing among them all,
Standing so strong, proud and tall,
The world looks at you, but does not see,
Everything you sacrifice to keep us free......


Zoom In Zoom Out
Fortaleza de Malaca


Kota A Famosa yang disiapkan ada empat menara, @ ketelom (bastion), dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. Menara-menara ni dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, & Baluerte de Santiago. 

Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar berkota yang dilindungi dengan tujuh puluh meriam ke semua arah. Kebabooom!...


Jumper!
yeah!

Replika Istana Kesultanan Melaka


Replika Istana ni dibina semula berdasarkan catatan Sejarah Melayu yang menggambarkan keunikan senibina Istana Melayu, pada zaman Sultan Mansur Syah yang memerintah dari tahun 1456 hingga 1477.

Istana Melaka yang dibina semula
 Keseluruhan bangunan ni diperbuat daripada kayu keras & atapnya dari kepingan kayu belian. Pembinaannya bercirikan seni pertukangan Rumah Melayu Melaka di mana sendi bangunan diperkuatkan dengan pasak je. 

Tak guna paku pun, still kukuh.. Hebat kan!


Muzium ni memperlihatkan fungsi & peranan istana pada zaman dulu2 dengan memaparkan Balairong Seri, Bilik Beradu Diraja & balai-balai yang melambangkan ketamadunan masyarakat Melayu.





Posing2...
Hang tuah, hang jebat, bapak hang sume ade! ;p...hahaa
Miniature
Why so serious??


Jonker88 @ Jonker Street

Best Melaka local made cendol!
Kedai ni memang sentiasa fullhouse. Sampai kene beratur nak beli cendol & tunggu turn nak masuk kedai ni. Konsep kedai ni memang unik, dari zaman Baba & Nyonya. Memang macam masuk dalam muzium la..Ni memang lejen!..hehee

Menu best : Nyonya Asam Laksa, Baba Laksa 
Muzium Kafe
Simple deko, style baba nyonya
archeology artifacts
Vintage 
A signature dessert in Melaka...memang umphhh!


Sebelum balik, jalan-jalan cuci mata jap di Jonker Walk. Jonker Walk ni merupakan syurga bagi pengumpul barang-barang antik dan murah di Bandar Melaka. Pasar malam dia, dibuka setiap Jumaat hingga Ahad, dengan sekitar 300 peniaga, menjadi tarikan pelancongan antarabangsa sejak tahun 1990-an.


 In a nutshell, Melaka memang unik, kaya dengan warisan budaya, sejarah & memang best! Astalaviata bebeh...adeus!




Comments

  1. Heehee semangat dia posing kat kubor ;)

    ReplyDelete
  2. Rasa tuan blog sendiri lagi menyerlah dari Bandar Melaka.. posing bukan main hehee.. nice trip..
    Salam Kenal :D

    ReplyDelete
  3. dah lama tak pergi melaka.. nak key chain melaka bole


    recent post : Makan Yogurt Dengan Buah Segar

    ReplyDelete
  4. melawat melaka, bererti melawat Malaysia hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Asykar Pencen!

Bukit Keluang, Besut

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS

Jumaat Di Kota Mekah