Ape bende KEKK tu?


Assalamualaikum...



Haritu aku sempat pergi ke KEKK 2013 di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS). Ape bende KEKK tu ek?? Yang video keek tu ke? miahahaa...




KEKK 2013 ni adalah Karnival & Ekspo Kemahiran Kebangsaan anjuran Kementerian Kerja Raya (KKR) & Kementerian Sumber Manusia (KSM) dengan kerjasama semua agensi kemahiran seperti MARA, Giatmara, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pertanian, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia, PROTON, dan lain-lain lagi.



Ni champion punya!...hahaaaa

KEKK ni merupakan program pertama kali dianjurkan dengan menggabungkan 10 kementerian berkaitan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT), Majlis Belia Malaysia (MBM), agensi, industri, badan profesional, GLC dan champion industry player.

Berangan nak buat 'hole in one'...
Padahal baru 1st time pegang kayu golf!..;p..hehehh

Macam-macam aktiviti menarik yang ade kat sini seperti battle of the band, Pameran, Demonstrasi kemahiran, Jualan, Lintas Langsung, Job Fair (Job Malaysia), Career Talk dan lain-lain.

Wall & Floor Tiling
Ni antara hasil kerja peserta-peserta untuk Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM) & MySkills. 

Welding
Pemenang bagi pertandingan kemahiran ni akan berpeluang menyertai Asean Skill Competition 2014 di Vietnam dan World Skill Competition di Sao Paolo, Brazil pada tahun 2015. Hebat tuh!

World Skills Competition (WSC) merupakan pertandingan kemahiran bertaraf olimpik yang disertai oleh belia dari seluruh dunia. WSC ini disertai lebih 50 negara dengan pertandingan meliputi 45 pelbagai bidang kemahiran seperti Welding, Hairdressing, Beauty Therapy, Fashion Technology, Floristry, Mechatronics dan sebagainya. Baru-baru ni, pertandingan telah diadakan di Leipzig, Jerman dari 1 hingga 7 Julai 2013. 


Aku pulak rase berkobar-kobar teringin nak masuk pertandingan nih..
World tuh!..Tapi layak ke?? mih3...

kek bentuk beg & alat mekap
Bidang pembuatan Bakery, Pastry & kek

kek kawen
Roti2
Mira, Nadz & Lela...Berangan kejap, kalaulah kitaorang
leh masuk worldskills tuh....Wowwwww! hahahhh...

Hair dressing

Sangat kreatif style2 rambut yang peserta2 ni buat!
Ade Demo & Promosi Gunting Rambut RM1
 Ade jugak Servis Motosikal RM1 & Autoshow
Fashion

Ni yang paling excited aku nak tengok sebenarnye...Fashion Technology Skill...Dah macam ala-ala 'Project Runway'. Peserta2 kene menyiapkan design & beberapa baju dalam masa yang ditetapkan..Tengok work station dorang memang sangat luas dan selesa. Antara juri untuk pertandingan fesyen ni ialah Salikin Sidek.

Ni antara rekaan yang terbaik
Yeah....I am Fashion Designer! Otw..hehehh
Bro, pinjam moto bole?? keh3

Kesimpulannya, KEKK 2013 ni dapat membuka mata dan minda masyarakat mengenai bidang kemahiran. Selain itu, ia memberi peluang kepada orang ramai melihat lebih dekat bidang kemahiran sedia ada selain mempromosi produk dan kursus kemahiran yang ditawarkan. Dengan kemahiran yang mantap, ia mampu menjamin masa depan! ;)


Comments

Popular posts from this blog

Jumaat Di Kota Mekah

Gunung Silipat, Betong Thailand

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS