Road Trip Krabi - Hat yai part 2



Assalamualaikum.....





Kite sambung lagi edisi jalan-jalan kat Krabi. Selain island hopping, aktiviti naik gajah adalah yang paling aku tunggu dan nanti-nantikan... hehehe.. Orang kata kalau ke Krabi tak naik gajah memang rugi wooo.. 

Dah nama pon pergi kat negara gajah putih, iaitu simbol negara Thailand, So aktiviti ni memang wajib la, masukkan dalam bucket list uolls kalau nak datang sini.. ;)



Sesampai je kat tempat gajah, memanglah kemain jakun kitaorang tengok gajah2 ni. Besar bagak derr.. Agak-agak kalau kene pijak ni mau penyek jadi macam lempeng? hahaaaa...



Masing2 berwajah girang. Sume dah tak sabar ni nak naik gajah.... hehee
Thailand~

Nak naik gajah ni kene bayar 500bath sorang..
Gajah sedang melintasi sungai...
nasib sungai dia cetek je, tapi kaya dengan taik gajah... yuckks...hahaahh
steady beb!

Edisi mari menunggang gajah.


Apa rasa naik gajah ni?

Rase dia macam naik kereta jeep 4x4 offroad gear 1, tapi ni lagi adventure... hahaa... Aku rase gayat woii, tapi eksited plus nerbes coz sambil gajah tu berjalan..mesti terhoyong-hayang.. aku pon dok terhoyong hayang jugak la... Aku dok berpaut kat adik aku kuat2... keh3..

Feeling2 konon macam dalam 'Nat Geo Wild'... phuiii!... hahaa

Kasut sume xleh pakai mase naik gajah ni. Yang gajah ni pulak asyikkk duk kibas-kibas telinga dia kene kat kaki aku. Geli kottt kena bulu-bulu kat telinga dia. hahaa...



Elephant trekking secara berjemaah... ekekeee... memang awesome!

Hat Noppharat Thara
Sapa mau urutan taikkk!....kap3!... ;p hahaaa
Comey je Fuel vending machine kat sini. Macam machine bayar parking je. Ahaks!
Lai3!.... 60 bath jerr....
Krabi here we go!
Untuk makluman kekakak & abam2, di sini terdapat Ao Nang beach dan Nopparattara beach. Keduanya terletak bersebelahan je. Tapi Ao Nang beach lebih fofular kerana terletak berhampiran pekan dan segala bagai kedai. Namun, Nopparattara beach lebih cantik and less crowded.


Thai pancake!
Kalau datang sini, Thai pancake bende yang wajib kene cube.
Pancake nie macam roti canai Malaysia la. Adunan tepung dia lebih kurang sama macam roti canai tapi ditebar lebih nipis, hanya satu layer dan digoreng dengan butter. Sebab tu kulit pancake sangat crispy.

My favourite always banana nutella. Kat dalam isi pisang dan kat atas disapu nutella. Yummeh! Harga dalam 250bath-300bath.


Kitaorang sekarang kat pantai Nopparathara untuk ke tempat menaiki bot. 


Namun kalau korang nak merasai pengalaman menaiki perahu panjang (long tail boat) yang memang terkenal dan menjadi ikon di Krabi, korang boleh mendapatkannya dengan bertanya terus kepada pemilik-pemilik bot tersebut. Tapi Long tail boat ni lambat skit la dari bot laju... hehee

Hooyeahhh!! ~ time for island hopping!


Bot laju yang agak besar jugak saiznya, boleh memuatkan lebih kurang 30 orang. Nasib iolls tak mabuk laut...keh3..



Sebaik je semua penumpang memenuhi bot, kami pun dibawa merentas samudera memasuki kawasan Lautan Andaman. Lebih kurang 15 minit perjalanan, kitaorang tiba di destinasi pertama iaitu Tup Island.

Ni la long tail boat Krabi

Keistimewaan Tup Island ialah korang boleh berjalan kaki daripada satu pulau ke satu pulau yang terdapat di sini ketika dalam keadaan air surut. Tapi mase kitaorang datang air tengah naik.. huhuu... Tapi air dia memang jernih!


Next destination : Chicken Island

Selepas lebih kurang sejam di Tup Island, kitaorang dibawa ke Chicken Island. Pulau dinamakan sebegitu sebab nampak tak bentuk kepala ayam tu? Macam ayam belanda. Di sini tak dibenarkan turun, cuma ambil gambar dari dalam bot je.


Lepas tu kitaorang dibawa ke satu pulau untuk buffet makan tengah hari. Buffet ni dah termasuk dalam pakej. Sedap jugak la dapat makan ayam goreng kat tengah2 pulau... Hehee


Next destination : Phranang Beach

Railay

Tempat ni ada satu gua yang terkenal dengan lagendanya. Dikatakan para nelayan meletakkan arca berbentuk 'hat tut' tu di sini sebelum keluar mencari ikan sebab percaya akan mendatangkan nasib yang baik.


Info dari guide mengatakan Phranang Island adalah sempena nama seorang puteri "princess goddess named Phra Nang."Phra Nang was an Indian princess who was killed in a shipwreck. In another tale, Phra Nang was the wife of a fisherman who was lost at sea. She lived out the rest of her days in the cave, awaiting her husband's return.


Sini memang ramai orang terutamanya mat salleh
chill... air laut dia rase suam2 panas... ke badan aku yang rase sejuk?...haha
Hebat giler aweks ni rock climbing...

Ni la 'hat tuh'. Kat sini ramai datang untuk mohon hajat. Katanya sesiapa nak zuriat boleh la mohon hajat kat sini. ekekee...



Phranang Cave
Penat oii main air...hehehh
Berjalan2 kat sekitar belakang gua.. Ade banyak monyet
Krabi in memory....

Next Destination : Poda Island


Berenang sampai puas kat sini




Balik naik tuk tuk ke hotel

Malam tu kitaorang jalan-jalan cari makan. Nak cari makanan kat Ao Nang ni memang tak susah. Banyak kedai makan halal.





Bamboo Restaurant, unik decoration dia


Kitaorang pilih nak dinner kat Lemon Restaurant. Menu ape lagi sepanjang kat Krabi ni, memang tomyam le yang paling best!... hehe.. Lagi2 makan nasi beras siam yang sebiji-biji butirannya. Memang Best!


Best in da world!
Rilek je ade van utk tukar duit... senang

Lepas makan kitaorang nak pergi jalan2 kat Krabi Walking Street di Krabi Town. Naik tuk tuk lebih kurang 20 minit jugak la dari Aonang. Tengok jam baru pukul 9 malam tapi dah macam pukul 3 pagi. Jalan raya sunyi sepi. Krik3....

Xde kenderaan lain, kedai dan rumah sumernya dah tertutup rapat. Sunyi sepi gelap gelita. Kat tepi jalan atau kawasan sekitar pun takdak orang. Macam ghost town je... hahaa


Gorilla bawak lampu! Macam scary je,,,,hahaa

Kat sini barang2 dia lebih murah dari Aonang, mungkin sebab jauh skit dari kawasan tumpuan tourist. Kitaorang pon sempat la grab souvenier & t-shirt 'I love Krabi'... hehee.. macam2 jugak barang yang ade kat sini. Tapi mase kitaorang sampai pon nak dekat tutup.

Aku sarankan bagi korang yang nak datang ke Krabi untuk bercuti, lebih baik menginap di Ao Nang daripada di Bandar Krabi sebab di Ao Nang lagi happening. Hotel pon senang nak cari... Bandar Krabi pon agak jauh daripada laut.


In a nutshell, done aku punye senarai baldi saya no 51 & 54..

Jalan2 Krabi & menunggang gajah... ;)


Comments

  1. Berapa yer tiket bas dari KL-Krabi? memang teringin sangat nak travel ke krabi,

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Paintball

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

BAHASA HIKERS

YUNNAN, CHINA

Hidden Treasure Hunt

Bukit Merah Laketown Resort, Perak

Jumaat Di Kota Mekah