Jom Iftar di Agrotek Garden, Hulu Langat!


Assalamualaikum.....



Minggu lepas aku sempat iftar dengan geng member2 skolah. Lokasi ni memang rare & agak terpencil. Saja nak try tempat yang jauh sikit & tenang dari kesesakan kota raya.. 


Jom usha ape yang best kat Agrotek Garden nih!



Banyak jugak pilihan menu dia. Harga 1 kepala RM42.


Kalau ade sebarang pertanyaan @ nak booking dulu ke sebelum datang sini, boleh la hubungi no kat atas ni.

Ni map nak ke Agrotek Garden ni. Ia terletak di Kampung Semungkis Batu 14, Hulu Langat, Selangor, kira-kira sejam la menaiki kenderaan dari ibu kota.


Seiring & sejalan....

Rasa nak terjun jer dalam sungai nih! hahaaa

Boleh tahan juga lawa tempat ni.. Ada chalet sekali kalau nak buat aktiviti team building ke, family day ke, atau nak rasa duduk dalam suasana dikelilingi hutan jauh dari hiruk pikuk kota.




Konsep ‘back to nature’ menjadikan tempat ni sesuai bagi korang yang mahukan kelainan.







Banyaknyer ikan!

Agrotek Garden Resort memiliki konsep yang menarik kerana ia bukan sekadar resort, tetapi orang ramai boleh menikmati alam semula jadi, su­ngai dan ikan air tawar. 












Tu dia kambing bergolek tergolek bak ang!

Tu dia, pesta buah-buahan Buffet Ramadan di Agrotek Garden Resort. Meriah uolls suasana bertemakan Alam semulajadi. Kalau tak cukup kat atas meja tu, korang boleh petik sendiri kat pokok tuh! hahaa...



Menu dia :

Eksotik ala-ala Kampung
BBQ Western
Ala-ala Thai
Buah-buahan tempatan
ABC
Macam-macam ada!


Dah bersedia dengan makanan yang penuh diatas meja. Boleh habis ke tu... Diaorang ni berbuka puasa ke melantak? lulz

Moreh pulak! ;p










Comments

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS