Road Trip Perlis - Thai Part 1



Assalamualaikum.....



Selesai pergi wedding, aku nak pergi jalan-jalan pulak sekitar bandar Arau ni. Esok mau pergi ke sempadan Thai.


Kincir Angin Masjid Terapung Al-Hussein, Kuala Perlis.




Teruja pulak ade windmill kat sini. Dulu penah jumpa windmill dekat Pulau Perhentian. hahaaa


Layan ABC sambil menghirup udara segar tepi laut jeti! Sejuk mengancam!


Pagi yang mendamaikan di Perlis. Rasa tenang jer kat sini.




Aku pernah datang kat sini 5 tahun dulu kot kalau tak silap. Dulu sepanjang perjalanan penuh dengan ladang tebu. Cantik giler! Aku baru bercadang nak amik gambar kat ladang tebu tu. 


Tapi rupa-rupanya ladang tebu dah tak de kat perlis nih! Lenyap sudah! Aku macam tak percaya jer.... Dulu kemain besar kot ladang tebu tuh! Paling terbesar kat Malaysia! Sekarang dah tak wujud.. Aku dah stanby gopro dah nak shoot! Sedih.. huhuuu...


Perjalanan diteruskan untuk masuk ke sempadan Thailand melalui Padang Besar.


Misi kitaorang harini adalah nak pergi ke syurga bundle di Thailand iaitu Khlong Ngae Market. Ban Khlong Ngae terletak kira-kira 35km dari Padang Besar.






My tour guide for today, Dayah & Haliza. Dayah ni memang otai backpackers! Takat pi Thailand ni, celah gigi jer... Semua ceruk dia tau! hahaa


Ramai giler orang hari ni. Beratur nak dekat sejam gak lah! Pishangg...



Kene isi departure & arrival card.



Selesai urusan cop passport, kami bergerak dari pos imigresen Thailand menuju ke arah Hatyai.


Dalam perjalanan, kami menyinggah untuk bergambar di kuil (wat) Buddha Theravada ini. 


Sawadeekaa.... Bergambaq sambil menahan nafas supaya kelihatan kuruih & manja! lol


Tadaaaaa.... Senibina & ukiran wat dia unik dan cantik! Only made in Thailand!



Wat ini akan kelihatan di sebelah kiri jalan jika menghala ke Hatyai.






Selfiaq satu kali! Tengah panaih!



Pi tukaq duit sat kat kedai runcit. Pak cik kayo sekejap! hahaa


RM100 = 820bath. Kadar penyusutan wang ringgit yang begitu ketara. Parah2! Dulu kalau tukar RM100 leh dapat 1000bath kot. 


Halalan Toyyiban!



Singgah makan lokching jap dekat2 dengan Yong Sin Center Point!



Perghhh..... memang sedap giler weyh dia punya lokching sampai meleleh ayaq mata! Sos thai dia memang pedas nak mampuih sampai terangkat beb! Tapi bikin kecuq liuq! Murah pon murah. Dari cucuk2 jual kat kuala perlis tuh, mahai gile.
Padu bak ang! Cucuq-cucuq Thailand style!

Sepanjang perjalanan boleh kata jalan raya lengang, yang banyak kat jalan raya cuma lori-lori besar. Jarang nampak kereta, boleh dikira dengan jari. Dalam agak-agak 30 minit kami pun sampai kat Khlong Ngae.


Khlong Ngae ni merupakan Pekan kecil di tengah-tengah antara Sadao (Danok) dan Hat Yai. Nak ke market nya, boleh masuk ke simpang kanan. Kini Khlong Ngae telah menjadi destinasi pilihan ramai pada hari sabtu.


Teruja pulak ade nampak orang jual glove nih! Teringat pulak kat orang tu yang nak pergi panjat Gunung Kinabalu. Saiaa nak beli untuk awaaa, tapi ermmm,  ermmm... Aku grab dulu lah kot2 misi nak pergi trekking Himalaya ke lepas nih! hahaa *verangan


Sumpah murah giler harga dia! Rasa nak beli borong jer pastu jual balik, bukak kedai outdoor aku sendiri! hahaaa... Kalau kat sini memang menangis lah nak dapat harga macam nih! Murah bak ang!


Geram betui la tengok barang kat sini. Dok tahan iman ja aku ni. Duit tukar pon tak banyak! Windbreaker lawa-lawa belaka! Yang kaki outdoor tu, boleh meroyan kot tengok barang-barang kat sini! hahaa



Ban Khlong Ngae Lebih dikenali sebagai Khrongek. Pasar Bundle ni hanya dibuka pada setiap hari Sabtu dari pukul 7 pagi ke 2 petang waktu Thailand, maknanya lewat sejam dari waktu di Malaysia.


 Ada juga info mengatakan kebanyakan barang kat sini datang dari Aranyapharatet, Bangkok. Kat sini betul- betul lubuk Bundle kepada pencinta Bundle. Sape pandai menyelam pasti dapat barang baek.



Semuanya murah-murah. Peminat basikal, boleh beli suit dia kat sini. Seluar yang ada padding tu! Seluar jeans antara 300 bhat hingga 800 bhat (10 bhat ± RM1). Pakaian kanak-kanak pula ada yang sehelai 10 bhat... dan ada yang 3 helai 100 bhat.

Gramaphone

Banyak jugak barang2 antik yang rare, klassik & unik!



Kunci mangga yang aneh tapi comel!



Pasar Ban Khlong Ngae ni agak besar. Banyak barangan yang dijual dari pakaian dewasa dan kanak-kanak, barangan antik, kasut hinggalah makanan. Jenuh juga berpusing-pusing. Tak sempat nak tawaf sampai habis pon. Pasar ni terkenal dengan pakaian bundlenya yang kebanyakannya original..


For info... pasar ni beroperasi dari pagi sehingga tengahari sahaja.


Stylo gak shades nih... hahaa



Thailand nie panasnya lain macam. Kalau tak tahan boleh pitam, jangan lupa pakai topi atau payung dan pakai sunblock. Memang boleh jadi gelap muka, rasa terbakar pun ada. Kitaorang pon lari masuk dalam 7eleven cari aircond! haha


Usha barang-barang dalam 7e dorang best jugak! Dah macam mini market.



Susu kegemaran si Dayah ni! Sedap katanye. hehee



Babi Mild, mandian Babi... ehh mandian baby! hahaa


Lepas dah sejuk sikit badan lepak dalam 7E, sambung balik jalan-jalan kat pasar tadi!
Jumpa Ikan keli albino! Macam geli jer... kaler nude gittew! Macam tak de kulit! hahaa
Ikan Bandaraya Thai!
Ikan emas dibawa belayar... eh tu pisang emas lah! ;p


Nak p mengail anak ikan...



Ayam sesame street. Ayam silkie atau ayam kapas terkenal di China, kerana memiliki bulu-bulu pelepah yang lembut seperti anak kucing. Gebunya! Rasa nak peluk ayam nih! hahaa



Ikan laga

Beli buah jambu. Murah jugak. Tapi jaga-jaga bila immigresen nampak nanti dia rampas. Pandai-pandai lah sorok dalam beg. Kata Dayah lah. Sesetengah buah-buahan tak leh lepas masa lalu kat immigresen.



Cute giler sushi dia!

Sushi Tembikai!

Angry bird!


Pin gergasi

Ninn dia hasil tangkapan untuk hari ni! Tu dia dok perabih duit mai sini! Lain kali nak datang lagi! hahaaa... Best lah Khlong Ngae market nih! Banyak benda2 unik yang aku tak pernah jumpa. Harga dia pon murah-murah. Korang yang kaki shopping tu, wajib lah singgah sini kalau nak ke Thailand!


Hahaaaa... macam mana aku nak bawak balik KL nih woii! Jenuh la nak sumbat dalam backpack! Patutnya aku bawak beg tarik jer senang nak isi barang! lol ;p





To be continued....

Comments

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

BAHASA HIKERS