Gunung Pulai, Kedah



Assalamualaikum...


Baru-baru ni aku telah menyertai ekspidisi mendaki Gunung Pulai & Gunung Baling yang terletak di Kedah. Line up untuk xpdc ni adalah seramai satu bas & satu van dan diketuai oleh gogo bro Suhaimi aka mimo. Total hangus untuk trip 3 hari 2 malam ni adalah sebanyak RM135.


Semua berkumpul di LRT gombak. Kitaorang bergerak dari KL lebih kurang pukul 11 malam & tiba di Pekan Baling ngam2 nak masuk waktu subuh & solat di Petronas.



Lalu di kawasan perumahan untuk ke starting point.



Briefing dari abang guide yang akan jadi pemandu arah bagi xpdc ni. Ramai juga otai-otai yang join trip ni.



Memulakan pendakian, kitaorang melalui jambatan besi melintasi sungai Baling (kira-kira 10 meter lebar). Sepuluh minit pertama kami hanya melalui trek yang landai dan agak lecah sedikit sebab hujan pagi tadi. 

Lepas je sepuluh minit trek mula menaik (dengan kecuraman 60-80 darjah). Memang banyak tenaga kena guna samada tenaga kaki mahupun tangan. Batu-batu pula tajam dan agak berbahaya. Sekali sekala terpaksa melalui trek yang semak.


Sumpah trek dia kejam! Aku hampir tewas dan kecundang! Trek berbatu, mencanak-canak, curam, tajam & gayat! Awaaa saia ta kuad! huhuuu.. Dia macam trek bukit tabur, tapi bagi aku yang pewai ni, rasa macam 10 kali ganda lagi susah! Sila pakai glove untuk mengelakkan tangan luka terkena batu tajam. 


Ditambah dengan cuaca yang panas terik, rasa macam mau pengsan aje! Panaih kat kedah ni lain macam sikit. hahaaa.. Dinasihatkan korang yang nak naik gunung pulai ni, bawak la air banyak-banyak. 3 botol air besar & 100 plus. Jangan lupa bawak payung jugak!


Lepak kejap bila jumpa view lawa macam nih! Awesome weyh!


Jangan cakap hakak tak payung!


Usha kampung halaman jejaka idaman dari ataih nih! Aku tanya apa khabar??


View pekan Baling!


"Climb mountains not so the world can see you, but so you can see the world."


Lagi view yang mengancam & mempersona dari permatang Gunung Pulai! Memang cantik giler! Berbaloi lah dengan pendakian yang agak menyeksakan! 

Selfie kaki satu!



Acah-acah berani duduk kat tebing gaung nih! hahaa



Bro ni buat aksi seriau pulak dengan raket badminton dia! Aku yang terlajak gayat tengok dia buat aksi smash angin dengan raket tuh! hahaaa



Because it's there! It's just there!...






Tak gayat ke Shaf oi! Aku memang dah ketaq lutut dah nak p kat tebing-tebing tuh!



Geng-geng komuniti pendaki Malaysia


Thanks Mimo coz sudi jaga aku & Ayu yang memang pewai terok! hahaa... Best jugak ade personal guide nih! Jadi penghibur dikala mental dah koyak & stamina rabak! Tq jadi sweeper kitaorang. Tapi tak best kene rotan sebab selalu sangat nak berehat! ;p koh koh koh




My bro!


Finally, Gunung Pulai 1,853 ft / 565 m Checked! Gunung ni dikatakan gunung yang ke 756 yang tertinggi di Malaysia.


In a Nutshell was here! Yeayyyhh!


Group selfie dulu sebelum turun!



My best hiking buddy! #duohikers

Muahhh ciked!


Perjalanan turun rasa lagi mencabar disebabkan hujan & batuan licin! Turun gunung adalah lebih berbahaya berbanding pendakian menaik. Memerlukan ketabahan yang tinggi walaupun rasa macam nak menangis! Trek dia rasa macam terlalu jauh & tak sampai-sampai! Ni memang masuk dalam list aku trek penyesalan 4.0! hahaaaa... ;p



Gud bye Gunung Pulai!


Tetiba jumpa view lawa giler kat bawah nih! View sawah padi yang menghijau dengan bukit bukau diselaputi kabus! Teringat macam kat Kundasang cuma tak de lembu jer! hahaa...



Malam tu, kitaorang camping di Air Terjun Lata Bayu. 
Esok nak p naik Gunung Baling pulak!















Comments

  1. wahh bestnye panjat gunung pulai kedah tuuuh,
    teringat gunung pulai johor jugak., hehe2

    ReplyDelete
  2. gunung pulai je ke ni? atau dengan gunung baling skali?

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, sekali lagi saya ambik pic kat blog ni utk buat video dan saya dah pun upload kat fb saya, sebagai usha utk slmtkan gunung ini dari letupkan, ni fb saya
    PULAI GREENS
    Harap awak xmarah😬

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Asykar Pencen!

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

Gunung Besar Hantu, N9

Paintball

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

YUNNAN, CHINA

BAHASA HIKERS