Pulau Nami Kelantan!
Assalamualaikum Hari ni aku nak jalan-jalan di Pantai timur. Kat sini memang ada banyak pantai-pantai yang menarik. Sebenarnya aku nak ke Pulau Nami Malaysia. Nak tau kat mana? Jommm... Tapi sebelum tu nak pergi kat Pantai Cahaya Bulan (PCB). Perjalanan dari Kota Bharu ke PCB lebih kurang 15 minit je. Ia terletak kira-kira 10 km dari Kota Bharu dan merupakan kawasan pendaratan tentera Jepun untuk menyerang British pada 8 Disember 1941. Pada suatu ketika, pantai ini dinamakan Pantai Cinta Berahi, suatu nama yang dikatakan diberi oleh seorang askar British ketika dia di pantai ni pada masa Perang Dunia II. Pada masa tu, askar tersebut sedang menderita kerana cintanya tidak berbalas. Sesetengah orang tempatan masih menggunakan nama lama ni. Persisiran pantai ni adalah sejauh 1.2 kilometer. Pantai ni terkenal kerana kawasannya panjang dan lebar, dengan pasir yang cantik. Oleh itu Pantai Cahaya Bulan telah menjadi tempat perkelahan yang ...