Reception Nadz & Afiq


Assalamualaikum 


Majlis resepsi sis diadakan sehari selepas nikah, 14 Mac 2020 bersamaan hari Sabtu di Ali Grand Hall Stars Avenue, Subang.


Memang ngam-ngam je lepas tu, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac 2020 iaitu pada hari Rabu selepas majlis resepsi kami. 

Nasib baik sempat hantar baju kawen semula dekat butik hari selasa tu sebelum kena lockdown di rumah nak dekat 3 bulan juga. Memang kami anggap ni rezeki juga la sebab sempat melangsungkan majlis kahwin.

Plan honeymoon konon-konon nak belayar naik cruise pon kena postponed. Tak tahu la bila boleh pergi. Tapi xpela yang penting kami dah pun selamat mendirikan rumahtangga. Alhamdulillah. 

Sis rasa kesian juga pada mereka yang terpaksa cancel atau postponed majlis kahwin pada minggu berikutnya setelah prepation yang dibuat hampir 99%. Memang sis paham korang memang dah bertungkus lumus berhabis banyak duit, last-last majlis tak boleh dilangsungkan kerana wabak semakin merebak & parah.

Sekarang pun alhamdullah setelah hampir empat bulan, wabak pun dah tiada kes baru. Dah boleh buat majlis tapi dengan SOP yang ketat juga ye. Sis doakan kepada korang yang akan berumahtangga supaya majlis yang bakal diadakan berjalan dengan lancar! Amin.




Puncak Pelaminan checked! hehee


Inai dari IG : ciknahenna

Kasut dari IG : Kasut Pengantin Handmade
Mekap by Hana Hamdan. Sis in love sangat dengan mekap dia! 
Baju songket dari Butik Ali Grand Hall Wangsa Maju.

Goodies bag, butter cookies 8pcs. Kotak dia, Afiq yang design kan sama macam invitation card kami. Nice! hehee

Family Afiq

Family Sis

My duo hiking partner! Ayu & epul. Tahniah akan dapat baby tak lama lagi!

Thanks sahabat yang datang dari jauh & dekat yang sudi memeriahkan majlis sis! I heart you guys!

Sek kito jange pecoh boh

UPNM's clans! 

Hiking buddies!

My Family!


Jom layan video :





In a nutshell, sis ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga & sahabat handai kami yang bertungkus lumus menjayakan majlis kami.

Doakan kebahagiaan kami dan semoga ikatan perkahwinan ini kekal hingga ke jannah. Amin....



Comments

Popular posts from this blog

XPDC Gua Batu Maloi

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Jumaat Di Kota Mekah

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

Pantai Perpat, Johor

Asykar Pencen!