Muzium Ilusi KL


Assalamualaikum


Nak masuk ke muzium illusi? Tak perlu ke New York, Toronto, Busan atau Dubai sebab KL pun dah ada tempat menarik macam ini.
Muzium ni terletak di :

Museum of Illusions, 
Tingkat 1 & 2, Ansa Hotel, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

 

Museum of Illusion Kuala Lumpur dibuka setiap hari bermula 9 pagi hingga 11 malam. Harga tiket adalah RM 45 untuk orang dewasa dan RM 35 untuk kanak-kanak berusia bawah 15 tahun. 

Rate istimewa juga disediakan untuk kunjungan sekeluarga, secara berkumpulan atau lawatan sambil belajar untuk perlaksanaan sekolah.

Tapi untuk bulan Ogos ni dia ada promo gaiss!
Museum Of Illusions ini berasal dari Zagreb, Crotia, ianya merupakan muzium interaktif yang menawarkan pengalaman visual ilusi dan pendidikan yang menarik serta meghiburkan yang sesuai untuk semua peringkat umur.

Muzium of Illusions mempamerkan ilusi yang menghiburkan dan mengajak kita bermain dengan minda, ianya turut mengajar tentang penglihatan, persepsi, otak manusia, dan sains serta mengajar kita mengapa mata kita mungkin melihat perkara-perkara yang tidak difahami oleh otak.

Contohnya, anda melihat sesuatu benda dan anda percaya yang anda lihat itu betul, tetapi tiba-tiba anda sedar bahawa yang anda lihat dan percaya itu silap, lalu anda terfikir adakah mata anda bermain helah pada anda, haaa…inilah di panggil ilusi optik yang mana ianya juga cara yang menyeronokkan untuk memaksa mata dan otak bekerja dan keluar dari zon selesa.

Dari bilik anti gravity yang boleh buat anda nampak macam melawan hukum alam, sampailah ke bilik Ames yang boleh buat dua orang dalam satu bilik nampak seorang besar, seorang kenit, semua benda yang ada dalam muzium ini dibuat semacam magic.

Nak sorok badan boleh, nak jadi besar boleh, nak merasa masuk dalam terowong yang berputar-putar pun boleh ( walaupun sebenarnya terowong duduk diam sahaja).

Kalau bilik sedang ada orang, boleh masuk ke playroom. Ada mainan uji minda yang boleh digodek-godek, bagus untuk kawan-kawan yang perasan cerdik. Boleh lah digelakkan depa tu. hahaaa

Cantik kan saya?? hahaa

The Chair Illusion

Nak tahu macam mana objek sekeliling boleh mempengaruhi saiz asal manusia? Ketahuinya apabila anda mencuba kerusi yang terdapat di bilik The Chair Illusions.
Sila duduk & jangan lari!


Ames Room

Mesti anda pernah terlihat gambar di mana seorang ternampak besar dan seorang lagi nampak kecil bukan? Mesti anda teringin nak tahu macam mana bila seseorang itu boleh berubah saiz sedangkan sebenarnya anda dalam bilik biasa sahaja. 

Di Ames Rooms, anda akan merasai pengalaman ilusi visual yang menakjubkan ini.
The Vortex Tunnel

Satu benda yang pasti, bila anda melalui Vortex Tunnel ini, anda pasti akan berasa pening dan keliru. Ini kerana, sewaktu anda melangkah ke dalam silinder berpusing ini, anda sebenarnya berjalan di atas permukaan rata yang stabil dan rata.
The Infinity Room

Mirror-mirror on the wall, who is the prettiest of them all?

Hah, di Infinity Room ni, penuh dengan cermin. Bilik yang penuh dengan cermin ini akan menimbulkan ilusi seolah-olah anda dalam ruang yang tiada penghujung.

Anti- gravity Room

Saat anda melangkah masuk ke bilik ini, anda tidak akan tahu sama ada anda berdiri di permukaan rata atau permukaan condong. Pastinya di bilik ini, akan membuat anda mempersoalkan kembali hukum asas fizik.
Yoga Pose!

Walking to the wall
Now sis dah tau trick Michael Jackson! Beat it! hahaaa

Rotated Room

Tak terbayang bukan kalau dunia ini terbalik 180 darjah? Di Rotated Room, anda boleh guna imaginasi anda untuk bergambar di bilik tersebut. 

Makan orang!

Masukkan muka dalam segitiga tu
Floating pyramid
Ni skala besar. Letih main ni... hahaa

Ni skala kecik. Senang skit nak pindahkan benda tuh... Memang menguji minda betul semua game yang ada kat sini.
Taraaaaaa..... Dah siap! Pindahkan semua2 tu dari tengah ke tepi.
Cuba main game susun-susun ni, tapi susah namati! hahaa
Ok give up ahhhh...
Scary tengok gambar ni sebab macam orang tu hidup! hahaa
Ok ni jer satu-satunya game yang berjaya sis selesaikan sendiri! Finally! hahaaa

Ni pon memang mencabar minda nak keluarkan tali dari kayu tuh!
Muzium Ilusi kat Kuala Lumpur ini kecil jer dan harga tiket masuk pun agak premium. Tapi mengikut review ramai yang dah jenguk, muzium ni memang cool!

Untuk instagrammer, instapemes nak haplod gambar yang instaworthy! hahaa
Berkicap jugak main benda ni. hahaa



In a nutshell, kalau nak ke Museum of Illusions, sila datang dengan kawan atau family. Mana best rasa pelik sendiri-sendiri kann?


Jom layan video :





Comments

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

YUNNAN, CHINA

Jumaat Di Kota Mekah

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha