Squid Game


Assalamualaikum



Kali ni aku nak review cerita paling hot & trending dekat Netflix iaitu 'Squid Game'. Rasa macam dah lama betul sis xlayan drama korea. Last tengok cerita 'Descendant of the sun'.. Haaa berape tahun yang dulu tu ehh? 



Ia mengisahkan permainan tradisi kanak-kanak korea yang dipertandingkan di kalangan mereka yang terdesak dan dibebani hutang. Mereka ditawarkan jumlah hadiah berupa wang yang sangat lumayan, namun nyawa mereka menjadi pertaruhan.

Ibarat permainan kalah mati, sesiapa yang tidak berjaya ke pusingan seterusnya akan mati ditembak atau mati semasa perlawanan – dan tiada sesiapa akan dipersalahkan sekiranya mereka dipukul atau diapa-apakan sepanjang pertandingan tersebut berlangsung.

Seramai 456 orang yang terpilih untuk join game ni. Dorang akan bermain 6 permainan dalam masa 6 hari. Bila tengok dorang main setiap game tu memang rasa berdebar betul, meremang! haahaaa.. 

Dorang akan sanggup untuk buat apa sahaja walaupun terpaksa korbankan nyawa kawan or isteri sendiri demi nak menang dan dapat duit yang bernilai 45.6 juta won! Memang agak sedih, sadis & tragis. Dan juga banyak aksi ganas bunuh-bunuh. So xsesuai ditonton oleh budak-budak.

Bila tengok cerita ni, aku teringat movie 'Parasite'. Iaitu orang miskin akan sanggup buat apa jer untuk dapatkan duit. Leh usha sini untuk review movie Parasite tu :





Senarai games Squid Games :

Game 1 : Red light green light
Game 2 : Honeycomb game
Game 3 : Tug of War
Game 4 : Marble game
Game 5 : Glass stepping stones
Game 6 : Squid Game


Bagi aku game yang paling mendebarkan & meremang bulu roma ialah game 1, game 3 & game 5! Phewww rasa nak gugur jantung tengok! hahaa.. Game 2, 4 & 6 tu pun agak mencemaskan tapi ade banyak la drama diselitkan yang menyentuh perasaan.



Biasanya kalau filem yang melibatkan banyak kesan bunyi, kepakaran teknikal biasanya lebih kepada teknik cgi atau perkomputeran. Tetapi untuk Squid Game ini benar-benar menggunakan set pengambaraan yang sebenar. Lebih menarik rekaannya sangat estetik dan cantik. Dengan menggunakan warna terang yang menjadikan ianya seperti taman bermain untuk kanak-kanak. Saiz dan rekaan set adalah sama seperti didalam apa yang kita nampak dalam drama ni. 

So bila dorang start main game tu, memang nampak real. Lagi-lagi masa main tarik tali & lompat atas kaca tuh... Fuhh sis gayat!!

'main tarik tali' atas platform tinggi. Ade bran?? kecut perut woiii

Drama ni ade 9 episod je. So dalam masa 2-3 hari dah boleh habis dah kalau korang rajin nak marathon. Sebab bila dah habis 1 episode tu memang berkobar2 buat kita nak tengok next episode. Tapi sis sejak ada baby ni xleh sangat la nak movie marathon macam dulu2.. hahaa.. 



So siapa yang akan menang dalam 'Squid game' ni? 
Apa yang dia akan buat dengan duit kemenangan RM160 juta, hasil daripada nyawa-nyawa 455 orang yang terkorban tu?

Ermmm... Kalau korang sanggup x nak main game ni demi kelangsungan hidup?


Rating : 9/10


In a nutshell, it's worth watching!


Squid game datang Malaysia la... Dia dah recruit babyAn peserta paling muda... hehehh. Jangan lupa tekan button subscribe gais! Kasi support skit youtube channel sis! Muahhh cikedd... TQ






Comments

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

XPDC Gua Batu Maloi

Gunung Silipat, Betong Thailand

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Jumaat Di Kota Mekah

Bukit Marak, Kelantan

Asykar Pencen!

BAHASA HIKERS