Arte Mont Kiara - Zetter Suite


Assalamualaikum


Baru-baru ni sis pergi staycation 2h1m di Zetter Suite Arte Mont Kiara.

Nak tau apa yang menarik kat sini?

Jom sis lanje gambar



Entrance


Lobby dia nampak exclusive


Hiasan senibina berinspirasikan Perancis klasik, dengan area drop-off yang dihiasi candelier, bumbung kaca, arca besi – semua diilhamkan dari kemewahan Istana Versailles, Perancis.


Kat sini ada 3 jenis penginapan la. Kalau korang nak bilik yang premium & feeling2 kat France leh amik Arte by Thomas Chan. Harga 1 malam dalam RM1k++. Kalau yang bajet skit ada Ami Suite & Zetter Suite. Harga dalam RM250++





Masuk sahaja ke suite, dekorasi memang cantik dan mewah. Duplex ni unit nya 2 tingkat, ruang tamu dan dapur serta sebuah tandas di bahagian bawah, dua bilik tidur beserta tandas dan bilik mandi setiap bilik di tingkat atas. Ruang tamu dengan android tv siap ada Netflix laa untuk korang yang nak layan movie lepak malam-malam.

Sis amik pakej ni dengan kawan sis. Korang leh contact Qistina 018-3816774. 


Ruang dapur moden serba lengkap dengan induction cooker, fridge, microwave serta mesin basuh lengkap dryer.

Kat tingkat atas ada dua bilik tidur, setiap satu dengan katil queen dan bilik air. Di sediakan juga seterika dan iron board dan hair dryer .


Interior dia tampak mewah dengan lampu chandelier



Seni bina Arte Mont Kiara ni ‘striking architecture’ – 3 menara hebat ini terletak di atas podium masing-masing setinggi 39 tingkat. Di hiasi dengan garis kontur organik yang kelihatan seperti ilusi optik. Rare!

Tapi tahukan korang semua, garisan tersebut adalah salinan cap jari developernya iaitu Thomas Chan. Pheww!

Macam mana boleh terpikir untuk jadikan cap jari sebahagian dari pembinaan. Huh.. memang lain macam kan.


Dalam lif


Walaupun bahagian luar kelihatan futuristik, tetapi dalamannya memang sangat WOW!


Jom kita ronda-ronda di sekitar taman-taman cantik Arte Mont Kiara ni. Dengan access card yang diberikan kita boleh masuk ke taman-taman yang cantik berootd. Dari aras 27 ni kami turun ke level R, MK3 ni dah boleh lah access ke Chrome Garden, Lamp Shade Garden, Pavilion, Bloom Garden dan juga Mosaic Pool.


Bersebelahan sahaja Chorme Garden ni adalah Lampshade Garden. Cantik sangat kalau nak bergambar di sekitar kolam berlatar belakang sebuah lampshade putih di hujungnya.



Tour dalam ni je pun pergi 3 bangunan pun dah penat jugak! hehee


Rainbow lounge


Syok dak kecik ni. Tempat permainan dia. hehee


Comel je buai ni


Kerusi kat sini semua cute. 





















Semua sudut korang leh Ood kat sini sebab lawa. hehehh



The struggle is real nak tangkap gambo dengan budak kecik nih! hahaa


Gaya Lady boss mak sis!


Jom gi swimming! yeayyy


Best gler jacuzzi pods ni sebab air panas dia suhu lain-lain. 
Boleh nampak view KLCC lagi




Time ni tak ramai orang. So tempat ni kami yang punya! hahaaa






Lega dapat berendam dalam air panas. Kaki dah lenguh jalan-jalan tadi tour naik turun lift 3 bangunan. hahaa


Turun kat bawah mandi kat Mosaic pool pulak. Sejuk gler kat bawah ni sebab baru lepas hujan.


Seronok dak kecik ni mandi pool!








Anneongg! 

Dak korea sesat ke ni?? hahaa




















Say cheese!






In a nutshell, till next vacation guys!





Comments

Popular posts from this blog

Jumaat Di Kota Mekah

Gunung Silipat, Betong Thailand

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

Asykar Pencen!

BAHASA HIKERS