BABY Hiking @ Taman Tugu


Assalamualaikum


Apa khabar semua fans nutshell?? ehh ade fans ke hahaaaaa.. Kali ni sis nak buat comeback tau! hehee. Tapi comeback kali ni special skit sebab sis bawa baby pergi hiking. Yeayyyy!

Sis dah lama nak start hiking balik sebab berat dah overweight ni. uhukkkk. Maybe lepas ni boleh kembali selim shady seperti dulu... hahaaa.. Gittew


Tapi hiking kali ni bawak budak ni nak dekat 11 kilo nak kena pikul. hahaa.. Dah macam berat backpack la bawak full load.

Hope sis tak pewai la sebab dah 2 tahun lebih mereput kan sebab PKP.  


Awat muka grumpy baby ni. hahaa. Sekarang umur dak ni dah setahun 5 bulan so sedang elok la nak bawak p hiking. Jadi dah start training dari baby ni lepas ni mama boleh dah tinggalkan legacy. Mama nak Aleesa naik gunung Everest & The Eight-Thousanders, The 14 highest mountains in the world! (gitteww tinggi harapan mama! hahaa) 

Yeahhhh! 


Halah2 suwit perantin baru! Maman & Ana


Untuk starting ni kita try yang senang2 dulu. Kami hiking di Taman Tugu.

Taman Tugu ni terletak di Persiaran Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur. Nak senang korang waze jer. Parking pun disediakan. Taman ni dekat juga dengan Tugu Negara. 


Operating Hours : 7.00am - 6.30pm

Last Entry : 5.45pm


Trek dia one way jer. So xde risau tersesat lah sebab trek dia ada tanda & jelas.


Seronok la dia dok belakang tu rileks!


Muka cuak ke nak nangis tu. hahaa


Taman Tugu’s trails are the perfect training ground for absolute beginners to hiking, kids included.


Ishhh comeynyerr anak buluh betong ke ni?? hahaa


Kita bagi dia exercise skit budak debab ni


Alahai kacang ketot! Bunyi kasut citttt cittt dia dah leh dengar sebatu! hahaa


Halah2 xleh tangan kotor skit kena tanah dia suh bersihkan. Manjah kali dia!


Baby hikers in the making...

Ni first time babyAN masuk hutan & hiking. Enjoy betul dak kecik ni tengok alam sekeliling. Seronok dia berjalan terketek2 walaupun asyik tersadung akar & batu.. Tapi kecomelan tetap maintain mase jatuh terduduk. Auchhh.. Ramai la uncle, aunty & kakak2 tegur sepanjang trek. "heyy kiutnyer budak ni"! hahaa


Dari sini boleh nampak view KL tower. Dorang macam tengah buat construction apa tah kat sini. Macam nak buat landscape nak tanam pokok2. Lepas ni kalau dah siap mesti cun tempat ni.


Dah pewai ni dak kecik ni



Hiking bawak budak ni kita chill2 je la. Xde la nak rushing pun. Lepak dulu dekat pondok ni makan-makan, minum air dulu.




Trek di Taman Tugu ni ade 30 check point. Jalan santai2 sambil menyembang ade la dalam sejam. Trek dia memang senang jer landai tapi ade la tangga skit2. Yang syoknyaa ade buai kat setiap CP. Kalau lenguh kaki boleh la berbuai dulu sambil dibuai perasaan.. Eh Tiberrr..


Boleh tahan sengal jugak pinggang mama pikul dak 11kilo ni klu naik turun tangga. Ade la terpewai skit2 sbb dh lama x hiking kn. Hampir tercidukkk sis.. Hahaaa


Letih sangat tu dak kecik hiking tu sampai terlena kat belakang


Anak sapo tah ni. Mesra alam betul. hahaa


Peace!

Amboih pandai dia sedut air kelapa! Haus betul. Memang dia yang terpaling penat sekali! hahaa


Lepas dah habis trekking, korang leh santai-santai kat sini. Siap ada orang menjual makanan & kopi kat tepi ni. Air kelapa pun ada 


Memang naiss la tempat dia cantik, bersih dan siap ada toilet lagi.


Next destination : The Stories. 


Kita Ootd lu


Sebelum balik, kami singgah dulu di Kenny Hills Bakers, Bukit Tunku.


Ade la dalam setengah jam jugak beratur. 
Apa yang hype sangat tempat ni sampai ramai sangat orang?


Saja la nak merasa katanya pastry dia memang top!


Katanya ni dia punya signature. Peach Strudel. RM18

Bagi sis rasa dia biasa jer. Pastry dia macam keras skit. Peach dia ok la nampak fresh. Paling sedap dia punya whipped cream - manis just nice. Overall 2/5


Yang terpaling lapar!


Wait mama jangan makan dulu!


Ade tangan kecik yang paling pantas didunia pantang nak capai sume! hahaa


Ye sabo jap lagi mama bagi ye


Crispy Fried Chicken Burger | RM33

Didalam ada seketul ayam goreng ranggup. Seperti biasa ada kentang goreng dan salad sebagai side dish. Sedap dan puashati makan.


Beef Pepperoni Sourdough Pizza, 8' | RM28

roti pizzanya memang lembut


Besar betul burger ni memang xleh habis makan sorang. Portion makanan dia memang boleh share 2 orang.


Let's makan-makan!


Muka bahagia dapat makan kentang goreng! hahaa


In a nutshell, we did it baby! Yeahh. Achievement unlock for babyAN. 💪

Next, mana lagi trek santai2 yg boleh bawak baby eh?


Comments

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS