Assalamualaikum 29 April 2017, Sabtu, 4.00 am Sempena cuti hari buruh yang lalu, aku telah join XPDC mendaki gunung Baha, Ayam & Stong selama 3 hari 2 malam di Taman Negeri Gunung Stong. Ia terletak di Dabong, Kelantan iaitu di Daerah Kuala Krai Selatan . Penganjur program ni ialah dari team B88outdoors yang diketuai oleh gogo Hafiq. Memandangkan aku, Aishah dan Jamil aka Tee Jay memang duduk di Kota Bharu, kami telah bertolak ke Dabong pada pukul 4 pagi. Yang lain semua dari KL dan JB bergerak pada malam semalam. Pukul 7 pagi kami dah sampai di area Dabong dan berkumpul di area stesen keretapi Dabong untuk menunggu team yang lain sampai. Abam Apis yang setia menunggu jodohnya iaitu Puteri Saadong yang tak kunjung tiba di stesen Dabong nih! Bertabahlah abam! huahaaa Memandangkan aku memang dah duduk di Pantai Timur nih, memang aku dah lama aim nak naik gunung stong nih! Hahaa. Sekali adik aku ajak naik dengan geng dia, aku pun on jer
Assalamualaikum Hiking : kegiatan outdoor seperti berjalan kaki, mendaki bukit atau gunung yang tidak memerlukan peralatan yang khusus seperti tali, karabiner, harnest atau ace axe. Jalur pendakian pula dipanggil hiking trails. Mountaineering : kegiatan outdoor mendaki gunung-gunung yang tinggi yang memerlukan kepakaran dan peralatan khusus, mengetahui teknik mendaki, menggunakan ice axe, carabiner, rope, tali dan berisiko tinggi. Mountaineering lebih popular di Eropah, kerana kedudukan geografi pengunungannya yang berupa batuan, ais dan curam. Contoh seperti pendakian ke Puncak Sejati Raung, Puncak Jaya @ Cartensz Pyramid MARI BELAJAR BAHASA HIKERS Ni bahasa ni tak tahulah dapat dari mana. Tapi sering digunakan oleh pendaki-pendaki di Malaysia. Ini adalah beberapa perkataan yang selalu gunakan sewaktu mendaki. Contohnya, pewai. Dulu aku tak tahu pun nate gapo lah pewai tuh! hahaaa... Bila dah selalu mendaki dengan geng-geng otai
Assalamualaikum Hai gais! Kali ni sis nak bawa korang joging kat lokasi yang cantik kat tengah KL ni! Sebenarnya ni training sebelum sis pergi ke Xueshan haritu. Sekarang baru nak update kat blog! hahaa Taman Tasik Perdana atau Lake Gardens ni terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Tasik ini terletak di sebelah kiri Jalan Mahameru menuju ke bangunan Parlimen Malaysia. Nama Tasik Perdana dipilih kerana berhampiran dengan kediaman bekas Perdana Menteri Malaysia ke-2, Allahyarham Tun Abdul Razak. Kini ia lebih dikenali sebagai 'Taman Botani Perdana' iaitu sebuah taman awam yang besar di Kuala Lumpur. Taman Botani Perdana merangkumi kawasan 226 ekar (91.6 hektar). Ia diurus oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, dan merupakan sebahagian daripada Taman Warisan Tun Abdul Razak. Terjumpa arnab kat celah-celah bunga ni! Wallaweh! main sorok-sorok ye! OMG too cute too handle bunny! Gemok & Gebu gebas! hahaa Aduhhh comel
Assalamualaikum Cuaca memang panas terik sekarang ni, so sis rasa macam nak berkubang dalam sungai! hahaa Jadi, kali ni kita nak pergi terjun tiruk di Air Terjun Lepoh, Hulu Langat! Ayuh gais! Kenderaan boleh diparkirkan di kawasan chalet ataupun ditepi jalan berdekatan dengan Asli Adventure Base Camp dengan kadar bayaran yang telah ditetapkan. Kami masuk kat dalam kawasan berpagar ni. Kami park kat dalam dekat dengan kolam ikan dengan bayaran RM5 dan dibayar kepada seorang pakcik yang menjaga parkir di situ. Tenang je kawasan ni. Mengikut pengalaman, sebelum memulakan trek ke air terjun Lepoh, penjaga parkir akan menasihatkan korang untuk memakai pakaian yang sesuai. Boleh pakai kasut hiking atau sandal. Kalau pakai selipar jepun takut putus pula nanti sebab ada part trek yang agak curam. Nak masuk untuk trekking ke air terjun kalau boleh sebelum pukul 12.00 tghari, pengawal kat situ pesan tak boleh lewat sangat. Ada banyak
Assalamualaikum Kali ni sis nak bawa korang naik satu Gunung yang tengah famous dekat Thailand ni! Apa yang unik, Gunung ni sangat terkenal dengan view awan gebu yang superb! Begitu juga sis yang teringin sangat ke sini kerana pesona awan karpet yang terkenal di puncak Gunung Silipat. Gunung ini sesuai didaki pada sepanjang tahun dan sangat sesuai untuk pendaki yang baru berjinak-jinak untuk mendaki gunung. Lanje video dulu : Gunung Silipat ini terletak di Betong, Selatan Thailand (Yala). Perjalanan kesini mengambil masa 8 jam perjalanan dari KL. Kami bertolak menaiki bas pada pukul 11.00 malam dan tiba di sempadan lebih kurang pukul 7.00 pagi. Semua peserta bersiap-siap dengan pakaian hiking dan peralatan di Masjid Grik sebelum masuk ke imigresen Malaysia-Thailand. Kita akan memasuki sempadan Thailand dari Pengkalan Hulu, Perak dan mengambil masa dalam 45 minit selepas sempadan untuk ke kawasan kaki gunung. Passport dan border pas di
Assalamualaikum Baru-baru ni, sis berkesempatan untuk main Paintball di Kombat Zone Painball, Kemensah. Kat belakang Zoo Negara. Memang dah lama teringin nak try game ni. For your info, Paintball ialah sejenis sukan dimana para pesertanya menggunakan “marker” untuk menembak "pallet" (saiz guli, 0.68 caliber) kapsul gelatin yang dipenuhi dengan cat berwarna kepada pemain yang lain. Sukan ini diperkenalkan pada tahun 1980an. Sukan ini boleh dimainkan secara indoor atau outdoor dalam pelbagai style. Tidak ada peraturan tertentu dalam permainan ini. Ianya terpulang kepada objektif, strategi dan daya imaginasi para pemain itu sendiri. shoot to kill! Package RM90.00 kitorang dapat : *500 pallets *Marker *Mask + Jacket *Breakfast + Lunch (Nasi lemak, ayam penyet) *Air mineral + 100plus *lebam-lebam & kenangan pahit manis... hahaa Team adik beradik! #sis Ain & Nuenue sama tapi tak serupa! ehhh Briefing s
Assalamualaikum 24 November 2022, Khamis 5.00am Hari keempat di Mekah kami melawat ke Kota Taif. Taif, bandar kecil yang terletak di bahagian barat Arab Saudi menjanjikan udara nyaman dan dingin. Perjalanan mengambil masa kira-kira satu setengah jam menaiki bas dari kota suci Makkah. Kedinginan juga menyebabkan Taif begitu popular kerana menghasilkan buah-buahan segar terutama anggur, delima buah zaitun, bunga mawar dan madu. Cuaca panas kering di Makkah selalunya menarik perhatian ramai untuk berkunjung ke kota Taif ketika musim cuti dan panas. Kami singgah di Masjid Abdullah Ibni Abbas berdoa kerana di situ terletaknya makam Abdullah yang merupakan sepupu Rasulullah. Abdullah memilih untuk tinggal di Taif kerana tidak sanggup dengan balasan di Mekah bagi setiap kesalahan yang dilakukan. Bukan sahaja berbuat kebaikan mendapat pahala 100,000 kali ganda tapi jika berbuat dosa juga, balasannya juga berganda. Nabi Muhammad SAW datang ke Taif untuk tujuan berdakwah tapi kedatangan baginda
Meriah dgn warna kuning.... :D
ReplyDeleteyeahh ceria semua
Delete