Sky Trex Adventure



Assalamualaikum....


When the fun in the forest never end!


Korang sukakan tempat tinggi? Ingin rasai keseronokan berjalan dari pokok ke pokok dengan hanya menggunakan satu tali nipis? Jika ya, korang harus cuba Skytrex Adventure.



Jom uji ketangkasan dan cabar keberanian korang melalui siri halangan udara yang digantung pada 3 meter hingga 22 meter di udara!.


Macam-macam ada disini..

Yang pertama seumpamanya di Malaysia, Skytrex Adventure adalah tempat di mana korang boleh menikmati jungle trekking melalui kanopi dari ketinggian yang tidak pernah korang sampai sebelum ini! Yuhuuuu... Excited!



Pintu masuk

Terletak di dalam Taman Pertanian Malaysia di Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam. Untuk ke Skyterx Adventure yang terletak 3 kilometer ke dalam hutan, anda perlu menaiki Bas Shuttle. Lebih kurang 5 minit je. Nak naik basikal pun boleh.



Bus ride to Skytrex (peace Epa!)

Waktu Operasi



Ditutup dari Isnin ke Jumaat 


Taman ini hanya akan dibuka pada hari bekerja jika ada tempahan berkumpulan minimum seramai 25 orang. Sila tempah melalui e-mel di skytrex@skytrex-adventure.com

Sabtu, Ahad dan Cuti Umum: 

Mulai 08:30 pagi.


Dah sampai!

PERINGATAN PENTING:



Untuk aktiviti hujung minggu, tempah tiket anda di Skytrex Online kerana slot adalah terhad dan tiket selalunya habis dijual.


Terdapat 3 cabaran di Skytrex ni iaitu :



1) Little Adventure (LA)     - RM 35.00

2) Big Thrill (BT)               - RM 45.00
3) Extreme Challenge (XT) - RM 55.00



Info-info untuk setiap cabaran seperti di bawah : 



Little Adventure
23 adventure challenges (Easy to Difficult)
Rubah Terbang (Flying Fox) : 7 meter
Tulang Naga (Dragon Bones)
Jungkit Arnab (Rabbit Flip-Flop)
Ketinggian antara 3-5 meter
Masa untuk tamatkan cabaran : 30 minit
Kelayakan Ketinggian Minimum : 1.1 meter
Kelayakan Berat Maksimum : 100kg
Penting: Untuk kanak-kanak berumur bawah 8 tahun, perlu diawasi oleh orang dewasa

Big Thrill
26 adventure challenges (Easy to Difficult)
Rubah Terbang (Flying Fox) : 17 meter
Crazy Zig-Zag
Sky-crawl“ at the Bermuda Triangle
The Earthquake
Happy Hopper
100 meters Wild Revenge
Masa untuk tamatkan cabaran : 2-3 jam
Kelayakan Ketinggian Minimum : 1.4 meter
Kelayakan Berat Maksimum : 100kg
Penting: Untuk kanak-kanak berumur bawah 8 tahun, perlu diawasi oleh orang dewasa

Extreme Challenge
34 adventure challenges (Easy to Difficult)
Rubah Terbang (Flying Fox) : 22 meter
Masa untuk tamatkan cabaran : 2-3 jam
Kelayakan Ketinggian Minimum : 1.4 meter
Kelayakan Berat Maksimum : 100kg
Penting: Untuk kanak-kanak berumur bawah 8 tahun, perlu diawasi oleh orang dewasa

Map untuk cabaran yang bakal dilalui

Kitaorang ni macam biase lah, mesti nak yang paling hebat, yang paling mencabar. Kitaorang pun ambil 'Extreme Challenge'

Tapi cuak jugak sebab sume first time ni..Hahahaa...



At Skydeck

Sebelum start Extreme Challenge ni, kena pakai Harness dulu. Glove pun kena pakai untuk mengelakkan tangan melecet. Sesiapa yang tiada glove, boleh beli di kaunter RM3 je. 



Selepas tu, kitaorang diberi taklimat ringkas mengenai bagaimana untuk menggunakan Personal Protective Equipment (PPE) seperti Pulley (Takal) & Carabiners.


All geared up and ready to go!
Apa yang paling penting ialah jangan lupa untuk sangkut Carabiners dan sentiasa lock Pulley di tali, di setiap halangan.

 Pastikan bahawa tali penyandang tidak terbelit dan sentiasa dalam keadaan lurus.

Safety First!

Posing dulu...hahaa
Tak payah buat muke pasrah nak buat challenge ni..
Zura & Nadz

Let the fun begins!
Bapak tinggi tangga ni!...
Hati-hati ye kak!

Baru panjat tangga ni je pun, gua dah semput beb! Ade 33 challenge lagi kene tempuh!,,Adoyai~..



Sesiape yang bercadang nak buat challenge yang paling Extreme ni, kene prepare la mental & fizikal yang fit..Hahaaa


Fuhhh...gayat tak gayat?

Me, myself & I
Ni yang paling susah wooo!....
Dah surrender ke??
Ada mat salleh kacak!
Go Awin go!...
'

Ni pun mencabar mental!

Yus, the stunt man!
Great!
Rasa macam kat Sarkas plak!..Ni la work life balance..haha
Rehat dulu kat tengah2..Jauh lagi kabel ni..huhuuu
Jom jadi Tarzan!

Tamat sudah Extreme Challenge!

The sums of adventure!...Awesome!


Tip untuk melakukan aktiviti ini :

1. Pakai pakaian yang longgar dan selesa. Aku tersilap pakai seluar jeans la dan susah sedikit untuk bergerak..heheee



2. Kasut, perkara yang paling penting!.Gunakan kasut sukan, bukan sneakers. 
Aku jugak tersilap pakai kasut sneakers dan kaki akan rasa sakit bila pijak halangan-halangan bertali dan kabel sebab kasut sneakers ni nipis dan silap-silap boleh kejang tapak kaki.

3. Bawa beg sandang yang kecil untuk memudahkan menyimpan barang.

4. Bawa kamera untuk merakam aksi-aksi stunt korang sepanjang laluan halangan.

5. Air, minum banyak air dan pastikan anda pergi ke tandas sebelum memulakan aktiviti ni..Kat atas pokok ni takde tandas!...hahaa



Sesiapa yang ingin mencuba aktiviti ni, Good Luck guys!


Completed my list #11






Comments

Popular posts from this blog

Paintball

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Gunung Silipat, Betong Thailand

BAHASA HIKERS

Hidden Treasure Hunt

Jumaat Di Kota Mekah

Bukit Merah Laketown Resort, Perak

YUNNAN, CHINA