Part 5 : Langkawi & the geng, Island Hoping
Assalamualaikum....
Ahad, 29 Mac 2015, 2.00pm
Lepas turun dari Sky Cab, kitaorang pergi ikut aktiviti yang di panggil Island Hopping pulak. Orang cakap, kalau pergi Langkawi, tapi tak pergi Island Hopping, rasa macam tak lengkap plak percutian korang. Aci ke cakap macam tu? Pepandai jer... Lengkap tak lengkap pon, ade sape kesah?? hahaa....
Bayaran yang dikenakan untuk aktiviti ni ialah RM30 seorang. Makan minum tak disediakan. So, kena bawa bekalan makanan sendiri dan bersedia dengan baju basahan. Tepat jam 2.00 petang, sebuah van telah menunggu di Pantai Chenang untuk membawa kitaorang ke jeti.
Let's go!
Keindahan pulau yang masih suci & dara! :p |
Lokasi Pertama : Pulau Beras Basah, Langkawi
Persinggahan pertama Island Hopping ialah di Pulau Beras Basah. Kat pulau ni xde beras ye! hahaa... Pulau ni dimiliki oleh Tan Sri Syed Al-Bukhari! Wowww! Untung boleh beli pulau!
Pulau Beras Basah terletak tidak jauh daripada Pulau Cenang dan Pulau Rebak Besar. Pulau ini sebahagian daripada 104 buah pulau dalam gugusan Pulau Langkawi. Jarak dari jeti Kuah, Langkawi ke pulau ini kira-kira 20 minit dengan bot laju.
Pulau ni sering kali dijadikan tempat nelayan berteduh ketika laut bergelora ketika mereka kelaut menangkap ikan. Pulau Beras Basah mempunyai permukaan berbukit yang menghalang tiupan angin kencang dengan itu sesuai dijadikan tempat berteduh.
Sebelum terjun dalam laut, jom photobomb dulu!
Aku rasa Pulau Beras Basah ni merupakan tempat yang paling panas lah di Pulau Langkawi! Serious panas gila sampai mata bersinau. Lagi-lagi kitorang sampai sini bila matahari atas kepala. hahaaa... Tapi panas pon panas la, aku tetap nak terjun kat pantai tu! Pantai sini ada banyak coral yang dah mati. So hati-hati la bila terpijak coral2 yang tajam tu..
Pasir memutih yang memanggil - manggilku untuk berguling! ;p |
Pasir di pantainya putih dan halus
Lokasi Kedua : Pulau Singa Besar, Langkawi
Pulau Singa Besar ni terletak di antara Pulau Beras Basah dan Pulau Dayang Bunting.
Jangan risau, kat sini korang tak kan jumpa singa pon! lol.. ;p Kat sini ada aktiviti bagi helang makan. Lebih kurang macam kat mangrove tour semalam.
Si helang aku jumpa lagi geng dia kat sini! hehee |
Kat sini korang boleh nampak banyak helang yang jadi simbol Langkawi iaitu Helang Merah atau Helang Winston logo rokok winston tu. Di sini tak lama dalam 10 minit je.
Lokasi ketiga : Tasik Dayang Bunting
Nampak tak Dayang yang tengah membunting tu tido?? lol
Nampak tak Dayang yang tengah membunting tu tido?? lol
Ini gambaran daripada laut dimana korang boleh tengok bukit bukau tu seperti seorang perempuan yang sedang baring. Ada kepalanya, dada, tangan dan perutnya yang membunting!
Again, suasana kat sini teringat macam kat Krabi jugak! hehee
Sedikit sejarah mengenai Tasik Dayang Bunting, ia terhasil dari proses luluhawa batuan kapur yang akhirnya musnah dan membentuk tasik dayang bunting. Terdapat jugak beberapa mitos yang dikaitkan dengan tasik dayang bunting ni antaranya:
Versi pertama dan yang tercatat pada tasik itu adalah, Menurut lagenda tempatan ia bermula dengan kisah cinta lelaki bernama Megat Teja dan perempuan bunian bernama Dayang. Megat Teja berjaya memenangi hati Dayang dengan menyapu air mata duyung ke wajah Megat Teja, dan apabila Dayang terpandang wajah Megat Teja maka Dayang pun jatuh hati. Setelah Dayang hamil (bunting) maka dia mengambil keputusan untuk bersemayam di kawasan tasik hingga melahirkan anak, tetapi anak Dayang mati setelah 7 hari dilahirkan. Dayang menanam mayat bayinya di dasar tasik. Sehingga hari ini tasik dan pulau ini dipanggil Pulau Dayang Bunting dan Tasik Dayang Bunting.
Versi kedua pula mitos ni, ada berpendapat yang suatu masa dahulu ada seorang perempuan mengandung sedang baring dengan dihadapanya ada bekas air, dan kemudianya telah disumpah oleh Sang Kelembai menjadi batu dan pulau yang mengandungi tasik.
Menyumpit dulu! |
Nak ke Tasik Dayang Bunting ni agak jauh jugak kene menapak naik turun anak tangga! Adehhh kat sini pon kene hiking jugek! koh koh koh..
Kat sini korang kene hati-hati! Jangan bawa makanan dalam plastik. Letaklah dalam beg. Kalau tak, nanti monyet akan datang dan sambar makanan korang!
Di tengah pulau Dayang Bunting ni terdapat tasik air tawar yang berkeluasan 3 padang bola sepak. Sebuah jeti telah dibina di tepian pulau Dayang Bunting untuk bot-bot pelancong singgah.
Sebuah pelantar dibina di tepi tasik dan disediakan jaket keselamatan dan bot berdayung dengan kaki. Air tasiknya hijau jernih dan menimbulkan panorama yang menarik.
Sebuah pelantar dibina di tepi tasik dan disediakan jaket keselamatan dan bot berdayung dengan kaki. Air tasiknya hijau jernih dan menimbulkan panorama yang menarik.
Di fahamkan tasik ini ada lagendanya sendiri...Sesiapa yang tak mempunyai anak dan berhajat inginkan anak bolehlah minum air tasik ni... Tapi boleh minum ke air tasik ni?? erkk... banyak e-coli! hahaa
Tadaaa! Ni pemandangan Dayang yang membunting tadi! |
Diingatkan bahawa kedalaman air tasik adalah lebih kurang 30 kaki rasanya. Oleh itu, kalau tak pandai berenang, pakai lah jaket keselamatan sebab di sini tiada safeguard. Tak pon boleh berenang jer dalam kolam nih!
Layan kayak jap!
Perghhhh2.. Memang terbaikk r berkayak kat tengah tasik ni sambil layan view gunung ganang! Cantikkk!
Lepas penat berkayak, lepak2 makan roti tepi platform sambil celup2 kaki kat tasik!
Dah2 jom balik!
Pada aku, sangat berbaloi pergi island hopping ni..harga pun tak mahal dan kecantikan Langkawi bertambah mengkagumkan bila melihat gugusan pulau-pulaunya.
Balik dari Island Hoping, lepak jap kat pantai chenang.
Pantai Chenang ni kira yang paling femes la kat Langkawi ni. Kedudukannya yang berhampiran chalet, resort dan hotel terkemuka telah menjadikannya sentiasa dipenuhi dengan pengunjung. Pantainya yang panjang dan landai menjadi pusat pelbagai aktiviti riadah yang berasaskan air.
Ingat nak cari pakej pulau payar kat sini! Tapi cam tak banyak jer... Pastu g usha kat kedai-kedai tepi jalan tu la.. Lagi meriah!
Esok sambung jalan-jalan lagi! Nak pergi Pulau Payar pulak! Yuhuuuuu....
taa zabaarrrrnyerr!!!
Previous entry :
cantiknyaa langkawi :D
ReplyDeleteaktiviti island hoping sesuai bawa org tua tak?
ReplyDeleteboleh je.. sesuai
Deletetumpang tanya,pakej island hopping tu book kt mn? ade contact x? tqvm
ReplyDeletetumpang tanya,pakej island hopping tu book kt mn? ade contact x? tqvm
ReplyDelete