Larian Great Eastern Live Great Run 2015



Assalamualaikum



Dataran Merdeka, Kuala Lumpur 

7 pagi, 24 Mei 2015



Tahun ni terdapat 2 kategori 5km Colour My Heart Run dan Live Great Run 12km. Bilangan peserta tahun ini amatlah ramai, dianggarkan lebih 16,000 menyertai bagi semua kategori.


Entry Fee:

Early Bird, Before 31st March 2015

12km - RM55
5km - RM45

Normal

12km - RM65
5km - RM55


Kitaorang sampai pon dah lambat sebab kes mencari parking. Pastu mencari mana group yang 12km punya. Kitaorang sesat masuk dalam group 5km. Sempat lagi rileks2, selfie. Padahal group 12km dah start flag off dah pukul 7am. Aku tengok jam dah pukul 7.12am! Perghhhh.... apa lagi berlari macam lipas kudung la... hahaaa... tak de nak warming up ke hape ke... Dah la ni first time aku masuk 12km ni... mampu ke idok aku nak lari ni??.. main redah jer! kah3..


Laluan 12km adalah melalui bukit Tunku. Terdapat 3 Water Station disediakan sepanjang laluan 12km.

Pancit siottt!
Dah sampai tengah2 ni baru la jumpa ramai2... Ni memang dah ketinggalan jauh dah ni! hahaa

Fuhhhh... mencanak- canak bukit dia! Sempottt mak nak! Memang penat giler time naik bukit. Tapi bila turun bukit baru la boleh laju sikit.. Tu pun lari-lari anak jer yang mampu! koh koh koh
 

Untuk kategori 5km, terdapat 5 stesen fun berwarna disediakan. Laluan 12km dan 5 bertemu di sekitar selepas km10.

#followmeto finish line!
Live great!
dah macam zombie jer! hahaaa

With Mr Exclusive!

Mini reunion geng Kinabalu! Kat sini gak leh jumpe! hahaa

5km versus 12km
Berjaya jugak tamatkan larian 12km nih walaupun kaki rase nak cramp!

 Medal tahun ni katenyer so-so je. Tapi kira oklah kan. 


Prestasi aku? Menamatkan larian dalam masa 2:07:28. Kira ok la tu walaupun dah lewat 12 minit gak.. Penangannya, sakit kaki terok seminggu! hahaaa... In a nutshell, next time boleh la nak beat record ni kot! hehee









Comments

Popular posts from this blog

Sunset di Bukit Batu Putih, PD

Hiking Gunung Datuk!

Singapore Day Trip bersama Percutian Jimat Saya