2015 Royal Floria, Putrajaya
Assalamualaikum.....
Edisi ke-8 Floria Putrajaya kini kembali!
Untuk edisi kali ni, Floria Putrajaya dikenali sebagai 2015 ROYAL FLORIA PUTRAJAYA.
Festival bunga dan taman ni telah berlangsung dari 30 Mei hingga 7 Jun 2015. Festival ini diadakan di tapak kekalnya iaitu di Anjung Floria, Presint 4, Putrajaya.
Harga tiket masuk adalah seperti berikut:
* Dewasa (13 tahun dan ke atas) --> RM5.00
* Kanak-kanak (7 - 12 tahun) --> RM1.00
* Kanak-kanak (6 tahun dan ke bawah) --> Percuma
Jom layan melihat keindahan bunga dan taman di festival ni!
Festival bunga-bungaan terulung negara ni telah dianugerahkan dengan gelaran Diraja oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong pada penganjuran FLORIA 2014.
FLORIA Diraja Putrajaya 2015 kini diuruskan sepenuhnya oleh Putrajaya Floria Sdn Bhd (PFSB) anak syarikat milik penuh Perbadanan Putrajaya, berhasrat untuk sekali lagi melakar kalendar acara gemilang negara dengan memilih bunga Lily (Lilium) sebagai bunga tema dan Alunan Pancarona (Tapestry Of Hues) sebagai tema acara.
Bawak mak jalan-jalan! |
My little garden! |
Beratur panjang nak masuk rumah ais! |
Untuk masuk ke Winter and Spring Garden, bayaran masuk ke taman ni adalah RM3.00.
Setiap sesi boleh masuk sekitar 50 orang selama 20 minit. Sesi pertama, akan masuk iglu musim sejuk menyaksikan multimedia dokumentari dan simulasi berkaitan musim sejuk di Eropah.
Memang sejuk kat dalam ni kemudian tiba-tiba ada pulak hujan salji turun menambahkan mood musim sejuk sebenar.
Audio dalam tu awesome!
Ingat ke boleh la main2 salji kat dalam tu. Rupanya tengok tayangan jer... Dapat bergambar pon sekejap jer kat sini...
Mak excited! hahaa |
Dah abis menyaksikan persembahan musim sejuk, pergi ke taman musim Bunga pulak sambil menyaksikan persembahan multimedia dan simulasi musim bunga.
Penyertaan hiasan peserta antarabangsa pada tahun ni melebihi 50 orang yang terdiri daripada pereka bunga dan arkitek landskap seperti dari Australia, Kemboja, Kanada, China, Hong Kong, India, Itali, Jepun, Oman, Singapura, Korea Selatan dan New Zealand.
Pameran hiasan bunga-bungaan. Semuanya cantik belaka.
Lautan ‘ pin-wheel ‘
Seni khat kufi |
Taman Diraja Negeri Sembilan
Cat Pavilion agak kecil, so crowded sikit.
Rasa macam orang ramai lagi excited tengok kucing2 ni dari tengok bunga2! hahaaa ;p
Boleh main lagi dengan anak-anak kucing kat sini. Kemain comel neko2 ni semua!
Rasa macam nak rembat jer kucing ni bawak balik! Comel gila! hahaaaa... |
Cuteness overload! |
Kesian kucing ni buta! |
Keterujaan melanda! |
#followmeto |
In a nutshell, jumpa lagi Floria tahun depan!
Adios!
cantiknya bunga2 tu... nak g jugak lah! :)
ReplyDeletesalam. hee meriahnye uools ;p
ReplyDelete