Tips to HK, Macau & Shenzen


Assalamualaikum....


Ni aku nak bagi tips sikit kalau korang berhajat mau ke Hong Kong, Macau & Shenzen.


Hong Kong ni terdiri daripada 4 bahagian utama iaitu Hong Kong Island, Kowloon, Lantau Island dan New Territories. Hong Kong International Airport (HKIA) terletak di Lantau Island (boleh rujuk peta diatas). 

Bahagian utama Hong Kong yang paling meriah dan menjadi tumpuan utama pelancong adalah Kowloon dan Hong Kong Island.

Dokumen masuk ke Hong Kong & Macau

Korang akan diberi kertas kecik tanda korang dah masuk kat HK. Jangan sesekali hilangkan. Dorang tak de cop pon dekat passport. Sama jugak masa masuk ke Macau. Last-last passport aku kosong je tanpa cop sampailah aku masuk ke China baru dicop. hahaa

 Penginapan

Amat sukar untuk mencari penginapan yang murah di Hong Kong dan jikalau adapun bilik sebesar tandas di rumah kita...ahaha...cuba korang bayangkan. Ini kerana harga tanah yang sangat mahal. Sebab apa mahal? Kerana bentuk muka buminya. Kawasan tanah yang terhad dan pada yang sama terdapat penduduk yang padat di muka bumi. 

Kedudukan bangunan dan shopping kompleks yang rapat-rapat dan jalan raya yang sempit. Kebanyakan rumah adalah rumat flat, apartment dan kondo.


Tempat penginapan paling senang nak cari dekat2 Kowloon. Berdekatan Mongkok.



Octopus Card

Octopus Card adalah pengganti cash money ketika membayar tambang menaiki pengangkutan awam di Hong Kong. Fungsi Octopus card adalah seperti Touch n Go di Malaysia dan yang seronoknya card ini boleh juga digunakan untuk membeli barang di kedai 7 eleven. 

Kalau naik bas dan tiada wang kecil, jadi boleh gunakan Octopus card. Kad ini bukan hanya terhad kepada bas sahaja tetapi boleh digunakan untuk bayar tambang jika naik MTR, Star ferry, Tram, Mini Van dan boleh dikatakan semua pengangkutan boleh guna kad ni.

Boleh beli di kaunter MTR di Airport terminal dan harga card ialah HKD150. Dari HKD150 tu, kita akan dapat HKD100 credit. Baki HKD50 tu diambil sebagai deposit. Apabila nak pulang ke Malaysia nanti boleh pulang kan kad tu kat mana-mana kaunter tiket MTR, mereka akan pulangkan balik deposit kita HKD43 dan lagi HKD7 akan digunakan sebagai caj pengurusan. 

Baki yang belum habis digunakan dalam kad akan dipulangkan balik bersama-sama dengan duit deposit. Kalau nak top-pup atau tambah nilai Octopus card boleh buat di mana-mana kaunter tiket MTR dan jugak 7 eleven. Satu card hanya boleh di gunakan oleh seorang sahaja.



Lokasi

Macau Special Administrative Region' (MSAR) adalah salah satu daripada daerah negara China. Ia terletak di kawasan pantai tenggara China, di sebelah permatang barat 'Pearl River Delta'. Bersempadan dengan daerah Guangdong, ia terletak 60km dari Hong Kong dan 145km dari kota Guangzhou. 

Hong Kong dan Macau adalah merupakan SAR countries dan dua buah negara ini adalah sebahagian daripada Negara China tetapi mereka mempunyai hak untuk mentadbir negara masing-masing. Pihak kerajaan Hong Kong dan Macau tidak mewajibkan pelancong dari Malaysia mempunyai VISA untuk masuk ke sana kecuali Beijing. Ini bermakna kepada rakyat Malaysia yang ingin melancong ke Hong Kong dan Macau..VISA tidak diperlukan.

Bahasa

Bahasa Cina dan Portugis adalah bahasa rasmi di Macau, di mana bahasa Kantonis merupakan bahasa yang paling kerap digunakan. Kedua-dua bahasa ini digunakan di dalam semua dokumen rasmi & komunikasi jabatan kerajaan. Bahasa Inggeris pula secara amnya digunakan untuk perhubungan di dalam industri pelancongan dan perdagangan. 


Mata Wang

Pataca (MOP$) dibahagikan kepada 100 avos dan ia adalah mata wang rasmi Macau. Ia mempunyai wang kertas dan syiling terbahagi seperti berikut:

Syling: 10, 20 dan 50 avos; 1, 2, dan 5 Pataca.

Wang kertas:10,20,50,100, 500 dan 1000 Pataca.

Oleh itu mata wang antara China Mainland, Hong Kong dan Macau adalah berbeza dimana China Mainland guna Renminbi (RMB), Hong Kong guna HK Dollars (HKD) dan Macau menggunakan currency Pataca. Mata wang Pataca hanya boleh digunakan di Macau sahaja dan tak boleh digunakan di Hong Kong akan tetapi mata wang HKD boleh di gunakan di Macau. 


Yeayyy.. Poskad suma dah selamat sampai kat rumah! Teruja pulak! Rasa terharu pon ada tulis ucapan untuk diri sendiri! hahaaaa...


Budget for Hong Kong, Macau & Shenzen Trip (4-10 September 2015)


Trip ni tak de nak bajet sangat coz kota Hong Kong & Macau memang segalanya mahal. Sebotol air mineral 100ml pon mau mencecah RM6-RM8. hahaaa...


In a nutshell, banyak benda yang aku belajar dari trip ni. Memang banyak tempat yang kitaorang explore, redah & sesat. Jalan kaki dari siang ke malam. Rasa nak tercabut kaki! MTR di HK & Shenzen sangat efisien. Macau ada banyak shuttle bas yang free. Kat sini dorang pakai plug sama jer macam kat Malaysia. Jejaka kat HK ramai yang stylo & kacak2! hahaaa... Sneakers dorang pon sangat style & bergaya! Paling best, kat sini tak de pulak aku nampak VAPE?!


THE END!

Comments

  1. Rindu HK and Macau. Even baru jejak Jan 2015. Nanie pun rasa sistem pengangkutan dorg mmg efficient.

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

Jumaat Di Kota Mekah

Bukit Marak, Kelantan

Pantai Perpat, Johor

BAHASA HIKERS