Gunung Baling, Kedah


Assalamualaikum....


Ade ape ye kat Baling ni? Biasa dengar nama Baling dikaitkan dengan rundingan Baling diantara Tunku Abdul Rahman dengan Komunis terkenal, Chin Peng. Rupanya kat sini ade gunung Baling yang dikatakan mempunyai view yang sangat ohsem!

Dari campsite air terjun Lata Bayu, kitaorang gerak ke kaki gunung baling before subuh. Konon nak tengok sunrise kat puncak! Last2 sunrise kemana apa kemana. hahaa.. Start mendaki lepas subuh jugak.


Tadaaaaaa!.... dapat tengok view lautan awan yang sangat cantik! Nak menangis tengok view lawa macam ni. Sama jugak nak menangis, layan trek baling yang agak kejam jugak! hahaa.... 

Trek dia amat-amatlah licin! Aku naik setapak, menggelongsor turun seploh tapak! Sumpah rasa nak give up! Jatuh tergolek, tergelincir tu perkara biasa. hahaa... Kasut aku memang fail lah untuk trek macam nih!... rasa macam nak baling jer! licin giler!


Pemandangan kabus & awan sebaik sahaja fajar menyinsing! Priceless!


Geng adik-beradik!
Si gadis Ayu!

Walaupun ramai yang cakap ketinggian gunung baling standard aras ketinggian bukit dimana masa pendakian untuk naik dan turun dalam masa 3 jam, tapi kecerunan dan trek yang terpaksa dilalui agak mencabar, curam, agak berbatu dan licin sekiranya selepas hujan. Sangat menguji fizikal dan mental korang.


Gunung Baling termasuk dalam kategori gunung limestone outcrops. Gunung Baling terdiri daripada batuan batu kapur. Dengan bahasa lebih mudahnya ia ibarat sebuah batu besar yang memanjang dan ditumbuhi hutan sederhana di kaki gunung dan hutan renek yang ditumbuhi lalang dan buluh di puncak.  


 Gunung Baling memang kaya dengan kepelbagaian geologi. Bukan sahaja batu kapur, korang mungkin boleh menemui batuan-batuan kristal. Macam ala-ala kat bukit tabur. Ketinggiannya lebih kurang 420 meter.

#duohikers
Memang kotoq bak ang baju, seluaq suma demi nak sampai ke puncak! Ni lagi satu trek penyesalan dalam list aku lah! hahaa.. Turun gunung nanti jenoh la nak menyental! 



Pemandangan di atas gunung baling turut dikenali sebagai Rock Garden. Dekat sini korang akan melihat pelbagai bentuk batu dikelilingi pokok-pokok renek dan serai. Satu pemandangan landskap yang cukup berbaloi untuk dilihat bila sampai di atas puncak.

Ajet-ajet cool, padahal ketaq lutut, gayat woi! ;p
Three Musketeers!
Sahabat hiking selamanya

P.s, I love you to the moon & back, to infinity & beyond, forever & ever! fuhhh.....

Cubaan gagal untuk mencuit puncak! hahaaa


“It’s always further than it looks. It’s always taller than it looks. And it’s always harder than it looks.” (the three rules of mountaineering)





Terima kasih kasut coz menyebabkan gua tertonggeng banyak kali! Kau amat berjasa! koh koh koh


“It’s not the mountain we conquer, but ourselves.” (Sir Edmund Hillary)


Gunung Baling checked!


Touch the Peak!

Cubaan membuat lukisan graffiti gagal! Tangan menggigil sebab gayat! lulz

In a Nutshell was here!
Nadz was here!
I wish Qiem Hyun Jung was here too! ;p

Pemandangan indah dari puncak Gunung Pulai & Baling!







Masa nak turun, memang main gelongsor je lah atas trek yang licin tu! Nasib seluar tak rabak! hahaa...


Selamat tinggal pekan Baling. Terasa nak baling semua baju, seluar yang kotor! hahaaa... tapi aku baling glove je lah... Adehhhh, memang pewai terok! Sakit otot! Tapi walaupun esoknye Selangor cuti menang piala Malaysia, tapi aku tetap kene masuk kerja! Ahhh kejam! T__T

 In a nutshell, walaupun pendakian kedua-dua gunung Pulai & Baling ni sangat mencabar mental & fizikal, tapi sangat berbaloi dengan pengalaman dan pemandangan yang ditawarkan.



Comments

  1. cantik view dengan kabusnya..

    Hi ! saja tinggal jejak dan follow sini...

    ReplyDelete
  2. nak hiking gunung baling ni perlu guide?

    ReplyDelete
  3. Kalau kenal org kt sni, bleh naik gtu ja...klau dia pernah naik la...sy org Baling...skrang ni tengah trending sal gunung ni..so pastikan jngan dtang time cuti umum atau panjang ar...t bersesak lak...sehari dua ni mmmg ramai Ar naik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm mna nk cari guide eh? Saya dn kwn2 perlukn guide utk hiking gunung baling

      Delete
  4. kena pakai permit dengan guide x puan ke sini

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Sunset di Bukit Batu Putih, PD

Singapore Day Trip bersama Percutian Jimat Saya

Hiking Gunung Datuk!