Gunung Bromo Pt-2



Assalamualaikum


2 April 2016, Sabtu, 2.00 am


 Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya mengambil masa kira-kira 2 jam. Dari lapangan terbang untuk ke kaki Gunung Bromo pula mengambil masa kira-kira 5-6 jam. Kami sampai sahaja di Surabaya lebih kurang pukul 11 malam selepas penerbangan ditangguhkan beberapa kali. Waktu di Surabaya adalah lewat sejam dari Malaysia.

Sampai sahaja di Surabaya, kami telah dijemput oleh supir dengan menaiki kereta MPV terus menuju ke Bromo. Aku telah book dengan Trip Javanesia untuk perjalanan ke Surabaya & Jogjakarta. Nampaknya memang kami hanya sempat melelapkan mata dalam kereta sahaja.


Perjalanan aku untuk menjelajah kepulauan Jawa kali ni telah ditemani oleh 3 orang sahabat baik aku iaitu Mustakim, Azelenda & Zuliana. Mereka nampaknya cuba untuk follow itienary aku yang padat dengan adventure walaupun aku kene kecam berkali-kali!  Sorry guys! Travel dengan aku, korang kene hadap la aktiviti lasak dan panjat gunung semua! Hahaaa….

 Tiket kami telah book awal dengan harga RM157.42 untuk pergi dan balik. Memang masa tu tiket AirAsia tengah sale. Apalagi terus grab jelah memandangkan aku memang dah lama teringin nak pergi ke Kawasan Gunung Berapi & tengok sendiri keindahan Bumi Bromo.


Perjalanan untuk menuju ke Bromo ternyata terasa begitu jauh sekali dengan menghadapi kepekatan malam yang sunyi melalui pekan Surabaya dan masuk ke kawasan pergunungan tanah tinggi. Sampai di kawasan perkampungan atas gunung, kami berehat seketika di rumah pak supir untuk bertukar kenderaan dari MPV ke Jeep. Untuk ke kaki gunung Bromo, kami perlu menaiki Jeep. Ketika tu jam baru je menunjukkan pukul 4 pagi. Dengan cuaca yang begitu dingin, kami semua hampir menggigil kesejukan dan memakai baju berlapis-lapis untuk memanaskan badan.


Walaupun mengantuk, kami memulakan perjalanan yang sungguh berliku untuk ke kaki Gunung Bromo. Dengan kenderaan biasa, tak mungkin boleh sampai ke sini disebabkan jalannya yang berbukit bukau, berpasir, berbatu, berlopak & tanah yang tidak rata di kawasan gunung berapi. 

Duduk dalam Jeep pon dah seperti di dalam roller coaster yang bergoyang & bergoncang. Ni baru betul-betul 4x4 offroad! Hahaa... Rasanya trip ni memang tidak sesuai bagi mereka yang baru berkahwin dan nak berhoneymoon. Risau jatuh pula peranakan bila terhentak dalam Jeep! Hahaa



Jeep yang digunakan walaupun jenis Jeep lama, tetapi masih kekal utuh & memang betul-betul tahan lasak. Memang old skool punya Jeep dari zaman tahun 70 an. Hampir 3 jam juga bergoyang dalam Jeep, akhirnya kami tiba di pintu masuk Cemoro Lawang Bromo Taman Tengger National Park. 



Kami berhenti seketika di Bukit Cinta untuk melihat panorama matahari terbit yang begitu mempesonakan. Suhu & angin kencang dari atas gunung pagi tu memang sangat sejuk sehingga tangan aku menggeletar & menggigil kesejukan untuk mengambil gambar. 



Ramai orang kat atas bukit nih! Siap ada wedding photoshoot lagi dengan view sunrise! Terbaek2!


Keindahan Bumi Bromo memang begitu asyik dengan pemandangan lautan awan putih yang luas terbentang dan kepulan asap yang keluar dari kawah Gunung Berapi Bromo dan Semeru! Terasa seperti berada dalam khayalan! Memang begitu cantik dan memukau panorama alam semulajadi di sini.



 Selepas tu, kami bergegas untuk solat subuh di surau kecil disitu & seterusnya bergerak menaiki jeep ke Gunung Penanjakan 1 untuk melihat dengan lebih jelas pemandangan Bromo.





Gaya, mutu, keunggulan! lol :p



Belakang aku sebelah kanan tu sayup-sayup kelihatan Gunung Arjuno!


Heaven on Earth!


Ternyata pemandangan dari Penanjakan 1 ni lagi terbaik! Tapi view kabus dan lautan awan dah semakin menghilang kerana sudah terasa haba dan cahaya matahari sudah naik. 



Bromo nama yang begitu unik sekali. Nama Bromo berasal dari bahasa Sanskrit ataupun Bahasa Jawa, Brahma iaitu salah satu Dewa bagi masyarakat Hindu. 


Semeru kan ku seru namamu!


“Love, my territory of kisses and volcanoes.”



Kitaorang menghabiskan sedikit masa kat sini untuk bergambar sakan! Sempat juga membeli souvenier berupa poskad & Fridge Magnet sebagai kenang-kenangan.


Sama kan view poskad & belakang tuh! Cuma asap yang keluar dari Gunung Bromo agak tebal!


Gigih cari sudut terbaik ni semata nak cantumkan view poskad & view belakang tuh! Ketar tangan weyh sejuk! hahaaa




Seterusnya, kami turun dari Penajakan 1 untuk menuju ke Kawah Gunung Berapi Bromo. Untuk ke kawah gunung berapi ni, korang boleh samada untuk berjalan kaki atau menaiki kuda. Nak menapak jalan kaki, agak jauh jugak kene berjalan. So kami memilih untuk menaiki kuda. 

Harga untuk naik kuda lebih kurang 150,000 rupiah. Untuk pengetahuan korang, kuda yang ada kat sini semua adalah kuda jantan.



Fuhhh…. disebabkan aku seorang yang gayat terokk, kuda tu macam mengamuk pulak! Dia meragam sampai aku terjatuh dari atas kuda tuh! Perghhhh…. nasib baik jatuh atas pasir tak sakit sangat & nasib tak kena pijak je dengan kuda tu! Hahaaa…. Trauma pulak aku!

 Aku syak kuda tu kurang kasih sayang dari tuan dia nih! Serius aku rasa macam tak stabil je bila duduk atas kuda tu. Tah kenapa aku gayat semacam! Aku jeles dengan orang-orang yang boleh naik kuda dengan laju! Kagum tengok dorang naik kuda dah macam gaya pahlawan berkuda jer dengan tanjak masing-masing! Giler hebat!


Perjalanan sambil menunggang kuda ni aku rasa macam jauh giler! Aku nak keluarkan kamera pon tak berani coz tangan tengah pegang tali kat kuda ni. Baru ingat nak selfie sepukul sambil menunggang kuda! Sebab naik kuda ni bergoyang-goyang, cuak pulak aku takut terjatuh lagi sekali! Badan aku kene ikut hayunan kuda supaya lebih stabil. Rasa macam serik je naik kuda ni dan tetiba pulak timbul rasa penyesalan! Hahaa… Tapi kalau berjalan kaki memang penat dia berganda sebab kawasan padang pasirnya luas dan jauh. Kuda aku tu memang meragam lain macam!. 


Tengah-tengah jalan, diaorang suruh aku tukar naik kuda lain. Kuda kali ni ok skit lah. Aku belai-belai dulu sebelum naik. Kasi kasih sayang skit! Hahaa… Aku sempat la keluarkan kamera & rakam video masa kuda ni naik bukit! Memang pengalaman yang tak dapat dilupakan naik kuda kat kawasan Gunung Berapi! Hehee…




Masa aku pergi ni, Bromo baru je reda dari letusan. Kiranya Taman Negara Bromo Tengger Semeru ni baru sahaja dibuka kembali setelah ditutup selama beberapa bulan akibat letusan yang kuat disertai dengan larva yang melimpah! Nasib baik jugaklah Gunung Bromo dah kembali tenang dan selamat untuk didaki. Masa ni memang ramai lah pelancong yang berpusu-pusu datang lepas dia dah bukak balik Taman Negara Bromo Tengger nih! 


Gunung Bromo menjadi tumpuan pelacong dalam dan luar negara kerana statusnya sebagai gunung berapi yang masih aktif. Bromo berketinggian 2,329 meter di atas permukaan laut itu berada dalam empat wilayah, iaitu Kabupaten Probolinggo, Pasuruan, Lumajang, dan Kabupaten Malang. Bagi penduduk Bromo, suku Tengger, Gunung Bromo dipercayai sebagai gunung suci. 


Belakang aku tu namanya Gunung Batok. Cantik giler gunung ni sebabnya struktur dia kelihatan seperti pasir-pasir yang berlekuk! Sangat unik! Aku pernah terbaca satu blog ni dia mendaki Gunung Batok ni! Ada trek untuk ke puncak! Macam menarik jer!......

 Maybe next time kalau datang sini lagi, aku nak naik Gunung Batok ni & nak tengok view Bromo dari Penanjakan 2 pulak! Penanjakan 2 katanya laluan dia lagi rare & view yang lebih ohsem & mengancam. Cuma jalan dia lebih jauh dan berliku. Hahaaa…




Lepas turun dari kuda, kami perlu mendaki lebih kurang 260 anak tangga untuk sampai ke kawah gunung berapi Bromo. Lebih kurang macam naik tangga batu caves la. Tapi mengah jugak lah dengan cuaca sejuk. Hahaaa… Kalau tak larat, boleh la berenti berehat-rehat dulu, ambik nafas sambil tengok pemandangan sekeliling lautan pasir hitam yang luas terbentang.





Bila dah sampai kat atas puncak tuh, fuhhhh memang ramai giler orang! Biase lah tu bila reality vs expectation! Hahaaa…. Tapi masa kami sampai atas tu kira macam dah lewat dah. Orang ramai dah start turun. Bagus jugak! Lama-kelamaan tinggal kitaorang berempat jer kat atas tuh! Rasa macam seram lah pulak dengan kawah gunung berapi yang tengah meletus-letus keluarkan asap! 







In a Nutshell was here! yuhuuuu :)



Nadz was here!











Terasa begitu kagum, teruja & tetiba rasa insaf pulak tengok kawah tu depan mata! Rasa gerun pon ade jugak bila dengar bunyi letusan bagaikan bom yang meledak & mula terbayang kalaulah terjatuh dalam tuh memang masak lah! Fuhhh… memang pengalaman yang sukar digambarkan dengan kata-kata! Korang kene datang, tengok & rasai sendiri bila berdiri kat pinggir kawah gunung berapi ni! Memang terbaikkkk bak ang!


My dream come true! Bromo checked! 100 things to do before I die!


"Basically, dating is like climbing a volcano and you never know when it's going to erupt, dumping molten lava and burning you"


I've sat looking down into a volcano that could blow at any moment, If your heart is a volcano, how shall you expect flowers to bloom?


Ketaq lutut weyh berdiri kat pinggir nih! hahaa



Setelah puas bergambar di kawah, kami turun semula & menaiki kuda lagi sekali untuk berpatah balik ke Jeep kami. Masa balik aku dah rasa ok sikit bila naik kuda tu. 








Seterusnya kami ke Pasir Berbisik!......


Comments

  1. entri yang padat dengan gambar.. memang belanja gambar betul ni. btw, akan ku tawan kat sana jugak

    ReplyDelete
  2. Seronok betul. Memang teringin nak tengok gunung berapi. Gambar-gambar banyak yang menarik!

    ReplyDelete
  3. Hi...boleh dptkan contact details supir tu x? Thank you.

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

Jumaat Di Kota Mekah

Bukit Marak, Kelantan

Pantai Perpat, Johor

BAHASA HIKERS