Trip Trans Java Pt-1


Assalamualaikum.....


1 April 2016, Jumaat, 3.00 pm



Trip Trans Java aku datang! yuhuuu.... Trip ni dah lama aku plan masa beli tiket promo Air Asia ke Surabaya sejak tahun lepas. Aku pergi trip ni sehari selepas aku berenti kerja. Tu la dok kalut-kalut last day nak kene kemas meja kat ofis! 

Pergi enjoy dulu berjimba, libur-liburan seminggu sebelum aku kene kerah training selama 2 bulan dalam Akademi untuk kerja baru! Fuhhh.... ni nak kene flashback, throwback balik story hampir 3 bulan lepas. hahaa....

Sebab tu la blog dah lama tak update. Rasa macam dah bersawang kot dalam nih!... Sorry ye fans2 Nutshell yang dah lama tunggu entry travelog trans java nih! hahaa


Kitaorang bergerak dari rumah lebih kurang pukul 3.00 petang ke Putrajaya Sentral untuk parking kereta kat sini. Tapi malangnya tah kenapa hari tu, parking kat bawah bumbung dia tutup. Jenuh dok pusing-pusing kat situ nak dekat sejam jugak. Banyak dah buang masa cari parking! Last-last parking kat open space jer. Kalau parking kat sini memang murah & jimat berbanding parking kereta di KLIA tuh.



Dari Putrajaya Sentral tu, kami naik KLIA express untuk ke KLIA 2. Tambang sehala RM9.40. Perjalanan lebih kurang 15 minit. Tapi dalam hati semua dah gelisah takut tertinggal flight sebabnya kitaorang dah lewat. Cari parking tadi lama sangat! Flight pukul 7.00 pm & belum check-in lagi disebabkan tak sempat nak buat on line check-in semalam. Jam nak pukul 5.30 dah semua semakin cuak! Before pukul 6.00 sepatutnya dah kene standy kat departure hall! Aihhh....

Dalam train dah kelam kabut nak try check-in online tak boleh.. Dah try call operator tak berangkat pulak! Waduhhhh.... gi mana ni sih! Kang tertinggal flight memang punah la trip aku nih! hahaa..


Cuba buat muka tenang dalam train! Selfie dulu! hahaaa... Si Musz muka dah gelabah! ;p


Sampai2 je kat KLIA2, ape lagi, masing-masing dok marathon nak ke departure hall! Lari punya Lari tak hengat dah macam masuk Amazing Race! Punyalah jauh gler tempat nak check-in dia dengan bawak backpack berat! hahaaa... Memang lenjun habis, baju basah dengan peluh kaw-kaw! Kalut betul!


Sampai-sampai jer kat kaunter kiosk, dengan termengah-mengah tak cukup nafas nak check-in! Lepas tu tetiba handphone aku dapat mesej........... flight delay! Cisssss jilake! Buat penat jer lari bagai nak gila! Kalau tau delay tak de la terkejar-kejar takut tertinggal flight! hahaaa


Bagi menenangkan hati yang tengah panas flight delay, dengan baju basah & peluh menitik-nitik, kitaorang pergi isi dulu perut yang tengah berkeroncong!



Dalam pukul 11.00pm lebih kitaorang selamat sampai di kota Surabaya! Fuhhhh... Kesian pak supir lama tunggu kitaorang coz flight delay. Maafin ya Pak Ekin! 

Trip trans Java aku & the geng ni dibawakan khas oleh Team Trip Javanesia. Promote baekk punye nih! Mohon Mas Fajar & Mas Jitho belanje free trip round Jogjakarta plis! hahaaa


Kalau nak tengok pasal trip ni boleh usha kat sini :








To be continue...........





Comments

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

Jumaat Di Kota Mekah

Bukit Marak, Kelantan

Pantai Perpat, Johor

BAHASA HIKERS