Candi Prambanan - Pt 6





Assalamualaikum



4 April 2016, 10.00 am




Lepas je tour dari Gunung Merapi tadi, kami meneruskan perjalanan untuk ke Candi Prambanan. Ia terletak di pulau Jawa, lebih kurang 20 kilometer di timur Jogyakarta, 40 kilometer di barat Surakarta dan 120 kilometer di selatan Semarang, di sempadan antara Jawa Tengah dan Daerah Istimewa Jogyakarta.


Candi Prambanan dikenali juga sebagai Candi Rara Jonggrang. Candi Rara Jonggrang atau Lara Jonggrang yang terletak di desa Prambanan ialah kompleks candi Hindu yang terbesar bukan sahaja di Indonesia, tetapi juga di Asia Tenggara. 




CANDI PRAMBANAN ni dikatakan sebagai Candi Hindu Tercantik di Dunia!

#followmeto

Candi Prambanan adalah bangunan dengan rekaan yang unik dan cantik yang dibangun di abad ke-10 pada masa pemerintahan dua raja, Rakai Pikatan dan Rakai Balitung. Menjulang setinggi 47 meter (5 meter lebih tinggi dari Candi Borobudur), berdirinya candi ini telah memenuhi keinginan pembuatnya, menunjukkan kejayaan Hindu di tanah Jawa. 


Ada sebuah legenda yang selalu diceritakan masyarakat Jawa tentang candi ini. Alkisahnya, seorang lelaki bernama Bandung Bondowoso sangat mencintai seorang gadis, Puteri Roro Jonggrang. 

Tetapi Puteri Roro Jonggrang membenci Bandung sebab Bandung telah membunuh ayah Roro Jonggrang dan menakluk negeri tersebut. Bandung(raja kawasan tersebut sewaktu itu) telah memaksa Jonggrang berkahwin dengannya. Oleh sebab itu, Jonggrang telah memberikan syarat (ala-ala puteri Gunung Ledang gitu) kepada Bandung untuk membina 1000 Candi dalam masa 1 malam.

Namun, ternyata Bandung memiliki ilmu sihir. Dia memanggil jin-jin untuk menolongnya membina 1000 Candi. Masa hampir siap bilangan ke 999 arca yang dibina Bondosowo, Jonggrang tak puas hati, lalu memerintahkan penduduk kampungnya tumbuk padi seolah-olah hari  dah siang la. Maka berkokok la ayam-ayam jantan sekalian kampung, ingatkan suasana dah pagi/siang. Dengan harapan Bandung gagal menyiapkannya.

 Semua jin yang menolong Bandung lari kembali ke tempat asal, dan meninggalkan Candi ke-1000 terbengkalai (dinamakan sebagai Candi Sewu). Kecewalah si Bandung Bondowoso kerana tak sempat menyiapkan 1000 arca dalam satu malam! Bandung rasa tertipu lalu menyumpah Jonggrang untuk menjadi patung dan candi terakhir di Candi Prambanan.


Candi Prambanan ni memiliki 3 candi utama, iaitu Candi Wisnu, Brahma, dan Siwa. Ketiga-tiga candi tersebut adalah lambang Trimurti dalam kepercayaan Hindu dan menghadap ke timur. 


Secara peribadi, struktur binaan dan sejarah Candi Prambanan ni memang hebat. Kalau diperhatikan, candi-candi ni menjulang ke angkasa dengan bumbung yang mencerun. Terdapat ukiran disetiap dinding, begitu halus dan teliti, sehingga dikatakan, ahli sains boleh mengenal pasti genus burung-burung yang terukir. 

Tidak diketahui sama ada bandung mampu membuat semua ni bersama jinnya dalam masa 1 malam. Cerita pasal Ramayana pun ada dalam ni. Secara logik akalnya, mustahil dorang boleh ukir batu-batu ni dalam masa satu hari! Kata pon mitos kan! 








Selain candi Borobudur, candi Prambanan juga termasuk sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO, sebagai salah satu candi termegah di Asia Tenggara.




Nutshell fans detected! :p

Masa kami datang ni memang tengah panas terik bak ang! Tips nak datang sini, korang bawak la payung ke, topi ke untuk berlindung dari mentari. Don't forget your shades untuk tampak lebih bergaya! hahaaaa.... :p Korang memang berpeluh la naik tangga & nak berjalan dalam nih! Kawasan dia sangat luas! Bawak air mineral secukupnya!


Nadz takes Indonesia!



Jahanam gopro gua dapat kat depa nih! hahaaaa.... Full terus memori dok selpiaq sakan noh! ;p



Kat sini korang boleh la melihat sejarah perkembangan agama hindu di Jawa Tengah pada masa lampau sebelum ketibaan Wali Songo yang mengembangkan Agama Islam di Kepulauan Jawa.















Pada 27 Mei 2006, gempa bumi dengan kekuatan 5.9 pada skala Richter melanda daerah Bantul dan sekitarnya. Gempa bumi ini mengakibatkan banyak kematian penduduk serta kerosakan yang teruk pada banyak bangunan di sini, termasuk kompleks Candi Prambanan, khususnya Candi Brahma.



Sisa tinggalan sebahagian besar struktur candi ni yang telah musnah.




Kerja rehabilitasi giat dijalankan bagi memulihkan semula struktur candi setelah berlaku gempa bumi.


Pintu masuk dengan pintu keluar tak sama kat sini. Barangkali dorang tak nak sesak, dan juga nak bagi peluang peniaga jual hasil mereka.

Kat luar ni ade banyak orang jual-jual cenderahati. Kami tak beli apa-apa pon, just lalu & tengok tengok je.  Peniaga kat sini tak ekstrem dgn pelancong sangat. Biasa-biasa je just panggil gitu je. Kisah peniaga ekstrem ni, nanti aku story kat Borubudur (scarry kot dgn depa tu)!



Candi Prambanan checked!



Next nak ke Timang Beach pulak! yuhuuuuu..........




Comments

Popular posts from this blog

Sunset di Bukit Batu Putih, PD

Hiking Gunung Datuk!

Singapore Day Trip bersama Percutian Jimat Saya