Cuti-cuti Perak Yop!



Assalamualaikum


Baru-baru ni aku ke Perak kerana menghadiri perkahwinan sahabat. Perjalanan aku dari Kelantan menuju ke Perak adalah melalui Jalanraya Timur-Barat atau panggilan yang biasa didengar Jalanraya Jeli-Gerik. Overall it is very interesting and unique experience bagi aku la dan bagi orang lain yang dah selalu guna jalan tu mungkin rasa biasa jer. hehee

Sebabnya ialah sepanjang laluan ni kira kira 126 km ni memang betul betul lalu di tepi kaki dan lereng kawasan bukit dan gunung di Hulu Kelantan dan Perak. Pemandangan sepanjang laluan memang cantik walaupun jalan dia bengkang bengkok dan berliku-liku. 

Berada di lereng gunung ganang banjaran Titiwangsa yang berketinggian 1050 meter memang sejuk dan nyaman. Selain daripada itu, korang juga akan menemui banyak signboard wild animals crossing tapi paling banyak ialah gajah liar sebab kawasan ini merupakan habitat gajah liar.




R&R Banjaran Titiwangsa ni boleh dikatakan hot spot la sebab ramai orang suka berhenti untuk rehat sambil menikmati udara segar kawasan gunung ni. Banjaran Titiwangsa menganjur dari selatan Thailand hingga ke Gunung Ledang di Johor. Banjaran bermaksud deretan gunung dan bukit, yang menjadi tulang belakang sesebuah kawasan.


Banjaran Titiwangsa menjadi tulang belakang Semenanjung Malaysia. Ia sebenarnya menganjur dari Banjaran Himalaya dan puncak tertingginya ialah Gunung Korbu. Di sini terdapat tiga buah pusat peranginan iaitu Tanah Tinggi Cameron, Tanah Tinggi Genting dan Bukit Fraser. Panjang banjaran ini kira-kira 500km manakala tingginya 900 meter hingga 2,100 meter dari aras laut. Banjaran yang terpanjang di Malaysia ini menganjur dari sempadan Thailand ke Negeri Sembilan ke Johor.

Destinasi pertama kami singgah ialah di tempat kelahiranku, Taiping! Anda tidak boleh berkata yang anda telah melawat Taiping tanpa melawat Taman Tasik Taiping. Taman yang dibina di atas lombong bijih timah terbiar ini telah dibuka pada tahun 1880, menjadikan ia sebagai taman awam pertama di Tanah Melayu ketika itu.

Sejarah Taman Tasik Taiping

Kawasan tanah ini asalnya dimiliki oleh Chung Thye Phin – imigran Cina yang juga kapitan Cina terakhir di Malaya. Setelah kematiannya, anak kepada lelaki terkaya di Pulau Pinang ini mendermakan tanah ini untuk dijadikan taman awam.

Landskap taman ini direka oleh warga British, Charles Compton. Hasil idea beliau, keunikan taman ini sering menjadi tulisan ramai warga Britain yang melawat Malaya. Pendek kata ramai yang memuji taman ini kerana suasana sebegini tidak dapat dinikmati di England.



Deretan pokok angsana berusia ratusan tahun menghiasi landskap indah taman. Dahan-dahannya melentur menaungi jalan. Ada dahan yang melentur sehingga mencecah permukaan tasik, menjadikan pemandangan cukup mempesonakan.



Taman ini sebenarnya adalah bekas kawasan lombong bijih timah di waktu zaman British dan ditukar menjadi taman awam pertama di Malaysia pada tahun 1880. Bukan itu saja, tetapi dengan keluasan 64 hektar, taman ini juga adalah taman terbesar di Malaysia.



Seluas 64 hektar, taman ini memiliki sepuluh tasik dan kolam yang indah, Kolam Teratai, jambatan yang mempesonakan, trek untuk berjoging serta refleksologi, semuanya dikelilingi oleh tanaman tropika, bunga-bungaan, pokok dan hidupan liar. Untuk kanak-kanak, terdapat gelanggang bermain kasut roda, bot kayuh, dan taman permainan untuk memastikan bermain di luar lebih menyeronokkan daripada bermain permainan video terkini.

Struktur warisan budaya memenuhi kehijauan taman ini, termasuk rumah-rumah zaman kolonial Old Residency, dahulunya merupakan kediaman Setiausaha kepada Residen, Rumah Raja dan kediaman pegawai tentera. Maxwell Hill atau Bukit Larut juga menjadi tempat yang sesuai bagi berjalan di dalam hutan dan berkhemah. Selain itu, taman ini juga menempatkan Zoo Taiping.


Taiping diiktiraf sebagai bandar warisan apabila Majlis Perbandaran Taiping (MPT) menyenaraikan 31 bangunan dan tempat di bandar itu sebagai tertua di Malaysia.

Menurut catatan sejarah, bandar Taiping yang nama asalnya Kelian Pauh, telah dibangunkan oleh penjajah Inggeris pada tahun 1880-an kerana daerah ini kaya dengan bijih timah di sekitar Sungai Larut.

Sebelum kedatangan British, Jajahan Larut ditadbir oleh Menteri Larut, iaitu Dato’ Long Jaafar yang diberikan kuasa oleh Sultan Perak untuk mentadbir jajahan ini. Long Jaafar telah membina pusat pentadbirannya di Bukit Gantang dan menjadikan Kuala Sungai Limau di Trong sebagai pelabuhan utama Jajahan Larut.


Bijih timah yang menjadi sumber bumi yang mahal di Kelian Pauh menjadi rebutan sehingga menimbulkan pergaduhan dua kumpulan pendatang dari negara China, iaitu Hai San dan Ghee Hin. Setelah dua kumpulan itu berdamai, Taiping yang bermaksud “aman” atau “damai” dipilih sebagai nama baharu bagi Kelian Pauh. Taiping menjadi ibu negeri Perak sehingga tahun 1937. Selepas itu, Ipoh dipilih sebagai ibu negeri kerana kedudukannya di tengah-tengah negeri Perak.


Keindahan taman tasik ini sering dijadikan lokasi penggambaran drama, filem dan sesi fotogfari pengantin baru. Aktiviti air turut menarik perhatian pengunjung. Dengan bayaran yang telah ditetapkan, pengunjung boleh memilih sama ada hendak menaiki feri, sampan, bot kayuh berbentuk itik atau bot untuk pasangan berkayuh menyusuri tasik yang tenang.


Taman Rekreasi Gunung Lang

Next, kami ke Ipoh. Sudah sampai ke Ipoh, singgah sebentar mengambil udara segar di Taman Rekreasi Gunung Lang. Taman Rekreasi Gunung Lang terletak di Lembah Kinta,  Jalan Kuala Kangsar bersebelahan dengan Lebuh Raya Utara Selatan. 

Gunung Lang berlatarbelakangkan pemandangan semulajadi yang terdiri daripada hamparan bukit batu kapur dan tasik yang menjadi daya tarikan utama pengunjung dari dalam mahu pun luar negeri. Pembangunan seluas 28 hektar ini melibatkan kerjasama di antara Majlis Bandaraya Ipoh dan Jabatan Lanskap Negara pada tahun 1999. Daya tarikan utama taman ini ialah hamparan bukit batu kapur dan tasik yang belum diterokai.


Air terjun ni adalah air terjun buatan manusia yang tertinggi di Malaysia. Sangat cantik! Kos pembinaan Taman Rekreasi Gunung Lang adalah sebanyak RM 8.4 juta di bawah projek RMK-7 (Rancangan Malaysia ke 7).


 Bukit di taman tersebut dihiasi dengan flora dan fauna semulajadi dan sekali sekala pada waktu petang pengunjung boleh melihat monyet, burung dan sekiranya bernasib baik boleh terserempak dengan burung helang. Apa yang menarik, tumbuhan seperti orkid dan pokok buah-buahan tempatan telah dilabel mengikut nama masing-masing.



Pulau yang kelihatan menghijau dari jauh, sebenarnya mempunyai tarikan tersendiri di mana ia menghimpunkan pelbagai spesies bunga ditanam seperti heliconia (sepit udang), musa (pisang) dan bougainvillea (bunga kertas).


Taman ini dilengkapi dengan tiga buah tasik buatan dari bekas lombong bijih timah. Tasik yang tenang membiru dipenuhi dengan pelbagai ikan air tawar khususnya kelah, lampam, kap, dan tilapia. 


Apa yang best kat sini, pengunjung boleh menaiki bot mengelilingi tasik bekas tapak lombong tersebut sebelum tiba ke kawasan taman. Terasa macam naik bot ke mangroove tour kat Langkawi dulu. hehee.. Tapi naik bot ni sekejap je dalam 10 minit dah sampai ke pulau sejauh kira-kira 300 meter.


Tambang untuk menaiki bot : RM3 bagi dewasa, RM2 bagi pelajar sekolah menengah, RM1 pelajar sekolah rendah, RM0.50 sen bagi kanak-kanak dan warga emas RM1.50.


Tarikan utama yang membuatkan pengunjung datang ke sini adalah kerana Keindahan landskapnya. Persekitaran kawasan taman rekreasi memang cantik.

Taman ini disediakan laluan pejalan kaki meliputi keseluruhan taman yang dilengkapi dengan menara pandang jauh, rumah tradisional Perak, dataran warisan, wakaf terapung, pergola, gerbang warisan, tandas dan surau.


Kat sini terdapat mini zoo. Ada burung kasawari dan rusa. Jadi lah kan membuatkan kanak-kanak seronok. Terdapat juga sangkar burung yang besar, ada burung merpati.




Apa yang best mengenai tempat ini adalah lokasinya agak menarik penuh dengan kedamaian tasik menghijau dikelilingi oleh gunung-gunung batu kapur. Sesuai untuk bersantai bersama keluarga.


Dah jalan-jalan, perut pun sudah berkeroncong. Kami singgah di Woop2lobster nak makan udang galah yang femes kat Ipoh ni! Lokasinya di perkarangan restoran MH Life, MH Hotel Sungai Siput. Nak kata harga Lobster dia murah tak delah murah sangat ye!


Warisan original Orang Perak atau singkatan bagi Woop2lobster menyajikan dua jenis sajian udang karang mengikut pilihan citarasa anda.


Resepi sajiannya adalah diadaptasi mengikut citarasa pemilik restoran ni sendiri dengan harga sajian yang tetap iaitu lobster Boston dan Spiny mengikut saiznya.


Rasa Boston lobster yang bersaiz besar ni isi dia agak sedikit keras dan biasa-biasa jer bagi aku la. Kulit cengkerang dia memang padu, susah sikit la nak korek isi dia almaklumlah first time makan udang besar. Tak reti nak kopek! hahaa... Ini membuatkan aku teringat-ingat lobster yang aku makan kat Timang Beach, Jogja yang lebih lembut isinya & enak! Waduh2! Keren banget!



Next, ke Kuala Kangsar ke kite!


Salah satu tarikan yang terdapat di Karai ialah Jambatan Victoria iaitu jambatan yang mengambil nama Queen Victoria yang memerintah United Kingdom ketika itu dan merupakan antara binaan terbaik dari segi kejuruteraan satu ketika dahulu.  Jambatan kereta api yang tertua di Malaysia berusia 113 tahun ni, merentangi Sungai Perak di Seberang Karai.


Jambatan disifatkan tercantik di Asia Tenggara yang dibina pada 1897 ini adalah peninggalan sejarah tertua hasil idea bersama dua jurutera iaitu G W Fryer dan C R Hanson dan dirasmikan Sultan Perak, Sultan Idris Murshidul Azam Shah pada 21 Mac 1900.

Pemandangan indah segar mata memandang apabila menyaksikan aliran air sungai yang di sekitar tebingnya pokok dan rumput kehijauan, deretan bukit-bukau dan sebuah jambatan lama berdiri megah merentangi Sungai Perak.

Pengunjung yang pertama kali ke Pusat Pelancongan Victoria Bridge, Seberang Karai, Kuala Kangsar, Perak pasti teruja dengan persekitarannya yang mendamaikan.


Jambatan Victoria sudah tidak digunakan lagi sejak 2002 berikutan pembinaan Jambatan Iskandar yang jaraknya kira-kira dua meter bagi laluan kereta api yang menghubungkan negeri di sebelah utara. Bagaimanapun, ia masih gagah dan indah.





Kalau berjalan kat atas jambatan ni kene berhati-hati. Sebabnya jarak kayu dia jarang-jarang dan memang tinggi dan gayat giler beb! Member aku dah dok ketaq2 lutut jalan atas nih! bhahaaa...

“Jambatan ini juga dijadikan lokasi kepada pengamal fotografi untuk mengabadikan seni bina ini di dalam koleksi gambar 


Jambatan ini pernah mendominasi perhubungan dan menjadi laluan penghubung antara negeri Melayu Barat termasuk ke Pelabuhan Pulau Pinang terutama untuk mengangkut bijih timah.



Pelbagai sejarah dapat dilihat di sekitarnya termasuk tugu monumen dan kubur peninggalan Jepun, selain pelbagai projek pelancongan negeri bagi mengindah dan menceriakan kawasan sekitarnya.


“Pembukaan jambatan ini telah membawa banyak faedah kepada perkembangan ekonomi dan membuka laluan bagi pembangunan lebih pesat dan pertumbuhan bandar-bandar timah di Semenanjung Tanah Melayu.

“Semasa serangan tentera Jepun di Perak pada tahun 1941, tentera British telah meletupkan jambatan ini untuk melambatkan kemaraan tentera Jepun.







Sehingga kini, terdapat beberapa kubu asal yang dibina oleh tentera British untuk mengawal jambatan ini.


Sebelum balik ke Kelantan, singgah sebentar di MRSM Gerik. Member aku ni dulu bekas pelajar kat sini. Hebat2! Beliau masih single & available! Nak kenal leh pm tepi! lulz :p



 In a nutshell, negeri Perak sememangnya sangat awesome untuk diterokai. Penuh dengan pelbagai tarikan untuk dilawati dan menjanjikan pengalaman bercuti yang cukup menarik. Bandar Ipoh yang dikelilingi gunung-ganang batu kapur yang cukup mempesonakan. Taiping, Kuala Kangsar, bandar lama yang cukup nostalgia dan bersejarah untuk dilawati. Perak pasti aku akan datang lagi!






Comments

  1. Wahhh, I love this post, seriously! Being a Perakian, I must say you describe all these places in awesome way! :D

    Suka semua tmpt & alhamdulillah pernah sampai. Woop2Lobster tu few minutes je dari rumah kita. Cuma tak pernah try sbb I'm allergic to lobster T_T sedih betul

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waa org Perak jugak ye! heheee.. :) tak try lobster tu pon tak pe.. hahaa.. byk lagi makanan yang best2 kat Perak! Teringin nak makan nasi ganja kat Ipoh tu! hehee

      Delete
  2. Wah..nice blog.. plan nk jalan2 perak jugak..

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS