Jom Gaya Raya


Assalamualaikum...

Hi uolls! walaupun raya dah habis, sekarang baru sempat nak update blog ni..hahaa.. Tak pe yang penting jom bergaya sakan raya tahun ni...yehuuu!


Kurang yakin dengan penampilan anda? Tidak tahu apa sebenarnya yang sesuai utk anda pakai? Nak nampak presentable tanpa perlu solekan yang tebal? Inginkan gaya hijab yang lebih up to date tapi tidak canggung di mata orang?

Nah, kat sini suma ada!



Ni la trainer-trainer professional yang akan berkongsi tips kecantikan, solekan, gaya tudung, imej dan personaliti untuk Gaya Raya ni..

Cik Puan Azlia Idha, Puan Etty Garib & Cik Puan Sarahata
Ni la peserta-peserta yang menyertai bengkel Jom Gaya Raya ni...
Semua ni usahawan yang hebat-hebat belaka.
Sesi Jom Hijab oleh Cik Puan Sarahata. 
Stail hijab oleh Cik Puan Sarahata banyak memberikan info dan teknik ikatan tudung yang sesuai dgn bentuk wajah.

Yang penting kenal dulu bentuk wajah samada berbentuk bujur, bulat, petak ataupun heart shape. Dan kemudian sesuaikan teknik ikatan tudung dengan wajah masing-masing.

Sesi tutorial...lepas dah tengok kene la praktik macam mane nak buat style tudung tu...Lilit jangan tak lilit jangan sampai terbelit...hahaa
Semua dah bertukar gaya tudung yang lebih sylo...Hallo Hijabista!
Sesi Jom Solek bersama Etty Garib

Puan Etty berkogsi tips bagaimana makeup dengan ringkas tapi still nampak cantik dan natural. Kenali jenis kulit samada kulit jenis kering , berminyak atau kombinasi dan pilih foundation yang bersesuaian dengan warna kulit.

Celebrity Talk with Natasha Hudson

Banyak info-info kesihatan yang menarik dikongsi oleh Natasya Hudson ni. Mengenai produk-produk organik, makanan , kecantikan dan macam-macam lagi.

Jom Fesyen dengan Cik Puan Azlia Idha
 Cik Puan Azlia Idha berkongsi tips memilih fesyen baju kurung yang sesuai mengikut bentuk badan. Dari sini boleh tahu bentuk badan macam buah pear ke hourglass ke dan lain-lain.

Sesi bergambar dengan Natasha Hudson!
Cun-cun belaka!
Tinggi jugak Natasha ni & slim...hehee
Ni la wajah-wajah usahawan yang berjaya...Inspired!


Sekian Jom Gaya Raya kali ni..Terima kasih kepada trainer2 yang banyak berkongsi tips & tutorial yang best!..


XOXO








Comments

Popular posts from this blog

Paintball

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Gunung Silipat, Betong Thailand

BAHASA HIKERS

Hidden Treasure Hunt

Jumaat Di Kota Mekah

Jalan2 Perlis

Bukit Merah Laketown Resort, Perak